Taman Permainan Kanak-kanak di Taman Permint Putra Kg. Raja, Besut, Terengganu merupakan tempat riadah atau masyarakat setempat berhimpun, beramah mesra dan sebagainya. Tetapi ianya amat malang sekali telah sekian lama sorak dan langsung tidak diselenggarakan oleh mana-mana pihak baik pemaju mahupun pihak berkuasa tempatan.

Ianya telah terbiar sejak  lebih 4 tahun dan masih dikunjungi oleh kanak-kanak pelbagai peringkat umur untuk bermain di situ walaupun ianya agak bahaya. Adakala keresahan terpampar pada ibubapa namun aduan demi aduan dibuat tetapi mendukacitakan.

Adakalanya jawapan yang diperolehi agak keterlaluan sebagai contoh yang diterima dari pihak pemaju (PERMINT @ Perbadanan Iktisad Negeri Terengganu) jika penduduk inginkan peralatan mainan yang baru ianya perlu dibeli oleh penduduk. Mahupun tindakan oleh PBT (Majlis Daerah Besut) sekadar menghantar pegawai melihat keadaan tempat.

Paling menyedihkan lagi dari fasa 1 dibangunkan sehingga fasa 2 didiami dan fasa 3 dibangunkan, masalah ini masih belum ada penyelesaian. Selaku Pengerusi Taman, Taman Permint Putra, saya membuat aduan ini demi penduduk dan masyarakat setempat dan ianya merupakan tanggungjawab saya. Rakyat di Dahulukan, Pencapaian di Utamakan adalah matlamat kerajaan dan garis panduan pemimpin.

By: Mohd Farid b Abdul Ghani

PERINGATAN:  AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my.