Tunggu pinjaman MBSB

Tertarik dengan promosi pinjaman peribadi sehingga 80 peratus potongan gaji, saya memohon pinjaman peribadi daripada Malaysia Building Society Berhad (MBSB) melalui seorang ejen.

Sejak menghantar permohonan pada 5 Januari lalu, saya masih menunggu pihak MBSB menyiapkan semua proses dokumentasi agar urusan pinjaman selesai. Malangnya, sehingga kini ia umpama menunggu bulan jatuh ke riba.

Ejen yang mempromosi juga tidak dapat berbuat apa-apa. Panggilan telefon yang dibuat berkali-kali kepada ibu pejabat MBSB hanya dijawab oleh kakitangannya dengan ucapan yang sama: “Sila tunggu sebentar…”. Selang beberapa minit, panggilan saya terputus tanpa sebab. Sudahlah panggilan telefon jarang diangkat, bila sudah diangkat begitu pula jadinya.

Ini sama sekali bertentangan dengan janji yang dibuat oleh MBSB melalui ejennya bahawa proses pinjaman boleh diselesaikan dalam tempoh selewat-lewatnya dua minggu. Kepada MBSB, segerakan proses pinjaman.

TAKDE DUIT,
Taiping, Perak

55 thoughts on “Tunggu pinjaman MBSB”

  1. saya ada buat pinjaman MBSB pewira …proses cakap hanya mkn masa 2 mgu tapi sekrg saya dh tgu nk masuk 3 bulan x dpt lagi panggilan dari mbsb..kalo x leh buat terus terang la xde la sy tgu bagai nk rak….org yg tlg sy 2 ckp dh lulus tgu panggilan ms terdekat ni,tp malang nye elok nk tanye kepastian tup..tup org yg tlg sy 2 fon die dh xde dlm perkhidmatan…pe dh jd ni,tipah tertipu lagiii…………..harap2 bia la mgu ni mbsb col,bln 4 dh nk g kusus ni

    nor hayati
    army

    1. Salam,

      Saya sebahagian dari agen MBSB yang lain, punca kelewatan yang amat sangat ini kebanyakannya bukan berpunca daripada agen tetapi dari pihak MBSB sendiri, saya sendiri mempunyai pelanggan yang membuat pinjaman sudah lulus dan menerima baki pinjaman wang tersebut dalam masa 2 minggu.

      Namun ada juga kes yang saya sendiri tidak dapat bantu bila mengalami kelewatan, saya tidak tahu bagaimana pengurusan di MBSB adakalanya lewat dan cepat proses. Adakalanya bila disemak melalui sistem online, pinjaman dalam proses tetapi bila saya sendiri buat follow up, saya telah dimaklumkan bahawa ada beberapa permohonan terpaksa menunggu kerana terdapat banyak permohonan pinjaman dibuat kepada MBSB.

      Bagi saya itu bukan masalah saya, tapi masalah pihak MBSB sendiri.

      Pada pendapat saya, kelewatan ini adakalanya disebabkan sikap kakitangan MBSB sendiri yang lambat memproses permohonan pinjaman tersebut. Masalah sekarang cuma lambat atau cepat sahaja permohonan diluluskan dan peminjam mendapat wang baki pinjaman. Alhamdulilah setakat ini, semua permohon pinjaman dapat menerima wang pinjaman mereka walaupun ada diantara mereka terlewat menerimanya walaupun terlebih 2 minggu.

      Kadang- kadang saya sendiri pun malu bila customer dah complaint lambat.

      Jika berminat sila hubungi saya: Miey 012 2465685 (putrajaya & seri kembangan)

  2. Saya juga telah menghantar dokumen melalui pos express pada 28/12/2010 dan telah dimaklumkan melalui SMS ianya telah diterima. Namun amat mengecewakan kerana sehingga hari ini masih belum mendapat sebarang status walaupun penyata penyelesaian awal telah pun difax – saya diminta oleh agen agar mendapatkan penyata awal sekali lagi kerana penyata yang diminta oleh mereka sebelum ini telah luput sedangkan sebelum ini pihak MBSB ada menyatakan bahawa mereka boleh mendapatkan penyata tersebut lebih cepat berbanding yang lain.

    Saya berurusan dengan agen yang menggunakan email berikut:

    “Processing MBSB”

    Puan Daphne
    MBSB Direct Processing Centre
    40-1 Jalan Usahawan 7
    Off Jalan Kilang Setapak
    53300 Kuala Lumpur
    hp.017-8962220
    03-6204 5641

    Tarikh akhir penyata terkini difax adalah pada : 03/03/2011 dan sudah pasti akan tamat tempoh sah lakunya pada 31/03/2011. Cuma ada seminggu lagi tarikh tempoh tamat tapi sehingga kini masih belum ada berita status. Setiap kali agen dihubungi melalui sms (kerana call tidak dijawab) – replynya cuma :

    ‘sorry, need to queue.’

    ‘Wil check again, sori..’

    ‘Sorry, I will check again for u. TQ’

    ‘Ok, Wil check for u. TQ’

    Agaknya sampai bila proses tu selesai sedangkan dalam email awal tu ada iklan seperti berikut :
    ——————————————————————————————————————-
    Maklumat Penting dari MBSB2U Direct Processing Setapak
    Untuk kes yang meliputi Overlap atau Settlement Awal, MBSB2U akan bantu Anda mengurus semua hal permintaan Surat Penyata Settlement yang diperlukan.
    Wang Advance/Pendahuluan (Maximal RM15,000.00) boleh diatur. ** Tertakluk kepada terma dan syarat bahagian pengurusan MBSB2U Setapak.
    Proses Kelulusan dan wang : < 7 hari bekerja
    **Hanya MBSB2U Setapak yang dapat mengurus Surat Penyata Settlement Awal untuk Customer.
    **Hanya MBSB2U Setapak yang dapat mengeluarkan Wang Advance/Pendahuluan (Maximal RM15,000).
    **Tertakluk kepada terma dan syarat MBSB2U Setapak.
    ———————————————————————————————————————–

    Jangan cakap < 7 hari bekerja, dah masuk bulan ke-3 ni tapi masih belum dapat apa pun. Agen ada bagitau sudah lulus dan cuma perlu tunggu akad officer call.. tapi amat mengecewakan kerana asyik-asyik kena tunggu, kena tunggu..

    Kalau TIDAK dapat, just inform Tidak Berjaya apa susahnya ! Cuma dokumen kena minta balik sbb slip gaji asal diperlukan untuk buat loan tempat lain.

    Pada saya, BANK NEGARA seharusnya menyiasat status sebenar AGEN koperasi ini sebagai badan peminjam kerana dikhuatiri ada UDANG DISEBALIK BATU terhadap dokumen-dokumen yang telah dihantar kepada koperasi tersebut akan disalahgunakan.

    Saya ada cuba bertanya agen MBSB yang lain, namun diminta untuk menghubungi agen dimana dokumen dihantar.

    Bila diminta nombor telefon yang perlu dihubungi.. 03- 20564019 tu tidak pula dapat dihubungi. Setiap kali call, mesti samada ringing tidak dijawab atau terus engaged memanjang..

    Kota Kinabalu
    SABAH

    Ada sesiapa pernah call direct to MBSB ? apa nombor patut dihubungi ?

    Kepada pihak MBSB atau agen-agen yang berkaitan tu, diharap sebarang iklan tu biarlah JELAS dan BETUL dan bukan hanya setakat untuk mendapatkan dokumen dari pemohon terus LESAP pula..

    1. Salam bro,
      saya adalah agen sah yang dilantik oleh mbsb dan saya telah membaca luahan en danny. saya replying ini sebab saya turut bersimpati dengan en danny dan saya juga tertarik dengan beberapa isu yang terkandung di dalam komen en danny.

      Saya sebagai agen yang dilantik dan mewakili rakan-rakan agen yang dilantik sah rasa bertanggungjawab untuk membetulkan beberapa fakta yang saya kira pn daphne ni… kalau orang sabah panggil “kaki kelentong”.

      kami agen-agen (><40 orang/syarikat) yang dilantik sah ini TIDAK boleh sewenang-wenangnya menggunakan fakta yang mengelirukan sebab kami tahu risikonya apabila kami melanggar peraturan yang MBSB tetapkan. so, disini adalah jelas bahawa pn daphne ni BUKAN agen yang dilantik direct oleh MBSB. sebaliknya, pn daphne adalah sub-agen yang TIDAK BERTAULIAH dan pentingkan diri.

      Ringkasnya, antara fakta yang mana pn daphne ni KAKI KELENTONG
      1. MBSB Direct Processing Center di setapak….
      (setahu saya, tiada pun branch atau processing center mbsb di setapak…yang saya tahu pada waktu itu HANYA di bangunan MBSB Leboh Ampang).

      2. MBSB atau staff MBSB tidak akan mendapatkan penyata penyelesaian awal untuk customer yang submit melalui agen…sepatutnya agen tu lah sepatutnya yang bertungkus-lumus mendapatkan penyata sebab bukan staff mbsb yang dapat komisyen.

      3. Bukan pn daphne saja yang boleh mengurus penyata penyelesaian awal…dia ingat di tu power kah macam tongkat ali atau kacip fatimah…hehehe

      4. Bukan pn daphne saja yang boleh memberi advance lah orang lain bagi advance juga tapi tidak banyak lah, tidak lah sampai 15k mungkin rm15 ja tapi namanya advance juga.

      resolution saya…cancel ja bro, buat dengan orang lain ja ramai lagi agen yang bukan kaki kelentong atau bagi saya no ic bro, aku tolong kau dengan sukarela…

      lain kali buat lah dengan saya, aku yang dekat dengan kau ni d sabah inda mau di jumpa sanggup pigi setapak…(gurau ja bah)

      semoga sukses.

      DIN
      kota kinabalu

        1. Janganlah diperangkap oleh tactic kotor ejen yang suruh kau batalkan dan hantar kepada dia. Sebab ejen yang beretika takkan buat demikian..
          Saya hantar kpd Pn Dafni pada 4.3.2011, dpt duit pd 22.3,2011.
          Panggilan saya kpd pn pun tak dilayan tapi dia ada sms balik dgn alasan tengah urusan. . Walaubagaimanapun, loan saya memang diluluskan oleh mbsb.

          1. salam semua kepada peminjam mbsb yang berurusan dgn pn daphne..utk pengetahuan semua, saya juga salah seorang client yg berurusan dgn pn dahne..mulanya saya juga rasa tertipu..tetapi setelah diterangkan sendiri oleh pn dahne, saya amat yakin dgn beliau sehinggalah pihak mbsb sendiri menghubungi saya untuk membuat pengesahan pinjaman..alhamdulillah, loan saya telah lulus dan saya menerimanya pada 20.04.2011 yang lalu..pada yang masih menunggu harap bersabar kerana setiap agen yg dilantik oleh pihak mbsb sudah semestinya akan menjalankan tugas mereka dengan sebaik mungkin..tidak perlulah risau kerana loan anda pasti akan lulus melainkan ada masalah yang tidak dapat dielakkan..wassalam.

    2. bgi no fon awk,saya cik as dri mbsb ibu pejabat @ awk boleh call saya 03-2332 6622 (cik as), 03-2332 6620 (encik ery).

      1. salam… cik as, saya adzuan dari kota kinabalu juga… kes saya lebih kurang dengan en. danny ni juga… sekarang ni saya ingin membuat pembatalan permohonan saya tu… di manakah dan siapakah yang harus saya rujuk…? apa yg harus saya lakukan…?  

  3. Bbrp minggu lps sy dihubungi oleh “agen”MBSB. Sy agak berminat maka pihak mereka dah hantar semua dokumen. Semua lengkap dengan borang angkasa, amanah raya dll. Maka mlm ni bila cuba nak semak status MBSB, sy terjumpa site ini. Semua dokumen diminta hantar ke No24-1, Jalan Prima Setapak, Off Jalan Genting Klang 53300 KL. Tel – 4026 7848 (Mr Alan) . Sy belum buat apa2 lagi.
    Persoalannya, semua yang memohon dan masih belum menerima pinjaman, bagaimana status keselamatan dokumen yang telah diserahkan? Harap tidak disalahgunakan..

    Mai
    Selangor

  4. Aduhh.. sedihnye jumpe web ni.. Saya baru jek submit form kt MBSB JB.. Takkan kne tunggu 3 bulan kot??? Duit nk pakai urgent ni.. Untuk pegawai2 MBSB yg melihat web ni.. TOLONG laa cepatkan proses kami-kami yg teramat memerlukan ni.. Kalau xberapa perlu xkan kami semua nk buat loan @ overlap.. Kalau dah janji 2 minggu setle.. Tunaikan la janji tu.. Orang2 yg teraniaya ni doanya makbul.. Harap maklum la ye..

  5. mmg.. hubby sye pon mcmtu. bg surat utk pemulangan blk duit sbb dah byr pinjaman cepat tp bile col2 x angkat n bile angkat jer tggu lame alih2 putus konon tgh smbung pggilan. mcmni punye pejabat pon ade. pelik kdg2… dorg nie byk sgt keje ker??? pmohonan dah lah.. lmbt betol nk lulus. ssh lh mcmni.. tp kalau nk srh org buat loan,cepat jer….. nasib2….

    1. Yes…until now pun mbsb tak improve lagi….lambat dan lembab.saya tak guna ajen, direct trus ke mbsb, pun lembab. dari 28/2 ,akad pun belum lagi, installment statement pun dah nak expired. kak saya pun mcmtu jugak, statement dia dah expire boleh plak mbsb bg cheque pada dia, n pandai2la uruskan dgn bank. nak issue cheque pun seminggu amik masa…apa ni????? 

      1. senang cite…kalau nak dapat rate 3.99% sehingga 20 taun tu tunggu jela..kalau dpt lgbagus kat bank lain juz reject.per susah..

          1. memang gampang MBSB nih……..aku nak cancel laaa..aku nyer permohonan………aritu dia kata dah lulus..nak isu cek 28/6/12 tapi sampai skrg cek tak sampai…..aku rasa mbsb nih..ada masalah nih…

          2. Aku pon nak menyupah jugak ni **&^%$#@#$^*#@ sbbnya tetiba surat peguam sampai kat aku,katanya aku batal kan perjajian dia suh aku bayar dlm masa 14 hari,bukan sikit 4 ribu lbh…..mana aku nak cekau duit…..klu aku ada duit buat apa aku nak buat loan….ni ejen MBSB tu punya pasal la sbb dia tak dapat komesyen dia hantar surat saman….masa aku nak hantar borang macam2 alasan kata nya borang tak cukup syarat…tapi klu tak cukup camne boleh proses plak,pas tu kata aku batalkan perjajian…tak ke BODOH mana nya tu..

      2. saya pun same gak pd 14/06/2013 saya htr borang sye melalui pos ekspress smpi skrg dah bulan 8 x lulus2 loan sye.

  6. MBSB mempunyai ramai wakil pemasaran tapi tak semua wakil pemasaran yang berkerja dari A to Z, sebab tu lah banyak permohonan yang bermasalah sebab agen tidak dapat mengetahui status. setakat ini kes kami sentiasa dalam keadaan terkawal kerana kami menguruskan permohonan anda terus dengan MBSB sebarang status dan masalah dapat diketahui dengan segera. kepada mana mana pengguna yang berminat utk mohon pinjaman MBSB melalui kami boleh layari laman web kami di http://www.pinjamanmalaysia.com

  7. saya ada membuat overlaping dgn seorang agen…kalo ikut kpd janji beliau 2 minggu proses dh blh settel..tp msk minggu ne dh 4 minggu blm dpt apa2 call dr mbsm…saya ada call tny dia n jwbpanya msh dlm proses..n saya ada memintaya no tel ofis mbsb utk makluman lebih jelas,malangnya pihak mbsb ckap loan saya telah direject..n bila saya call agen dia cakap loan saya still dlm proses n blm di reject apabila dia semak dlm sistem…saya semakin buntu nya mana saya nak percaya kerana saya begitu berharap untuk mendapatkan loan itu…kepada sesiapa yang tahu adakah ini no mbsb bahagian semakan loan…(0320564019 n 0320564116)

  8. saya tak cakap bank mbsb tak bagus…..tetapi pihak pengurusan bank  tu yang bodoh..sehinggakan nak minta penyata baki pinjaman pun janji 2 minggu lepas tu dalam minggu ni…lepas tu sebalan pula ..itulah janji-janji bodoh yang selalu di ungkapkan…harap pihak pengurusan mbsb jika tak reti nak buat kerja ganti orang lain banyak lagi yang layak.

  9. mbsb  ni kira bagus ler dari bank rakyat , bsn .. KFH
    sebab sekarang ni semua bank-bank tempatan mcm bank rakyat  kira komitmen kereta dan hutang-hutang yang berkait  rapat dengan bank … disebabkan undang BNM yang baru,

    mbsb masih lagi longgar . mbsb akan bergabung dengan rhb bank  pada bulan june.. dan kemungkinan mbsb akan jadi bank dan mengira komitmen kereta …

    jadi jangan tunggu lagi .. mbsb ada pakej waslah yang menawarkan potongan sehingga 75%  bkn 80%..saya boleh percepatkan proses anda .. sebab sy bukan agen mbsb .. sy staff processing mbsb..  

    dan dimaklumkan lagi sekali , laman web mbsb yang sebenarnya adalah http://www.mbsb.com.my ..
    bukan http://www.mbsb-online.my … mbsb-online.my adalah master dealer .. .. agen ler… trip jer jadi mbsb … melalui agen memang 2 minggu ..

    melalui sya 1 minggu ..  

    1. En MBSB, siapakah nama tuan yang sebenar? Adakah tuan telah di beri tanggungjawab untuk memberi jawapan seperti diatas oleh pihak pengurusan MBSB? Juga, sudahkah ada official announcement mengenai gabungan MBSB dan RHB Bank seperti yang tuan nyatakan diatas? MBSB adalah syarikat yang listed di Bursa Malaysia. Announcement macam yang tuan buat di atas mesti ikut tatacara Bursa Malaysia. Or else you can be charged for insider trading.

      Can we have your name please? So that we can countercheck information tuan yang tertera diatas ini dengan pihak pengurusan? 

    2. En mbsb sy pn senasib genap dua bln pinjmn sy…sy melalui ejen..bila col hq mcm lh yg ni dah expired..mane xnye prses lame sgt..ape yg diorg nk sume sy tururkn

  10. Salam,
    Saya ingin tanya kepada MBSB,apa tujuan wang seratus ringgit dikenakan apabila ingin dapatkan penyata penyelesaian loan peribadi? Kenapakah alasan pihak MBSB, boleh dapat penyata dalam tempoh 30 hari bekerja? Adakah kakitangan MBSB memang suka buat kerja memeram borang – borang pelanggannya? Dah dapat rm100 patutnya cepat buat kerja! Pelanggan buat loan bukan suka-suka,tentu ada peerkara yang ingin diselesaikan SEGERA…..tolonglah faham wahai MBSB!!!

  11. salam MBSB,

    saya ingin merujuk beberapa perkara pertama saya telah memohon loan peribadi bertarikh 14 feb 2012 tetapi sehingga sekarang masih belum mendapat maklum balas dan apabila saya menghubungi agen bernama Velentono King sehingga sekarang masih belum mendapat panggilan seperti dijanjjikan.

    pada minggu lepas saya ada menghubungi agen tersebut beliau menyatakan “KOD” belum dibuka …oklah saya pun sabar menuggu bulan belum terang tetapi selepas seminggu berlalu saya menghubungi beliau semula sama ada loan yang dibuat approve atau tidak …

    cuba bayangkan semasa  agen semasa datang ke syarikat tersohor dipenang yang bersangkutan dengan badan berkanun bersama janji manis “jgn risau 2 minggu pasti dapat duit MBSB akan call”
    sehingga sekarang masih belum hubungi saya.”umpama menanti duit ke riba”

    ali@coop:disqus 
    0147433345 

  12. salam,bg saya siapa yang nak setel loan cepat tu agak2 lagi seminggu dah nak expired loan lama baik mintak issue cheque so xde la pending lama sangat…lagipun customer kene paham,untuk dapat kan promosi rate yg rendah skang ni kene la bersabar dan memudahkan lagi kerje staf mbsb.jgn ingt awak sorang je yang wat loan.diorang ni/staf mbsb LA,pantang kalau dokumen xcmplete…mula la campak tepi.so,kene cal/sms jugak ngan agen yang awak buat.supaya tau ape yg buat pending…ni semua melalui pengalaman saya sebagai staff mbsb laa…
    nak loan boleh sms/call sy di 013-7059725/013-7059726…area batu pahat,muar,pontian,melaka,yong peng..dalam negeri johor senang cite.

  13. kalau nak buat pinjaman…buatlah dekat bank rakyat….seb…bank rakyat adalah bank yg termurah interest nya….insyaallah…

    1. memanglah rendah…tp diskriminasi…org penjawat awam je yg boleh buat loan BR..tp yg penjawat swasta nk kene gaji RM3k ke atas bru bole buat…tah pape tah…!!

  14. bank mengenakan servis perkhidmatan sejumlah rm50 untuk dptkan penyata tapi mengapa mbsb kenakan rm 100 lepas tu kena tunggu sampai 30 hari seolah olah nak suruh pelanggan jgn buat loan tempat lain jee……. BNM mohon beri perhatian.
     

  15. Kalau nak buat pinjaman dengan MBSB, sebaik-baiknya datang terus ke mana-mana cawangan MBSB terhampir dengan anda, jika ada.. Seboleh-bolehnya elakkan berurusan dengan agen / wakil MBSB.. Kami di Melaka tidak menghadapi sebarang masalah dengan MBSB..

  16. saya sudah hantar borang  permohonan  melalui pegawai mbsb cawangan sandakan pada 15.5 2012, tepi sehingga kini ada keputusan lagi semada lulus atau tidak….pegawai mbsb sandakan beritahu hari itu urusan hanya mengambil masa  2 minggu sahaja, tepi sehingga kini belum ada apa-apa lagi………………………

  17. saya juga mempunyai masalah melalui agen dan pegawai mbsb, dh lah lambat memproses…salah kira pulak…!!!! itu yg memyebabkan sy bengang sangat!!! dh salah kira suruh sy tunggu lagi proses macam biasa, sedangkan pegawai tu dh sy bagitau nak pakai duit cepat, dia cuma suruh sy sabar jerrrrrr………

  18. SETELAH MEMBACA PELBAGAI RUNGUTAN PELANGGAN  SAYA TERKILAN JUGA SEBAB SAYA PUN MENGHADAPI MASALAH YANG SAMA MBSB SEPATUTNYA TUNJUKKAN  SIKAP PROFESIONAL DALAM KERJAYA…KALAU NAK IKUTKAN ISO DAH TENTU JAUH TERSASAR.
    SAYA MOHON  MINTA PERCEPATKAN SEGALA MASALAH YANG BERKAITAN..CUBA PIHAK STAFF MBSB BAYANGAKAN SEKRIRANYA ANDA DI TEMPAT KAMI ….. DISANGKAKAN  AIR RUPANYA FATAMORGANA 

  19. salam…… sekarang ni dengar je nama mbsb dah tol 2 benci la diaorang ni memang penipu la mintak pm kita turun padang pi siasat latar belakang mbsb ni asyik duk menipu ja,buat dengan depa memang menyusahkan ,kalau aku tahu la cam ni tak nak aku buatya.tauboat la aku x mau buat dah dengan depa ni.nak dapatkan loan pun lambat nak dapatkan penyata pun susah la cam ni…….mintak pm suruh depa tutup ja bank mbsb ni mereka tak layak buka bank cam ni,tu la orang nak buat bank kauorang pun nak buka tapi tak reti,urusan lambat gila,pi mampus la hampa

  20. memang MBSB ni indah khabar dari rupa. Hubby saya buat pinjaman sebelum raya . Mereka cakap sebelum raya dapat tapi sampai saat ini tak dapat lepas itu boleh cakap lepas raya pulak. Kita nak pinjam nak pakai duit sebelum raya lepas raya baik tak payah pinjam.

