≡ Menu

Taman Universiti Bangi: Pemaju Enggan Membayar Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD)

Pembeli Rumah
Taman Universiti Bangi Fasa 2
43000 Kajang
Selangor 4 Disember 2018

Per: Pemaju Enggan Membayar Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD)

Kepada YB Zuraida (Menteri Perumahan dan kajian tempatan ) dan Tuan Mazwan B. Johar ( Adun Sg Ramal)

Perkara di atas adalah dirujuk

Saya, Sharifah adalah wakil kepada pembeli-pembeli rumah untuk projek Taman Universiti Bangi Fasa 2, Sungai Tangkas, 43000 Kajang, Selangor yang berada didalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Sungai Ramal. Maklumat projek adalah seperti berikut:

  1. Nama projek: Taman Universiti Bangi Fasa 2
  2. Alamat pada geran: Pekan Kampung Sungai Tangkas, Mukim Kajang, Ulu Langat Selangor
  3. Dewan Undangan Negeri (DUN): Sungai Ramal
  4. Pemaju: Kinta Perangsang Sdn Bhd (Mr Tan Khim Seng)
  5. Tahun Pelancaran: 2015
  6. Tahun dijadualkan siap: 2017
  7. Penyerahan kunci (vacant possession): November 2018

Untuk makluman pihak YB, Projek ini telah dilancarkan semasa awal tahun 2015. Kebanyakan pembeli membeli hartanah itu semasa pelancaran dan menandatangani Sale and Purchase Agreement (SPA) dengan pemaju pada tahun yang sama. Walaubagaimanapun, projek ini telah tertangguh selama hampir 2 tahun. Dalam SPA, ia menyebut bahawa projek akan disiapkan dalam tempoh 24 bulan dan sekiranya pemaju gagal untuk menyiapkan projek, pemaju dikehendaki membayar Gantirugi Tertentu dan Ditetapkan (LAD) pada kadar harian sebanyak 10% kepada pembeli.

Projek ini gagal disiapkan dalam tempoh yang termaktub dalam SPA. Ada diantara pembeli terpaksa menunggu selama 18 bulan tambahan kepada 24 bulan (yang termaktub didalam SPA) untuk mendapatkan kunci (vacant possession). Akibat daripada penangguhan ini, ada diantara kami terpaksa membayar faedah pinjamah perumahan yang mencecah sehingga puluhan ribu ringgit. Keadaan ini amatlah membebankan dan memberi tekanan yang amat besar kepada pembeli.

BACA:  China Ladies Without Permit Are Giving Messages and Destroying Families

Hartanah ini akhir diserahkan kepada pembeli melalui penyerahan kunci milikan kosong (vacant possession) pada awal November 2018. Milikan kosong rumah amat mengecewakan di mana terdapat terlalu banyak kecacatan. Pemaju berjanji akan menyiapkan kerja-kerja pembaikan kecacatan ini dalam masa satu bulan. Walaubagaimanapun, selepas satu bulan, tiada tanda-tanda bahawa kerja-kerja ini akan disiapkan. Kegagalan pemaju menyiapkan kerja-kerja ini meyebabkan kami tidak boleh berpindah masuk ke rumah ini, pada masa yang sama, tiada lagi caj LAD boleh dikenakan keatas pemaju.

Keadaan ini sangatlah membebankan para pembeli dimana kami telah pun mula membayar ansuran bulanan kepada pihak bank masing-masing tetapi masih tidak dapat menduduki rumah ini. Kami juga terbeban kerana pada masa yang sama, ada yang terpaksa membayar sewa rumah kerana tidak boleh berpindah ke rumah sendiri. Ada diantara kami merancang untuk berpindah dari negeri lain dan membuat pertukaran sekolah anak. Keadaan ini amatlah menyusahkan kerana sesi persekolahan akan bermula tidak lama lagi.

Pemaju, Kinta Perangsang Sdn Bhd langsung tidak mengendahkan masalah yang dialami oleh pembeli. Sehingga hari ini Kinta Perangsang masih enggan untuk membayar LAD kepada pembeli walaupun ianya tertulis dengan jelas didalam SPA. Oleh itu, pihak pembeli telah melantik firma guaman milik En. Khalid untuk untuk menghantar surat tuntutan kepada pemaju pada 27 November 2018. Walaubagaimanapun, pada hari ketujuh (3 December 2018) selepas surat tuntutan tersebeut dihantar Kinta Perangsang melalui firma guaman, Sia Boon Che (Mr Marcus Chua) dengan angkuh menyatakan perkara berikut kepada En. Khalid (peguam yang mewakili pembeli):

  1. Kinta Perangsang tidak akan membayar LAD
  2. Kinta Perangsang tidak akan melayan surat tuntutan
  3. Mengugut untuk menyaman En Khalid kerana terdapat ‘conflict of interest’ kerana En Khalud pernah bekerja dengan firma Sia Boon Che (walaupun En. Khalid tidak lagi bekerja dibawah firma Sia Boon Che)
BACA:  Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) Kapit Motosikal

Disebabkan keangkuhan pihak pemaju, kami ingin meneruskan dengan tindakan undang-undang sekiranya pemaju masih kekal dengan pendirian untuk tidak membayar LAD.

Kami dengan rendah hati memohon YB untuk melihat perkara ini seterusnya memberi pandangan untuk tindakan lanjut yang perlu diambil keatas Kinta Perangsang.

Untuk makluman YB, Kinta Perangsang juga terlibat dengan projek hartanah baru iaitu projek UniWalk (bersebelahan GMI) yang akan bermula tidak lama lagi. Pemaju harus dikenakan tindakan segera untuk mengelakkan lebih banyak pembeli-pembeli tidak bersalah menjadi mangsa.

Sekian, terima kasih.

(Sharifah )

Hantar aduan anda di sini: www.aduanrakyat.com.my/hantar-aduan

ADUAN SETERUSNYA

Perkhidmatan Bas BET5 Teruk Saya penumpang bas BET5 yang melakukan perjalanan KL - Bandar Tasik Puteri (BTP), Rawang. Terdapat bas stop di beberapa lokasi BTP tetapi Syari...
China Ladies Without Permit Are Giving Messages an...   There has been a number of people around Kenari, Puchong that has been talking about this place in the photo recently. It is said to be ...
Perilaku Sumbang di Taman Maluri Cheras Merujuk perkara di atas, saya sebagai warga yang begitu perihatin terutamanya mengenai isu perlakuan muda-mudi terutamanya di sekitar Taman Maluri...
Aduan Kemudahan Awam di Pasaraya The Store Sg Bulo... Kepada yang berkenaan, Ingin saya membuat aduan mengenai kemudahan awam yang terdapat di Kompleks Pasaraya The Store Sg Buloh. Kompleks Pasa...