Toner XEROX 3119 tidak ada kualiti
Untuk pengetahuan orang yang berkenaan,saya sudah membeli toner xerox 3119 sebanyak 3 kali dengan harga rm250 satu toner,sewaktu urusniaga berlaku saya akan tanya peniaga tu berapa banyak copy/printer boleh di gunakan ke atas toner tersebut? Rata-rata peniaga toner xerox di karamunsing yang saya kunjungi menyatakan 3000 kpg boleh printer/copy.
Apa yang mengecewakan saya,hanya 300 page je lebih kurang boleh di gunakan dan tanda amaran dalam mesin workcenter xerox ada menyatakan TONER EMPTY.oleh kerana rasa tidak puas hati saya tu timbul maka saya bertekad untuk membuka toner tersebut dan saya dapati masih banyak lagi serbuk toner di dalamnya.
untuk pengetahuan kalian yang berkenaan,saya gunakan toner tersebut bagi tujuan perniagaan di kampung secara kecil-kecilan bagi bagi menambahkan pendapatan saya kerana jarak antara rumah saya ke pekan agak jauh dan menyukarkan penduduk kampung untuk ke pekan sekiranya mereka memerlukan copy ic mereka.pada asal nya saya mengenakan caj 10/20 sen saja sekeping,memandangkan saya mengalami kerugian pada toner tersebut maka saya terpaksa mengenakan caj 50 sen sekeping bagi toner ke2,tapi ternyata hampa juga kerana sudah 3 kali saya mengalami kerugian hanya gara-gara masalah toner yang mahal tapi kualitinya kurang memuaskan hati saya.
Saya harap ada orang yang sudi membantu saya menangani masalah ini. Bak kata perdana menteri kita “RAKYAT DI DAHULUKAN PENCAPAIAN DI UTAMAKAN “.
By: PUAN SAMARIYAH AMAT YASSIN
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |
Aduan yang berkaitan:
-
Helmi8326
-
dv





