Saya ingin membuat aduan tentang tayangan seorang lelaki berbogel dengan aksi mandi di sungai, tanpa seurat benang pun, di saluran 145 HyppTV (unifi) pada pukul 6.43 petang 6 mac 2013 dalam rancangan travelchanelHD.

Walaupun lelaki tersebut membelakangi camera, tetapi anggota punggung masih dikira sebagai anggota sulit di dalam masyarakat asia, apatah lagi dalam negara dengan agama rasmi adalah islam. Tiada sebarang bentuk censorship dilakukan.

Adakah ini bermaksud agenda kawalan atas tayangan berbaur lucah tidak lagi penting dalam kementerian penerangan komunikasi dan kebudayaan, malah kerajaan secara keseluruhan?

Minta audit dan kuatkan penguatkuasaan atas iklan juga. Iklan pakaian dalam (bra) dengan model perempuan hanya memakai pakaian tersebut boleh didapati hampir setiap hari di media cetak utama, berbeza dengan 10 tahun yang lepas. Minta kaji secara mendalam

By: Azmuddin

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.