≡ Menu

Syabas Masih Tidak Memberi Respon Terhadap Pangsapuri Berembang Indah

Bermula pada 7 am(22/12/2018) ketua pengerusi Pangsapuri Berembang Indah , Ampang,Kuala Lumpur telah membuat aduan kepada pihak SYABAS untuk memberi bekalan air terhadap pangsapuri yang telah terputus bekalan air semenjak pagi tadi. Tetapi sehingga 10pm (22/12/2018) pihak SYABAS masih tidak memberi sebarang respon untuk memberi bekalan air terhadap pangsapuri tersebut.

BACA:  Cashier Biadap di Tesco Bukit Tinggi

Aduan daripada pengerusi tersebut, hanya ingin meminta supaya SYABAS dapat memberi kerjasama untuk memberi atau menghantar bekalan air sementara kepada penduduk pangsapuri tersebut.

Tujuan aduan tersebut untuk mudahkan penduduk pangsapuri mendapat bekalan air dengan masa yang terdekat ini. Kerana tiadanya bekalan air ini, penduduk sukar untuk melakukan sebarang aktiviti seperti memasak, mencuci, dll.

BACA:  Masalah Air di PPRT Taman Sri Rugading, Tuaran, Sabah

Kami berharap supaya SYABAS dapat memberi kerjasama dengan pantas. Sekian daripada Kami.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan