≡ Menu

Air Kumbahan Mengalir ke Tanah Persendirian

Semenjak perumahan bantuan mangsa banjir di kuala tahan Jerantut Pahang dibangunkan, air kotor yang mengalir dari longkang perumahan terbabit telah memasuki tanah persendirian penduduk kampung seolah olah tanah terbabit menjadi tempat takungan air kumbahan perumahan itu dan hal ini telah menjejaskan keadaan tanah terbabit.

Malahan, kolam ikan yang terletak berhampiran kawasan perumahan terbabit turut terjejas akibat air kumbahan yang mengalir. Tambahan pula, musim hujan yang kerap berlaku akan lebih memburukkan keadaan.

BACA:  Masalah Air di Bandar Raub, Pahang

Sikap tidak bertanggungjawab pihak pengerusi jkkk kuala tahan yang bersikap lepas tangan dan sambil lewa lagi mengeruhkan keadaan ini.

Berikutan itu, aduan telah pon dibuat kepada pihak jkr negeri, jkr daerah dan majlis daerah jerantut (MDJ) tetapi, tindakan susulan masih juga tidak dilakukan.

Justeru, saya berharap aduan ini akan diambil berat oleh pihak terbabit untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin.

BACA:  Premis Perniagaan Retak di Kampung Temau
Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan