Assalamulaikum dan Salam Sejahtera,
Saya ingin membuat aduan mengenai masalah projek perumahan di Taman Desa Anjung Putra, Sg Merab (bermula pada 18/07/2013) yang tidak di serahkan dalam tempoh yang telah di janjikan dalam surat jual beli iaitu tarikh asal 18/07/2015. Kami pihak pembeli telah menghubungi pihak pemaju yang mengambil alih projek ini iaitu Amanah Raya Development Sdn Bhd untuk mendapatkan status projek ini tetapi pihak pemaju tidak membuat sebarang pertemuan secara rasmi dengan semua pembeli sehingga sekarang Jan 2019. BACA: Lori Sampah Melepaskan Air Sampah di Atas Jalan Perumahan Taman Serdang Heights
Pihak pembeli cuba menghubungi pemaju, akan tetapi pihak pemaju tetap dengan pelbagai alasan dan tidak dapat memberi sebarang penyelesaian. Berdasarkan status di kementerian perumahan Malaysia ( KPKT) projek ini telah di senaraikan di bawah projek sakit (SENARAI PROJEK-PROJEK PERUMAHAN SWASTA YANG SAKIT SEHINGGA 30 NOVEMBER 2018 KATEGORI LANDED).
Kami pihak pembeli telah menunggu selama hampir 4 tahun(selepas tempoh s&p agreements) tanpa sebarang penyelesaian dan kos menyewa yang telah kami belanjakan untuk tempoh 4 tahun amatlah membebankan. Ianya juga mengganggu emosi dan memberi tekanan kepada kami. Pembeli berharap pemaju dapat menyelesaikan masalah ini dengan segera, samada projek ini di teruskan atau pulangkan deposit 10% yg telah di ambil dari pihak pembeli. BACA: Citylink Express, 1 Minggu Masih Tiada Berita
Kami pihak pembeli berharap “Aduan rakyat” TV3 ini dapat menolong kami untuk menyelesaikan masaalah ini secara baik dengan pihak pemaju.
Sekian Terima Kasih.
Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan