Assalammu’alaikum,

Saya mempunyai anak yang pernah belajar di POLITECH-MARA, BANGI selama 3 bulan. Masalah saya adalah anak saya telah mengambil keputusan untuk menamatkan pengajiannya di kolej itu sebab telah mendapat tawaran belajar di POLITEKNIK SHAH ALAM.

Semasa anak saya menyerahkan surat untuk berhenti belajar di kolej itu dia tidak dimaklumkan oleh sesiapa kakitangan di bahagian pentadbiran kolej itu sekiranya dia berhenti dia akan dikenakan bayaran balik kos kursus yg dia ambil walaupun dia belum belajar lagi.

Di pihak saya pula, saya dan suami hadir semasa taklimat dihari pendaftaran dikolej itu. Saya tidak ada mendapat apa2 maklumat yang mengatakan sekiranya anak saya berhenti akan dikenakan bayaran kos kursus yg diambilnya. Jadi masalah sekarang ini pihak kolej telah menuntut bayaran balik sejumlah RM2,125.00 hutang yuran pengajian.

Saya amat terkejut dengan jumlah yg besar itu sedangkan anak saya belum mendapat ilmu dari kolej itu. Saya telah membuat bantahan atas pembayaran yg diminta itu dengan memberi alasan seperti ini. Bantahan saya ditolak dengan alasan pihak kolej ada polisinya berkenaan masalah seperti ini.

Saya pernah hubungi salah seorang pegawai kolej ini dan bertanyakan atas sebab apa tuntutan besar ini diminta. Pegawai itu memberi jawapan ini adalah kerana pihak kolej telah rugi dengan kekosongan tempat anak saya. Saya bertanyakan sekira nya tempat anak saya itu diisi dengan pelajar lain adakah dia mengambil bayaran yang sama. Jawapannya “ya”. Jadi dimanakah ruginya pihak kolej.

Pihak koleh tidak berfikir saya seorang ibu lagi banyak menanggung kerugian atas masalah ini. Saya telah rugi sebanyak RM1500 atas urusan kemasukan anak saya ke kolej itu. Kos itu meliputi yuran yang perlu dibayar pada masa hari pndaftaran dan persiapan barang2 keperluan lain. Kos itu hangus begitu sahaja selepas anak saya berhenti dari kolej itu.

Saya perlu menyiapkan kos baru untu anak saya belajar di POLITEKNIK SHAH ALAM pula. Saya ingin bertanya adakah tuntutan ini logik akal yang dibuat oleh pihak kolej. Saya juga telah menerima surat dari pihak kolej untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap anak saya. Anak saya baru menamatkan pelajarannya dan sekarang menunggu sekiranya layak untuk menyambung pelajarannya.

Saya bimbang atas kegagalan saya membayar balik tuntutan dari pihak kolej ini, anak saya akan disenarai hitamkan dalam pinjaman pelajaran yang akan datang. Saya sangat mengharapkan ada mana-mana pihak yang dapat menolong saya dalam kes ini. Saya tidak berpuashati dengan tindakan dari pihak kolej ini.

By: Noormah

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.