≡ Menu

Pengurusan Jabatan Urologi Hospital Kuala Lumpur Mengecewakan

Pihak bertanggungjawab mengabaikan bapa saya yang kurang sihat atas alasan ‘not urgent case’. Cuma berjumpa tidak lebih 3 kali di dalam wad itu pun setelah pihak keluarga berkeras untuk berjumpa.

Lebih mengecewakan apabila prosedur biopsi yang dirancang hampir sebulan dibatalkan atas alasan dokumentasi tidak lengkap. Walhal,pesakit telah menunggu seawal 0800 pagi di Klinik Pakar Urologi dan hanya diberitahu pada jam 0400 petang prosedur akan ditunda sehingga 08.08.2018.

BACA:  Kelewatan Pembayaran Elaun Pekerja Cacat (EPC)

Pesakit tinggal di wad selama 12 hari. Dan dimasukan semula ke Hospital Tunku Ampuan Jamaah, Sabak Bernam pada 19.07.2018 kerana sukar dan merasa sakit untuk membuang air kecil walaupun telah dipasang CBD. ‘Fresh Blood’ juga kelihatan pada tiub tersebut.

Pihak di sana telah menyarankan agar tiub sentiasa dipam untuk mengeluarkan darah beku yang menyebabkan kesukaran dan kesakitan semasa membuang ait kecil sedangkan sewaktu di HKL ,doktor di wad mengatakan pendarahan itu normal.

BACA:  Ruang Parkir Tidak Mencukupi di LRT Sri Rampai

Saya amat berdukacita dengan layanan perkhidmatan kepada pesakit warga emas berusia 71 tahun yang juga dikhuatiri mempunyai kanser prostate.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan