≡ Menu

Bekalan Air Di Raub, Pahang Makin Kritikal

Assalamualaikum… Salam sejahtera..

Saya terpanggil untuk meluahkan rasa kecewa atas masalah bekalan air sekitar bandar Raub yang semakin kritikal dan berlarutan bertahun-tahun.

Masalah ketiadaan air semakin kerap terutama selepas hujan. Saya faham ini semua disebabkan masalah tapisan air….

Jika ikut pemerhatian saya,  dana sebanyak RM 4j telah disalurkan untuk menaiktaraf empangan dan dijanjikan menjelang Mei 2018 akan selesai masalah ini.

BACA:  Pencemaran Air Terawat Di Cameron Highlands

Persoalannya disini :

  1. Apa status terkini, dan kenapa berlarutan sehingga Disember 2018?
  2. Sehingga bila masalah ini harus dihadapi penduduk BANDAR Raub?
  3. Masalah ini telah menyebabkan mesin tapisan air seperti jenama Coway menghadapi kerosakan…. Siapa harus dipersalahkan….?

Harap dapat penjelasan memandangkan isu telah lama dan masalah seperti ini hanya biasa berlaku di kampung2 bukannya Bandar besar seperti Raub.

BACA:  Masalah Gangguan Bekalan Air Yang Berterusan di Raub

Mewakili penduduk Raub yang semakin risau…

Terima kasih.

 

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan