Tertarik dengan promosi pinjaman peribadi sehingga 80 peratus potongan gaji, saya memohon pinjaman peribadi daripada Malaysia Building Society Berhad (MBSB) melalui seorang ejen.

Sejak menghantar permohonan pada 5 Januari lalu, saya masih menunggu pihak MBSB menyiapkan semua proses dokumentasi agar urusan pinjaman selesai. Malangnya, sehingga kini ia umpama menunggu bulan jatuh ke riba.

Ejen yang mempromosi juga tidak dapat berbuat apa-apa. Panggilan telefon yang dibuat berkali-kali kepada ibu pejabat MBSB hanya dijawab oleh kakitangannya dengan ucapan yang sama: “Sila tunggu sebentar…”. Selang beberapa minit, panggilan saya terputus tanpa sebab. Sudahlah panggilan telefon jarang diangkat, bila sudah diangkat begitu pula jadinya.

Ini sama sekali bertentangan dengan janji yang dibuat oleh MBSB melalui ejennya bahawa proses pinjaman boleh diselesaikan dalam tempoh selewat-lewatnya dua minggu. Kepada MBSB, segerakan proses pinjaman.

TAKDE DUIT,
Taiping, Perak

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.