≡ Menu

Pembakaran Terbuka di Kawasan Perumahan Taman Sri Muda

Saya Abu Bakar, wakil penduduk Pangsapuri Damai Seksyen 25 Taman Sri Muda Shah Alam memohon pihak Aduan Rakyat untuk membawa masalah kami lebih kedepan.

Masalah pembakaran dikawasan berhampiran kediaman kami telah berlajutan sangat lama, wakil penduduk juga telah beberapa kali membuat aduan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam dan juga aduan ke Twitter milik ADUN kawasan Shah Alam namun tiada tindakan yang dilakukan.

BACA:  Perumahan Laguna Biru Fasa 2 Tertangguh

Kami sangat terkesan dengan masalah ini, gangguan asap dan udara yang tidak sihat ini sangat membimbangkan penduduk. Ramai penduduk yang mengalami batuk dan deman yang kerap, mana tidaknya apabila kami bangun pagi asap sudah memenuhi seluruh ruang rumah kami.

Dari apa yang kami lihat, pembakaran berpunca dari kawasan pembuangan sampah atau pusat kitar semula bahan terbuang.

BACA:  China Ladies Without Permit Are Giving Messages and Destroying Families

Kami percaya mereka mula melakukan pembakaran pada setiap tengah malam.Lampiran yang diberikan adalah pemandangan setiap pagi dikawasan berkenaan dan gambar tersebut diambil pada 28 Januari 2019.

Mohon pihak Aduan Rakyat dapat membantu kami supaya masalah ini dipandang serius oleh pihak berwajib.Terima Kasih.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan