Asalamualaikum,
Minta pihak Aduan Rakyat TV3 membuat liputan khas keatas permasalah air yang sedang kami alami sejak dari tahun lepas.
Taman Sri Rugading terletak berhampiran dengan Pekan Telipok dan terletak di bawah Parlimen Sulaman.
Taman Sri Rugading mempunyai 22 blok dan rata-rata didiami oleh penduduk yang berpendapatn rendah.
Masalah air telah berlarutan apa yang menghairankan bukan semua blok yang bermasalah dengan air, hanya blok yang tertentu saja kerap tiada bekalan air paip sejak dari beberapa bulan yang lepas.BACA: Syabas Masih Tidak Memberi Respon Terhadap Pangsapuri Berembang Indah
Masalah sudah pun dimaklumkan kepada pihak yg berwajib seperti Majlis Daerah Tuaran, Jabatan Air Tuaran, Pengurusan Taman Sri Rugading Tuaran namun tiada kesudahan sehingga ke hari ini.
Blok G F J E V sehingga sekarang tiada bekalan air sejak dari tahun lepas penduduk terpaksa mencari air sendiri daripada keluarga yang berdekatan dan mengangkat air sendiri sehingga ketingkat 5.
Untuk pengetahuan pihak Aduan Rakyat, rata-rata perbelanjaan penghuni meningkat sejak masalah air berterusan sejak dari bulan-bulan yang lepas penduduk terpaksa membeli makanan di restoran yang berhampiran dan mencuci pakaian di kedai dobi yang berhampiran.BACA: Bekalan Air di Daerah Beluran, Sabah Kritikal
Blok-blok yang lain air mencurah-curah seperti tiada masalah air di kawasan Taman Sri Rugading akan tetapi blok-blok yang lain penduduk terpaksa mengangkat bergelen-gelen setiap hari seolah-olah pengurusan sengaja membiarkan masalah ini berlarutan. Bil dan sewa bulanan kami tetap kami bayar tetapi air tetap bermasalah.
Kami meminta pihak Aduan Rakyat menyiasat perkara ini mungkin dengan cara ini saja masalah ni dapat diselesaikan.
Sekian terima kasih…
ashri mHantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan