≡ Menu

Tanah Runtuh di Lenggeng dari Tahun 2004 Hingga Kini Terabai

Lot 4513, Kg Beranang Ulu, Bt 18, 71750 Lenggeng N. Sembilan.

Sungai yang dikatakan parit kecil kini telah melalui tanah Lot 4513 dan telah menjadi besar, kikisan tanah menjadi amat kritikal serta tanah runtuh telah menjadi isu tiada pembelaan oelh JPS dan Pejabat Tanah Daerah walaupun telah diadukan banyak kali dari tahun 2004 hingga 2018 .

Pegawai kerajaan yang terlibat sentiasa bertukar wajah, sikap dan perangai dan hanya datang cuma mengambil gambar dan tengelam bersama gambar-gambarnya. Ketua Kampung, JKKK turut hilang bersama gambar yang diambil. Tanah Lot 4513 telah menjadi kecil dan para penduduk di tepi tebing sungai tersebut sentiasa diambang ketakutan dan keselamatan penduduk telah menjadi isu terbesar hingga ke hari ini.

Tanah di Jambatan yang dibina kini telah juga terhakis, banyak pokok yang tumbang bila hujan lebat serta air besar dan deras. Perigi, titi dan tandas kami juga telah dihanyutkan. Sungai yang membawa sampah sarap dari hulu ke hilir yang melalui Lot 4513 sentasa tersekat dan berbau busuk.

Pihak Jurutera Daerah sentiasa mengatakan ianya tidak kritikal dan tiada peruntukan dari kerajaan. Pegawai kerajaan yang mempunyai sikap sinis dan deskriminasi terhadap isu ini perlu diambil berat dan tindakan.

BAGAIMANA SEBUAH KERAJAAN HENDAK MEMAJUKAN NEGARA INI JIKA ISU YANG SEBEGINI TIDAK DAPAT DIURUSKAN DARI TAHUN 2004 HINGGA LAH 2018.

BACA:  Citylink Nilai Buat Kerja Sambil Lewa

Kebijaksaaan jurutera daerah juga kami pertikaikan kerana dgn keputusan yang telah dibuat dari tahun 2004 yang mengatakan tidak ada isu besar dan kritikal kini telah menunjukan kebodohan berfikir dan gagal di dalam memberi keputusan.

Adakah sehingga terhakis dan roboh rumah dan kemalangan jiwa baru dikatakan keadaan tanah runtuh itu kritikal?

Isu ini juga telah dibawa kepada Ahli Wakil Rakyat BN tetapi tiada kerjasama yang diberi sehingga kami terpaksa mengadu di dalam ruangan ini.

Kami sertakan ADUAN/RAYUAN Ruj No dan Tarikh bermula dari tahun 2004. Banyak visual visual gambar kritikal tanah runtuh yang tidak dapat disiarkan.

1. Surat kami 7 Julai 2004 – Permohonan atasi masalah hakisan tanah dan sungai kpd YDP, Majlis Perbandaran Nilai, Bandar Baru Nilai

2. 22 Oktober 2004 – (122) dlm JPS 130/3/3 – Naser Bin Salem (Jurutera Daerah) memaklumkan penerimaan.

3. 23 Julai 2004 – MPN 491/4 Jld 9 (64) Majlis Perbandaran Nilai- Nazri Ghani ( Pegawai Perancang Bandar & Desa). Mengatakan isu telah telah diambil maklum.

4. Tarikh 14 April 2005
– (9) dlm. JPS.S – Nasir Salim (Jurutera Daerah) memaklumkan bahawa keadaan suangai tidak kritikal, pemasangan longkang konkrit menyukarkan kerana skop Jabatan hanya tertumpu kepada Jalan, Jembatan dan KETIADAAN PERUNTUKAN UNTUK PERKARA TERSEBUT.

BACA:  Sikap Konsesi Lebuhraya (LEKAS) Tidak Bertanggungjawab

5. Tarikh 24 Januari 2006 – Rayuan Hakisan Tebing Lot 4513
dari Pengarah Pengairan dan Saliran Negeri Sembilan- (122) dlm JPS.S mengatakan hal tersebut diluar bidang kuasa Jabatan. PULAK!!

6. Surat kami ADUAN/ RAYUAN pada 21 November 2008 (By hand) mengenai Hakisan KRITIKAL DAN TERUK di tas Lot 4513 kepada Jurutera Daerah JPS. gambar-gambar di sertakan.

7. Surat kami ADUAN/ RAYUAN lagi kepada PejabatDaerah pada 23 Mei 2011 – Mengenai Tanah Runtuh dan Kritikal di tanah Lot 4513.

8.Tarikh 6 Jun 2011 – (39) dlm. JPS.S -AB Murad Ismail ( Jurutera Daerah) mengatakan lawatan telah dibuat dan isu sungai/parit ini tidak kritikal dan kerja-kerja penambahbaikan akan dijalankan JIKA ada peruntukan.

9.Surat ADUAN / RAYUAN pada 1 September 2016 kepada Pejabat Daerah dan Tanah Seremban- En Mazlan Ahmad ( Pen Pegawai Tanah)- (Pada 7 September 2016 En Mazlan datang bergambar kemudia TERUS HILANG).

10.Isu tersebut dibawa pula oleh En Mazlan Ahmad kepada En Mohd Dzul Hilmie. – JUGA TERUS HILANG!!

11. Surat ADUAN/RAYUAN lagi ke MPN pada 21 Ogos 2016 – MPN mpn. 1/19-1 Jilid 3 & MPN 4914/4 Jilid 9 (64).

12. Surat ADUAN/RAYUAN pada 12 Mei 2017 kepada Pej Daerah dan Tanah Seremban- En Azam (Unit Pembangunan Daerah) – Juga LENYAP.

BEKERJALAH DGN KESEMPURNAAN DAN MEMBANTU MASYARAKAT.

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Sikap Konsesi Lebuhraya (LEKAS) Tidak Bertanggungj... Pada 25 Mac 2018 kenderaan yang dipandu oleh saya telah terlibat dengan kemalangan di Lebuhraya LEKAS Senawang menghala ke utara. Saya telah melan...
Citylink Nilai Buat Kerja Sambil Lewa Saya ingin membuat aduan tentang Citylink Nilai yang tidak menghantar barang customer pada waktu yang sepatutnya. Saya sepatutnya menerima barang ...