Wad Kecemasan & Trauma di Hospital Putrajaya yang lembab

Mengenai perkara ini, saya adalah salah seorang antara ramai-ramai pesakit yang datang untuk menerima rawatan di Hospital Putrajaya. Aduan saya yang hendak disampaikan adalah mengenai perkhidmatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital berkenaan.

Saya datang ke sana jam 10.15 am (siap daftar).Di sana hanya terdapat seorang doktor perempuan yang bertugas pada hari rabu bertarikh 04 Mei 2011. Doktor lain tidak nampak, sepatutnya Wad Kecemasan perlu disediakan 2@3 orang doktor, baru betul2 dipanggil Wad Kecemasan & Trauma. Suasana di sana terlalu padat dengan pesakit yang datang sejak awal jam 6.00 pagi. Giliran saya dipanggil jam 12.00 pm, pesakit yang datang jam 6.00 am dipanggil anggaran jam 11.30 pagi. Bila ditanya kenapa lama sangat untuk dipanggil, jawapan diberikan doktor, kena faham la..kerja banyak (muka sinis) (tidak relevan sebagai jawapan sebagai seorang doktor) sedangkan kat dalam bilik/ruang kritikal begitu ramai doktor/jururawat muda-mudi. Adakah doktor di sana benar-benar terlatih, adakah doktor2 faham pesakit yang datang itu terdiri dari pelbagai kaum, tua muda dan penyakit. Apakah nyawa pesakit tidak penting sehingga kena menunggu sehingga 2-3 jam lebih diluar. Kalau orang itu dah sakit tenat, dah lama mati. Dimanakah kempen budi bahasa budaya kita?… Sudah ramai pesakit yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan di Jabatan itu, memalukan saja…

Secara langsungnya perkhidmatan di sana tidak cekap walau pun mendapat surat dari klinik (urgent) bagi pesakit serius (layanan tidak memuaskan). Sebabnya, doktor mengambil masa terlalu lama untuk memanggil pesakit, apatah lagi memeriksa pesakit. Tetapi kalau pesakit itu terdiri dari kalangan orang luar (asing), layanan diberikan begitu sempurna dan cepat. Apakah ini cara layanan doktor2 Hospital Putrajaya. Hendak menunjuk-nunjuk ke?!! Doktor kat sini lebih cekap untuk orang asing tapi tidak pada orang sendiri.

Diharap tindakan diambil dengan segera. Perkhidmatan perlu diperbaiki (cara layanan dan bercakap) amat penting.

By: melayu

14 thoughts on “Wad Kecemasan & Trauma di Hospital Putrajaya yang lembab”

  1. memang bodooO kalau klinik kerajaan, klinik swasta mahal laa pulak, yg xtrauma jd trauma.

    1. Mmg la hospital gov kna ade sist no giliran sbb limpahn pesakit yg terlalu ramai…maklumla bayar singgit je bole dpt sume rwtn…..kalo swasta,dr ckp bodo2 pn akn dicas…sape yg mampu? Rkyt malaysia ni bkn sume hartawan….so jgn beza kn service hospital dua2 sector ni….

  2. Memang kos perkhidmatan di hospital kerajaan murah tapi anda kena bayar dengan kos menunggu yang sangat membebankan. Masa itu emas.

    Saya pernah alami masalah seperti ini sejak bertahun2 dulu. Di HUKM, di HKL dan di Hospital Selayang. Rozaid Abdul Rahman dalam MStar online pernah menceritakan pengalamannya menunggu di sebuah hospital semi government. Tunggu giliran ambil no giliran, tunggu giliran ambil darah, tunggu giliran jumpa doktor. Akhir sekali tungu giliran untuk temu janji. Anda perlu menuggu 3 atau 4 bulan lagi untuk operation sebenar dilakukan.

    Berejam2 menunggu giliran, akhir jawapannya, makmal darah dah tutup. Encik kena datang esok. Di hospital swasta, cuma 10 minit, dah dapat kesan denggi tak denggi.

    http://takafuladvisor2u.wordpress.com/

  3. klu sakit tenat xdenya nk kn tggu,kecemasan ada pecahan zon,klu tenat dah tentu msk kritikalzon.yg x tenat tggu la 2,3 jam ke depend la ms doktor tgk kes yg btl2 kecemasan selesai dlu,pahem,klinik 1 malaysiakn ada untuk kes kes ringan.bygkn yg tenat kt dlm 2 sedara mara tuan/puan xkn nk tggl nk tgk kes ringan dlu,bab nk tambah doktor bg la usul kt kkm

  4. Kalau nak cepat pergi ke klinik atau hospital sawsta. Bayar duit poket sendiri dan kalu tak puashati jugak baru ada hak nak komplen! Dah lah bayar RM1, lambat sikit merungut, dapat ubat FREE pun banyak songel. Apa punya umat. Binatang pun boleh faham..!!