  21. sy telah mmbuat pmohonan n tunggu kelulusan lebih 2 bulan. dah tu masa agen buat tawaran kata interst 3.5 utk kakitgn kpm tp bila akad jd 4.3. mcm sial. dahlah nak call agen tak berangkat. ni dah lepas akad dah lebih 2 minggu duit tak masuk masuk lagi. celaka sungguh. call call x berangkat. wahai mbsb tolonglah jawab

  22. Saya Kpl Asfia dr sarawak. Saya telah buat loan dengan mbsb terlalu lama dengan ejen yang bernama Latifah. Tetapi sampai sekarang saya masih menunggu pihak mbsb menghubungi saya tetapi belum juga dihubungi. Menurut ejen saya permohonan dah diluluskan tetapi kenapa sampai sekarang saya belum dapatkan cash in Hand. Bermcm mcm masalah yang berlaku. penyata tamat tempoh lah.. apelah. Sampai saya serik dah nak hubungi pihak mbsb. Saya bosan lah dengan kelambatan dari pihak mbsb. Ini kali pertama permohonan pinjaman peribadi saya yang paling lama yang saya pernah uruskan dalam sejarah saya buat pinjaman. Kalau anda di tempat saya dengan berjanji dengan orang nak settlekan semua hutang dengan yang saya telah berhutang.kenapa perlu tunggu terlalu lama sangat. sepatutnya 2 minggu … ni dah dekat nak 2 bulan. cuba anda fikirkan .Pasal penyata tamat tempoh 2 bukan urusan kami nak uruskan. Dah tertulis di dlm kertas dengan tandatangan pengesahan lagi di penyata penyelesaian pinjaman tersebut. Masih kene tunggu yang tak tamat tempoh ke. Servis mbsb terlalu terok la.. baik buat pinjaman di agensi lain …

  23. Sy plak ada bt overlaping kat mbsb..dah lulus pun pada bulan lapan hari tu be4 raya..masalahnya skang,staff mbsb yg kol sy msa akad hari tu bgtau yg pemotongan baru akan stat bulan 10..so memang dah kena ptg la..tp,yg sy tak puas hati..bulan 8 n 9 tu sy masih dikenakan potongan utk pinjaman yg lama..bukankah masa loan kita aprove tu,hutang yg lama dah ditutup 100%..means smuanya dahditolak dri pinjaman baru..maknanya bulan 8 n 9 sepatutnya sy tak dipotong lg kn..just tggu potongan bg pnjaman baru..patutnya sy dpt refund kn.tp malangnya smpai skg pun sy masi x dpt refund tu..

    1. cik salah fhm tu..potongan yg baru mmg bermula lepas 2 bulan sbb pendahuluan dah di ambil,tetapi potongan lama mmg akan berjalan lebih 2 bulan walaupun itu potongan koperasi/bank lain atau mbsb sndiri..sbbnya ia melibatkan biro angkasa,kalau mbsb x buat mcm tu dah tentu potngan angkasa akan jadi double..lagipun semua tu dah dikira semasa overlapping.

  24. Saya berasal dari kuching sarawak. Sampai sekarang saya betul betul tidak puas hati dengan servis yang telah diberi oleh pihak MBSB kerana sampai sekarang AKAD yang ditunggu tunggu n yang telah dijanji kan oleh ejen saya belum lagi dibuat. Alasannya tengah menunggu Q-up konon. Susah sangat kah nak berterus terang dengan customer. Saya berasa amat tidak tidak sangatlah tidak berpuas ati dengan servis yang diberi oleh pihak MBSB. Sampai sekarang tiada sebarang jawapan dari pihak MBSB. Dan untuk makluman mbsb juga saya sudah menghantar berberapa msg melalui email saya bagi menyemak status pinjaman saya.Saya ada beberapa soalan kepada pihak MBSB.

