‘Ulat Parking’ di Kuala Perlis

Saya merupakan seorang kakitangan awam yang bekerja di sekitar daerah Kuala Perlis dan tinggal di Kangar. Setiap hari saya akan melalui lebuhraya yang menyambungkan Kangar dan Kuala Perlis untuk ketempat kerja selepas menghantar isteri ke pejabat beliau di Kangar.

Apa yang menarik perhatian saya ialah beberapa individu yang berpakaian “memantul cahaya” berwarna hijau yang menunggu di simpang-simpang dan tepi jalan sepanjang perjalanan ke Kuala Perlis, mereka menunggu kenderaan-kenderaan pelancong dari luar negeri Perlis lalu dihadapan mereka, dan mereka akan mengejar kenderaan itu, dan mengajak atau “menarik” kereta itu untuk mengikuti mereka ke kawasan letak kereta BERBAYAR.

Yang lebih menarik, di baju “memantul cahaya” mereka tercetak MPKPs atau Majlis Perbandaran Perlis. Lalu saya segera menelefon pihak berwajib itu sendiri, di talian aduan MPKPs 049762188 dan bertanya tentang hal ini.

Jawapan dari pihak MPKPs amat mengejutkan; penarik-penarik kereta itu sebenarnya merupakan ULAT-ULAT PARKING HARAM yang menyalahgunakan baju “pemantul cahaya” pemberian MPKPs kepada mereka untuk mengutip sewa tapak pada asalnya, disalahgunakan untuk mendapat “KEKEBALAN” kononnya diberikan pihak MPKPs.

Untuk pengetahuan pihak ADUAN RAKYAT, tempat letak kereta yang tidak diketahui status “kehalalannya”, seakan-akan kebal dari tindakan pihak berkuasa tempatan, kerana PBT sendiri tidak dapat mengatasi kekuasaan kepala-kepala samseng yang menjaga tempat letak kereta ini.

Malahan keselamatan kereta yang meletak kenderaan di parking-parking ini amat membimbangkan, kerana kawasan parking ini sentiasa dikunjungi oleh individu-individu yang boleh dipersoalkan moralitinya.

“Pemilik” parking juga mengenakan bayaran RM10 sehingga RM15 untuk sehari kepada pelancong-pelancong yang meletakkan kereta untuk ke Pulau Langkawi. Pelancong tiada pilihan lain berikutan tiada ruang untuk meletak kereta kerana tempat letak kereta yang disediakan PBT juga telah berpindah milik ke tangan “kongsi” yang berkuasa.

Saya harap pihak ADUAN RAKYAT dapat membongkar kegiatan ini, demi menkaga nama baik MPKPs sendiri dan juga nama Negeri Perlis yang indah ini juga. Kerana tindak-tanduk individu sebegini dapat memberi presepsi negatif kepada para pelancong tempatan dan luar negara, lalu merosakkan imej negara kita juga.

By: SBT

3 thoughts on “‘Ulat Parking’ di Kuala Perlis”

  1. ap pnye dol pnye org..smua bnda neyh da dri dlu lgi dyewg wt kje 2..klu dyewg 2 ult prking aram npew MPKPs nk ksi vest ijau 2..dyewg smua 2 siap da dftar ngan MPKPs…klu ad yg xpuas aty psal msalah prking neyh..trun kola sndri ckap ngan bdak2 yg wt prking neyh..2 pown klu btol2 gntleman rh…xpyah maen ikot sdap ckap mlut jew..msing2 sma2 cri rzeki..bkan dyewg pksa srh msuk r ekot dyewg msuk tpk parking..klu customer xnk dyewg xkn pksa…mmg badigol btol ble maen sdap tduh….PANGPIN pnya org..LOL….

  2. ahaks, patutla,budak kola perlis rupanya!hahah!bro,lu baca betul-betul apa mamat tu tulis,dia dah call MPKPs dan MPKPs ckp yang apa depa wat tu xdapat kebenaran MPKPs,lu baca biaq habis bro! By the way ada ke mamat SBT ni ckp yang budak2 tu paksa masuk parking depa? dak kan? yang mamat SBT ni dok cuba habaq salah guna baju hijau tu, itu je.. 

  3. gua kena kencing dengan tukang jaga parking berbumbung (parking sebelah tapak gerai2 solvenir terabai) .. masuk 3hari – dia caj rm30 kedian mintak DEPOSIT rm20 konun2nya .. time nak ambik kereta tanya pasal deposit tak nak mngaku kata ada mintak deposit .. nie cara HALAL MELAYU jaga parking kat kuala perlis cari makan .. bukan gua sorang ramai yang terkena¬† … kalau bangsa lain kencing gua wa tak la nak marah sangat ni BANGSA MELAYU … Gua bertekad dalam hati pergi langkawi , wa nak cari tempat parking yang dimiliki oleh bangsa lain ..¬† sampai mampos wa tak nak bayar parking kat melayu ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>