    1. ‘Dah lah bayar RM1, lambat sikit merungut, dapat ubat FREE pun banyak songel’.

      Awak punya jawapan seperti org  ‘third world  mentality’.

      Awak ni org mana? Cukai awak tak bayar ke? Awak ingat duit cukai yang rakyat bayar tu untuk bayar gaji buta ke.

      Kalau dah namanya Hospital Bahagian KECEMASAN, tak kira la klinik/hospital swasta atau kerajaan servis mesti kena cepat.

  5. Jabatan Kecemasan BUKAN Klink Pesakit Luar. Jadi salah sendirila. Jgn risau, yang nk mati tu ditengok dulu. Patut bersyukurlah anda BUKAN dirawat dulu. Maksudnya anda masih sihat. Yg ditengok dulu mungkin mati dah.

  6. laen kali fhm btul2 ape mksd kecemasan…. klau tenat sngt of course akn trus msuk yellow zone or red zone….. klau tggu2 mcm tu sah2 green zone…warga luar atau x treat nye msh sme… xde mkne nye cpt….nape x pegi klinik je… setahu sy klinik kesihatan putrajaya tu bka smpi jam 9 mlm…. klau btul2 ikut prinsip jbtn kecemasan, kes2 ringan bkn nye kes2 kecemasan…… walau pon dpt surat urgent dri klink…..sometimes klinik pon xtau nk bg treatment ape…huh..memenuh kn jbtn kecemasan jer…. jbtn kecemasan putrajaya lbh bnyk treat out patient dri petient yg btul2 memerlukn rwtn kecemasan…. mmg sometimes doktor kat green zone tu sorang jer…. nk wat mcm mne… doktor lbh bnyk di ltkkn di tmpt semi kritikal n kritikal….kerana 2 tmpt tu pesakit nye sngt2 memerklukn rwtn….

  7. kat jabatan kecemasan ni mmg dah ada definisi utk pesakit samada utk ditempatkan di zon merah,kuning atau hijau..contoh kalau eksiden teruk , keguguran, of coz dorang akan rawat dulu, xde tunggu2 dah..kalau kes2 ringan tu yg jadi kena tgu lama..kalau sakit sikit2 je lebih baik pergi klinik swasta..lagi satu masalah kat hosp kerajaan ni, terlalu ramai pesakit..ramai je yg tak puas hati dgn perkhidmatan klinik/hosp private dtg ke hosp govmnt..

    kes husband sy dulu, dia eksiden motor..cedera ringan je..pergi klinik swasta, doktor tu tak sentuh dia langsung masa wat check up..just bagi suntikan je..pastu saya suruh dia ke bhgn kecemasan hospital kerajaan..dalam sejam menunggu dia dah dirawat..doktor kat hosp kerajaan mmg check betul2, siap tekan2 tulang badan nak tgk ada patah ke tak..ini berdasarkan pengalaman sy shj..

  8. Sudah tentu orang yg complain ni kena tunggu di green zone. Perlu faham, setiap jbtn kecemasan gunakan sistem triage – kami triage patient yg datang mengikut tahap kritikal. Jangan sesekali cakap doctor buat u mati menunggu sebab mereka sedaya upaya merawat pesakit yg betul2 nak mati, tolong utk selamatkan nyawa. Tapi masyarakat tak tahu menghargai. Tenaga mereka habis utk melayan kes2 pesakit luar yang demam baru sejam, dua jam – terus nak dtg hospital. Hello. Pergilah clinic dulu. INI KECEMASAN. bila ckp, jgn mcm org bodoh. fikir dulu. kalau mak bapak ko kat dlm red zone, ko nak ke doctor keluar ke green zone rawat org yg baru demam sejam?!

  9. mula2 skali saya nak tya abang neh datang ke jabatan kecemasan sebab
    sakit apa??dan dari aduan di atas nmpaknya abang di triage ke green
    zone..mungkin g2 /g3 dimana mmg pesakit2 y ditempatkan di situ adalah kes tidak kritikal (BUKAN KECEMASAN) dan tidak memerlukan rawatan segera. doktor
    di zon tersebut biasanya ada sekurangnya 2 orang dan diorang tidak
    hanya menjaga zon itu tetapi jika ada 3rd ambulan call dorang harus
    pergi dan tinggal 1 orang shj DR di zon itu(ZON BUKAN KECEMASAN).
    tentang jururawat pula mereka tidak boleh merawat atau memberi apa2
    ubatan tanpa arahan DR. dan mengenai DR dan staff y berasa di zon
    kritikal wajarkah menjengah zon tidak kritikal dan meninggalkan zon mereka (ZON KECEMASAN)???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>