Mengenai perkara ini, saya adalah salah seorang antara ramai-ramai pesakit yang datang untuk menerima rawatan di Hospital Putrajaya. Aduan saya yang hendak disampaikan adalah mengenai perkhidmatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, Hospital berkenaan.

Saya datang ke sana jam 10.15 am (siap daftar).Di sana hanya terdapat seorang doktor perempuan yang bertugas pada hari rabu bertarikh 04 Mei 2011. Doktor lain tidak nampak, sepatutnya Wad Kecemasan perlu disediakan 2@3 orang doktor, baru betul2 dipanggil Wad Kecemasan & Trauma. Suasana di sana terlalu padat dengan pesakit yang datang sejak awal jam 6.00 pagi. Giliran saya dipanggil jam 12.00 pm, pesakit yang datang jam 6.00 am dipanggil anggaran jam 11.30 pagi. Bila ditanya kenapa lama sangat untuk dipanggil, jawapan diberikan doktor, kena faham la..kerja banyak (muka sinis) (tidak relevan sebagai jawapan sebagai seorang doktor) sedangkan kat dalam bilik/ruang kritikal begitu ramai doktor/jururawat muda-mudi. Adakah doktor di sana benar-benar terlatih, adakah doktor2 faham pesakit yang datang itu terdiri dari pelbagai kaum, tua muda dan penyakit. Apakah nyawa pesakit tidak penting sehingga kena menunggu sehingga 2-3 jam lebih diluar. Kalau orang itu dah sakit tenat, dah lama mati. Dimanakah kempen budi bahasa budaya kita?… Sudah ramai pesakit yang tidak berpuas hati dengan perkhidmatan di Jabatan itu, memalukan saja…

Secara langsungnya perkhidmatan di sana tidak cekap walau pun mendapat surat dari klinik (urgent) bagi pesakit serius (layanan tidak memuaskan). Sebabnya, doktor mengambil masa terlalu lama untuk memanggil pesakit, apatah lagi memeriksa pesakit. Tetapi kalau pesakit itu terdiri dari kalangan orang luar (asing), layanan diberikan begitu sempurna dan cepat. Apakah ini cara layanan doktor2 Hospital Putrajaya. Hendak menunjuk-nunjuk ke?!! Doktor kat sini lebih cekap untuk orang asing tapi tidak pada orang sendiri.

Diharap tindakan diambil dengan segera. Perkhidmatan perlu diperbaiki (cara layanan dan bercakap) amat penting.

By: melayu

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.