    1. KENAPA JANJI JANJI PIHAK MBSB TERAMATLAH MANIS.??
    2. APAKAH SEMUA MASALAH CUSTOMER ANDA AMBILBERAT ATAU TIDAK??
    3. SUSAH SANGAT KE PIHAK MBSB NAK LAKUKAN AKAD KEPADA PIHAK CUSTOMER SEDANGKAN SEKARANG PIHAK MBSB MENGGUNAKAN SISTEM PESANAN RINGKAS TUJUAN MEMPERCEPATKAN SISTEM AKAD …..KONON??????
    4. ATAS KELAMBATAN DARI PIHAK ANDA MEMBERI TINDAKBALAS IALAH PENYEBAB SEMUA PENYATA PENYATA BAGI PENYELESAIAN PINJAMAN TAMAT TEMPOH. INI ADALAH PUNCA KELEWATAN YANG AMAT KETARA…. APAKAH YANG WAJIB DILAKUKAN DARI PIHAK TUAN???
    5. TUJUAN MBSB INI SEBENARNYA IALAH MEMBANTU SEMUA KAKITANGAN KERAJAAN ATAU MANA MANA PENJAWAT AWAM DALAM MEMULIHKAN GAJI .. BUKAN NYA MENAMBAHKAN MASALAH PADA SETIAP INDIVIDU YANG MEMERLUKAN BANTUAN DARI PIHAK ANDA.

    UNTUK MAKLUMAN SEMUA. SEBELUM NI SAYA DAH BUAT BANYAK PINJAMAN DARI SEMUA KOPERASI ATAU BANK BANK. SERVIS YANG PALING TERUK SAYA PERNAH TERIMA IALAH DARI PIHAK M.B.S.B. TOLONGLAH AMBIL BERAT TENTANG MASALAH CUSTOMER. KALAU KAMI TIDAK ADA MASALAH…. KAMI TAKKAN MEMBUAT PINJAMAN DI TEMPAT ANDA……

    1. Salam..encik,lbh baik semak balik melalui ejen encik..sy juga ejen mbsb,beratus dokumen sy hantar setiap bulan tetapi bermula saat mbsb kenalkan akad sms,belum pernah ade lg kes yg melebihi 12 hari..mcm ada yg x kena je..sy pernah beberapa kali hantar dokumen cuma ambil masa 3 hari utk dpt sms akad..proses mbsb skrg dh ok,x mcm dulu (awal 2011)..kemungkinan besar loan encik x lulus tp ejen x info pd encik..confirm balik lah ye,jgn marah2..tq

  25. saya ada membuat pinjaman(reloan)pada bln lepas(bln dec 2012)tp kena reject di sebabkan gaji x ckp.dan bila sya bertanykan mengapa x ckp bab seblm saya tel agen mbsb dah check yg mana saya ada klyakan utk reloan lg.dan bila d tel kata mereka gaji x ckp dan semua elaun x d kira msk.cma gaji kasar ja d guna.tu pun saya da tunggu hmpir 1bulan.dcni mereka da melengah-lengah kan masa saya menunggu.dan saya bt lg pada febuary pun saya tunggu kenaikan gaji thnan.pun keadaan yg sama proses saja mengambil masa sebulan utk reloan ja.dan saya sekarang pun masih lg tunggu panggilan drpd pihak MBSB.
    Dsini saya ingin katakan klu dlm borang dah ckp yg proses cma ambl masa 2minggu,tlong lah patuhi peraturan yg pihak anda dah buat.ini tidak klu ble 3bulan baru kna tel.ini kah cara anda membuat kerja yg sambil lewa?saya mahu tanya klu kamu d tmpt saya yg btl2 memerlukan apa perasan kamu!!

    yg bnr,
    kekurangan duit

  26. MBSB HQ mmg buat kerja lembab ke?…pegawai2 tidur ke…saya mohon loan bulan feb 2013 hingga mac 2013 masih belum ada apa-apa berita..Bila call HQ jawabnya masih dalam sistem..berapa lama lagi mahu tunggu…

  27. saya berurusan dengan en mohd fahmi (mbsb cawangan bandar baru bangi) , saya nasihat kan jangan buatloan dengan dia kerana dia buat kerja sambil lewa , dokumen lengkap ke tak lengkap dia tak cek ini membuat kan proses permohonan mengambil masa yang lama …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>