Talian tetap TM dan Streamyx: Kes tutup, masalah tidak selesai
Pada 5 Nov 2011 saya telah membuat aduan (1-1752570399) kepada TM melalui talian 100 berhubung kerosakan talian tetap dan streamyx dirumah saya. Hingga 11 Nov saya tidak menerima apa-apa respon dari TM. Saya melakukan panggilan susulan kepada TM pada 11 Nov dan dimaklumkan bahawa kes saya telah ditutup sedangkan masalah masih tidak selesai. Saya merasa hampa kerana kes saya ditutup tanpa TM berhubung dengan saya untuk kepastian samada masalah telah selesai atau belum.
Pada 11 Nov juga, TM membuka 1 lagi aduan bernombor 1-1789797089. Kemudian pada 14-Nov , saya menerima sms yg mengatakan masalah saya diselesaikan. Tetapi malangnya, sekali lagi masalah tersebut tidak selesai langsung. Pada 15-Nov , saya ke TM Point Kangar dan sekali lagi membuat laporan, staf TM point mengatakan mereka tidak dapat membuat apa-apa kerana ini merupakan bidang tugas Telekom Alor Setar. Mereka hanya boleh membuka semula laporan saya yg bertarikh 11-Nov dan meminta saya menunggu 2 hari lagi.
Seterusnya pada 15-Nov, saya menelefon sekali lagi TM melalui talian 100 dan staf TM yang menjawab talian tersebut sungguh biadap apabila saya bertanya kenapa menutup kes tanpa memaklumkan kepada pelanggan. Dia mengatakan, pihak TM hanya bertanggungjawab dengan wayar diluar rumah , didalam rumah merupakan tanggungjawab pelanggan sendiri. Pihak TM hanya memeriksa dari luar tanpa memeriksa dari dalam rumah pelanggan.
Saya amat tidak berpuas hati dengan pihak TM dan mendesak agar TM menyelesaikan segera masalah ini kerana hari ini merupakan hari ke-10 talian tetap dan internet dirumah saya rosak. Saya rasa tertipu dengan TM yang menjanjikan penyelesaian dalam tempoh 24jam. Saya juga rasa TM juga sedang menipu kerana menutup kes yang belum selesai.
Berikut ialah tindakan yang saya telah ambil:
- Membuat 2 aduan kepada TM melalui talian 100
- Membuat aduan kepada TM Point Kangar
- Membuat panggilan susulan sebanyak lebih dari 5 kali melalui talian 100
Tindakan yang dicadangkan kepada TM:
- Menggesa pihak Telekom Malaysia menyelesaikan masalah saya
- Menyarankan TM agar memberi latihan cara menjawab panggilan telefon kepada peg khidmat penggan TM
- Menyarankan TM agar memberi latihan troubleshooting Talian Internet kepada Juruteknik TM
By: Pelanggan TM yang sangat kecewa
| PERINGATAN: AduanRakyat.com.my tidak bertanggungjawab terhadap aduan (di atas) dan komen (di bawah) yang diutarakan melalui laman web ini. Ia adalah aduan peribadi pengadu dan tidak semestinya menggambarkan pendirian AduanRakyat.com.my. |
Aduan yang berkaitan:
-
Haleni bte hanafiah
-
akupuntensengak
-
-
Azizanaziz57
-
Kimie
-
Kimie
-
Kimie
-
nakTAU
-
-
Muzhaffar
-
ah long
-
pelanggan sakit ati
-
pelanggan sakit ati
-
unknown
-
orangfeldabesout1
-
AkuYangBeggang
-
syakir
-
rahmat
-
unknow





