Salam 1Malaysia,

Sebagai pengguna yang prihatin. Saya ingin membuat aduan ke atas pasaraya besar Giant, Taman OUG. Bertarikh 15 May 2012, saya ke sana untuk membeli barang dapur. Ketika mahu mengambil telur puyuh, saya sedar ada yang tidak kena. Rupanya telur itu telah penuh dengan ulat. Malah dapat di lihat dengan jelas, sarang telur ulat blm menetas.

Telur Puyuh yang dipenuhi ulat.

Ketika mahu membayar barangan saya, saya memaklumkan kepada juruwang berkenaan hal ini. Tapi respons yang saya dapat amatlah mendukacitakan. Dia hanya memberitahu jika demikian, telur berkenaan boleh di tukar baru. Saya masih tidak berpuas hati. Saya maklumkan yang saya tidak beli telur itu, tapi hanya maklumkan agar pengguna lain tidak terkena. Jawapannya, Nasib la..

Saya sgt kecewa dgn perilaku dan respons yang diberikan. Sebagai pasaraya yang ‘Giant’. Sepatutnya lebih teliti dalam memeriksa barang, terutama makanan yang dipamerkan.

Harap dengan aduan ini pihak berkenaan lebih prihatin.

Terima kasih.

Yang ikhlas,
Tini Azahar

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.