≡ Menu

Aktiviti Cement Batching Plant di Mutiara Bukit Jalil

Saya dari kawasan perumahan Mutiara Bukit Jalil, Kuala Lumpur ingin melaporkan aktiviti di tapak cement batching plant di kawasan ini. Jarak tapak tersebut hanyalah lebih kurang 50 meter dari deretan rumah penduduk. Mereka beroperasi kadangkala sehingga larut malam dan mengganggu ketenteraman penduduk di waktu malam terutamanya.

Saya tidak pasti samaada DBKL meluluskan tapak tersebut kerana ianya terlalu hampir dengan kawasan perumahan.

BACA:  Harga Makanan Yang Mahal di Pusat Perubatan Universiti Malaya

Batching plant tersebut digunakan oleh pemaju sewaktu proses pembinaan perumahan ini. Tetapi setelah 3 tahun perumahan ini siap, mereka masih beroperasi setiap hari.

Saya amat berharap agar pihak berwajib dapat memantau masaalah ini.

Terima kasih

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan