Saya ingin meluahkan ketidak puasan hati saya kepada syarikat Tesco Stores (M) Sdn Bhd cawangan Jalan Klang Lama berkenaan sikap sambil lewa dan tidak prihatin kepada sensitiviti penduduk beragama Islam.

Semalam 2 sep 2012 saya membeli belah di pasaraya tersebut yang saya akui amat tersusun parkingnya dan sangat user friendly. Selesai membeli belah, saya membawa keluarga saya ke food court pasaraya tersebut untuk menjamu selera. Selang 10 minit kami duduk disitu, satu keluarga berbangsa cina tiba membawa anjing yang diletakkan di dalam carrier dan diletakkan di atas bangku di salah sebuah meja berhampiran kami makan.

Berang melihat kepada keluarga tersebut yang buat2 muka tak bersalah dan langsung tak perihatin terhadap perlakuan tersebut, saya melaporkan kepada petugas tesco yang mempunyai ramai pengawal keselamatan yang berbangsa asing tu.

Tetapi saya menunggu lebih kurang 30 minit dan tiada siapa dari kakitangan tesco yang berbangsa melayu beragama islam ataupun mana2 bangsa pun yang tampil untuk menegur salah laku keluarga tersebut.

mana2 pihak tolong lah tengok masalah ni. yang saya lagi tak puas hati, staf tesco beritahu masalah ini telah disiarkan di dalam surat khabar dimana haiwan peliharaan dilarang masuk ke premis perniagaan tetapi pelanggan tetap bawa masuk. come on laaa pengawal punya laaa ramai…tak kan lah tu pun tak boleh nak kuat kuasa…prihatin skit sensitiviti agama ni…

By: mohd fadzil

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.