≡ Menu

Telur Puyuh Berulat

Salam 1Malaysia,

Sebagai pengguna yang prihatin. Saya ingin membuat aduan ke atas pasaraya besar Giant, Taman OUG. Bertarikh 15 May 2012, saya ke sana untuk membeli barang dapur. Ketika mahu mengambil telur puyuh, saya sedar ada yang tidak kena. Rupanya telur itu telah penuh dengan ulat. Malah dapat di lihat dengan jelas, sarang telur ulat blm menetas.

Telur Puyuh yang dipenuhi ulat.

Ketika mahu membayar barangan saya, saya memaklumkan kepada juruwang berkenaan hal ini. Tapi respons yang saya dapat amatlah mendukacitakan. Dia hanya memberitahu jika demikian, telur berkenaan boleh di tukar baru. Saya masih tidak berpuas hati. Saya maklumkan yang saya tidak beli telur itu, tapi hanya maklumkan agar pengguna lain tidak terkena. Jawapannya, Nasib la..

Saya sgt kecewa dgn perilaku dan respons yang diberikan. Sebagai pasaraya yang ‘Giant’. Sepatutnya lebih teliti dalam memeriksa barang, terutama makanan yang dipamerkan.

Harap dengan aduan ini pihak berkenaan lebih prihatin.

Terima kasih.

Yang ikhlas,
Tini Azahar

{ 10 comments… add one }

  • Satu Pengguna May 22, 2012, 07:54

    Harap puan telah membuat aduan ke sistem e-aduan kpdnkk, sila lawati 1pengguna.com dan klik e-aduan atau call 1800 886 800 utk membuat laporan

  • Hantu May 22, 2012, 07:55

    ” Jawapannya, Nasib la..” baik punya jawapan dia.. minta2 lepasni dia kena.. baru dia tau tergurisnya hati pembeli.. haha

  • Pengguna Bijak. May 22, 2012, 08:18

    Jawapan “nasib lah” itu  adalah jawapan yang tak bertanggung jawab!  Sepatutnya setiap aduan pembeli hendaklah diambil berat dan diberitahu kepada pegawai yang bertugas supaya tindakan segera boleh diambil!

  • ges May 22, 2012, 08:19

    di giant sek13 pun pernah berlaku, tp telur ayam..dh berulat dan berbau..tp naseb baek cashier tu mintak maaf..

  • Juliana Othman May 22, 2012, 08:58

    Jika mereka tidak peduli… saluran yang betul wajib digunakan..Aduan boleh dibuat di Kementerian penggunaan (hak Pengguna)….

  • Rinitoro May 22, 2012, 09:35

    saya mau share juga, saya pernah mengalami masalah telur di GIANT jakarta.  begini : saya ambil box telur (ayam negri) di Giant kok tiba2 ada air keluar mengenai baju saya, bauuu sekali dan ada ulat2 putih kecil (midget/belatung) kontan saya kembalikan ke raknya.. saya juga waktu itu sudah merasa kalau saya adukan pasti jawabannya “silahkan tukar dengan yg lain”.. jadi rupanya Giant harus hati2 yaa jangan2 barang2 lain juga banyak yg out of date.. memang sejak itu saya berhati2 dalam belanja walaupun di supermarket yg bagus sekalipun..

  • Puan dini May 22, 2012, 10:21

    Euwww….giant memg camtU..aku,pernah kena sekali..

  • Muslimah May 22, 2012, 12:26

    they all have attitude problem, supervision problem,lack of efficiency,do u know sometimes some good already expired,very bad reputation for a chain mart…..its the ppl not the mart

  • Arashidison May 22, 2012, 13:03

    Giant d Kota Kinabalu juga sama bahagian Wawasan Plaza…
    Saya tidak tahu kenapa sistem pembersihan merek sangat rendah…
    Terutama bahagian makanan dan minuman..
    Kawasan itu sangat berbau busuk najis dan kencing tikus…
    bukankh ini bolh menyebabkan pnyakit..
    Selain dari itu…tanda harga bahagian makanan beku juga sangat mengelirukan…
    Hari itu saya membeli ayam sedia goreng yang harganya hanya RM 9.99
    Tetapi sekali dibahagian counter pembayaran…harga sebenar adalah RM 14
    Kita tegur mereka salahkan kita yg salah lihat sedangkan tanda harga berkenaan tertera dengan nama sekali…saya semakin rasa Gaint mempunyai Customer Service yang lemah…
    Jangan salahkan hak penguna kerana kami yg datng dan membeli, melihat,merasa dan berkata…
    Jangan kerana pandangan negatif ini menyebabkan Gaint mampu ditutup dan jenamanya semakin tidak baik…
    harap orang kuat Gaint ini melakukn tindakn sebelum kepercayaan customer hilang…

  • Arychampion May 22, 2012, 13:45

    Billion Mart cawangan Tanjung Chat, Kota Bharu, Kelantan amat menjijikkan. masuk saja ke bahagian makanan sudah terbau kencing tikus yg amat kuat. Pihak pengurusan macam tak ambil peduli tentang kebersihan. Bila pegang barang akan melekat bau kencing tikus. Pihak berkenaan sepatutnya buat pemantauan dan ambil tindakan.

Leave a Comment