Bulan Ogos hampir ke penghujung, tetapi tiada langsung dilihat aktiviti mahupun papan tanda yang pembinaan flyover ini akan bermula.
Antara intipati pembinaan flyover di Bandar Saujana Puta yang dihadiri MB Selangor:
BACA: Jalan Utama di Kota Samarahan Tidak Berlampu
Dari Wikipedia, jumlah penduduk Bandar Saujana Putra telah mencecah 65,000.
Keadaan lalulintas di waktu kemuncak adalah pada tahap yang amat teruk sekali, memandangkan hanya satu sahaja jalan keluar-masuk ke/dari Bandar Saujana Putra.
Kebanyakan penduduk Bandar Saujana Putra tidak rasakan pembinaan flyover yang dicadangkan ini dapat menyesaikan masalah kesesakan, kerana kenderaan dari ke/dari SKVE/ELITE masih juga satu sahaja.
Penduduk Bandar Saujana Putra mahukan penambahan jalan keluar-masuk ke/dari SKVE/ELITE diadakan, walaupun cadangan untuk penambahan ini belum dibuat secara rasmi.BACA: Perlombongan Pasir Haram di Kampung Pulau Jawa, Pekan
Penduduk Bandar Saujana Putra memohon pihak Aduan Rakyat dapat membantu agar pihak berwajib tidak lagi berdolak-dalih, tidak lagi menabur janji manis dan tidak lagi hanya memberi alasan-alasan dalam menyesaikan masalah ini yang kini dirasai seolah-olah tidak ada penghujungnya.
Terima kasih.Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan
No related posts.