≡ Menu

Teraniaya Dengan Kadar Caj Air Melampau Pihak SYABAS

Saya ingin melaporkan akan masalah yang berlaku di Pangsapuri Sri Mutiara, Taman Ukay Bistari yang merasa teraniaya dengan Pihak SYABAS.

Pihak SYABAS telah mengenakan caj yang melampau terhadap penggunaan air di sini. Caj dan kod takrif air yang di kenakan adalah tidak bersesuaian langsung terhadap kawasan PPR.

Pangsapuri ini telah di migrasi sepenuhnya oleh pihak Syabas dan semua penduduk memiliki meter individu Syabas sendiri di bawah kod takrif 10 (Domestik). Manakala pihak Badan Pengurusan pula membayar caj meter pukal Syabas bertakrif kod 11 (Industri).Pihak Badan Pengurusan ini juga adalah penduduk di sini dan bertanggungjawab terhadap semua pembayaran yang berkaitan bangunan. Oleh itu boleh di katakan kami adalah wakil kepada penduduk.

Persoalannya adalah caj air yang di kenakan kepada setiap unit telah di migrasi oleh SYABAS di sini adalah RM 0.57 dan di bayar terus kepada Pihak SYABAS. Tetapi mengapa pula pihak Badan Pengurusan yang menguruskan meter pukal bangunan terpaksa menanggung caj untuk industri (Kod Takrif 11) ? Walhal kami adalah satu projek PPR (Pangsapuri Kos Rendah) yang mempunyai kod takrif sendiri iaitu kod takrif 18. Sepatutnya kami di kenakan caj RM 0.80 bagi setiap penggunaan air di sini.

Walaupun pihak Badan Pengurusan yang akan terkesan daripada tindakan SYABAS ini tetapi harus di fikirkan bahawa wang untuk membayar semua caj air dari meter pukal adalah daripada wang yang di terima terus dari wang penyelenggaraan penduduk di sini.

Justeru itu kami merasa terbeban dengan caj yang di kenakan kerana penggunaan meter pukal itu di gunakan hanya kepada pihak Surau, tempat sampah dan beberapa batang paip sahaja tetapi kami terpaksa menanggung pembayaran bulanan hampir RM 3,000 tanpa gagal. Agak merungsingkan kerana kami juga mempunyai hutang piutang yang lain harus di selesaikan.Sedangkan wang kutipan caj penyelenggaraan adalah tidak memberangsangkan.

Kerisauan kami di sini adalah apabila kami sudah tidak mampu untuk membayar lagi dan secara otomatiknya akan berlaku permotongan bekalan air dari pihak terlibat. Kerugian adalah kepada penduduk sendiri kerana meter pukal yang akan di potong bekalannya.

Justeru itu saya ingin meminta kepada sesiapa yang boleh membantu kami dalam menyelesaikan masalah kami ini kerana kami merasa teraniaya dan terbeban dengan tindakan pihak terbabit.

Kami sudah tidak tahu kepada siapa lagi perlu di adukan masalah ini kerana seperti tiada jawapan pasti daripada mana-mana jabatan yang terlibat setelah kami ajukan masalah ini kepada mereka.

Kami berharap ada pihak yang dapat membantu kami setelah di adukan di sini.

Sekian Terima Kasih,

JMB Pangsapuri Sri Mutiara,
Taman Ukay Bistari

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan