Rekahan dan mendapan ditempat letak kereta

Adalah saya dengan hormatnya merujuk perkara di atas ingin memaklumkan asas aduan tentang rekahan dan mendapan jalan di tempat letak kereta di Blok 9 & 10 Taman Tun Perak, Cheras, Selangor.

Saya yang kurang arif ingin memohon kerjasama dari pihak tuan supaya dapat datang melihat rekahan dan mendapan di tempat letak kereta kediaman kami.

Saya ada membuat aduan di MPKJ pada 19/04/10 no rujukan 0439/04/10 dan menerima maklum balas pada 5/5/2010. Surat tersebut memberi tahu bahawa tempat letak kereta di bawah pengurusan JMB, tapi sampai sekarang pihak tersebut tidak membuat apa-apa tindakan. Memandangkan tempat ini bertambah teruk, kami risau akan keselamatan penduduk di sini.

By: zainal

Pihak berkenaan ambil ringan pemberian wang banjir pada mangsa

Saya adalah salah seorang mangsa banjir yang berlaku di segamat pada bulan febuari yang lepas beralamat Jalan PerlingĀ 5, Taman Perling, Segamat apa yang menghairankan saya telah membuat pendaftaran seperti yang diminta sehingga 3 kali tetapi mengapa wang ehsan tersebut berjumlah RM500 masih belum diterima oleh segelintir penduduk di sini. Apabila di tanya jawapannya ‘tak tahu’ dan setelah ditanya beberapa kali jawapannya kerana petukaran pegawai2 besar.

Apabila difikirkan balik kenapa ada yang sudah dapat dlm bulan march yang lepas yang dapat penduduk yang boleh dikatakan ‘kroni’ dan hanya membuat pendaftaran sekali sahaja, habis bagaimana dengan penduduk yang lain seperti saya sudah hampir 6bulan masih belum dapat jawapan sedangkan kami juga menanggung kerugian.adakah ada penyelewengan dalam tuntutan.seperti saya bagaimana hak -hak saya sebab saya akan berpindah kerana pekerjaan harap aduan rakyat dapat menjalankan siasatan untuk membela nasib kami yang terpinggir

By: MOHD ZAWAWI