Saya ingin mengadu mengenai tiadanya sekolah rendah dan menengah di Bandar Bukit Raja, Klang. Hanya ada satu sekolah tamil yang disediakan untuk penduduk estet asal di kawasan ladang kelapa sawit Bukit Rajah dahulu.
Terdapat banyak tapak yang telah disediakan oleh pihak sime darby tetapi sehingga kini tidak ada sekolah di kawasan perumahan “prime area” ini.
Penduduk terpaksa menghantar anak ke Sekolah di setia alam, klang utama dan batu belah dan keadaan tidak selesa kerana jumlah pelajar di sekolah tersebut juga ramai selain keadaan trafik yang sesak di waktu puncak pagi dan petang.
Untuk pengetahuan kawasan perumahan ini telah dibangunkan pada tahun 2003 namun sehingga kini masalah ini tidak diendahkan oleh pihak berkuasa dan kementerian pelajaran.
Saya amat berharap supaya tapak-tapak sekolah yang telah disediakan pihak pemaju dapat dimanafaatkan dengan sebaik-baiknya.
Harap dapat siasat pekara ini untuk kepentingan rakyat.
Sekian. Terima kasih
Dr. Noorzaina Idris
Pensyarah Kanan
Fakulti Pendidikan
UiTM Puncak Alam