≡ Menu

Kelewatan Pembayaran Elaun Pekerja Cacat (EPC)

Assalamualaikum .. Saya seorang OKU PENGLIHATAN ..

Pada tahun ini, Kami (Golongan OKU) tidak diberi sebarang notis pemberitahuan atas kelewatan Pembayaran bagi Elaun Pekerja Cacat (EPC) .. Ini sudah 2 kali terjadi dalam tahun ini .. saya tidak faham dengan apa yg terjadi pada JKM Kuala Lumpur kerana JKM bagi Negeri – Negeri lain tiada masalah dalam pembayaran EPC kepada Pemohon – Pemohonnya ..

BACA:  Harga Makanan Yang Mahal di Pusat Perubatan Universiti Malaya

Kami cuba hubungi Pegawai JKM yg menguruskan hal ini, namun ia amat sukar utk menembusi talian Para Pegawai tersebut .. Mereka selalu keluar dan tak pernah berada didalam pejabat mereka .. Saya tak salahkan mereka, cuma saya hairan mengapa selama saya menghubungi mereka, saya tak pernah dapat berinteraksi dengan Pegawai tersebut ..

BACA:  Permasalahan Kemasukan & Kebanjiran Warga Asing di Malaysia

Harapan kami adalah tolong hormati kami dan sila bagi notis tentang kelewatan Pembayaran EPC dan puncanya .. Kami bukan minta sedekah .. EPC itu adalah dana dari kerajaan utk Warga OKU dan bukanlah wang dari saku para pegawai dan staff JKM .. Sekian Terima Kasih

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan