Pengurus Celcom cawangan Kota Bharu tidak professional

Aduan saya ini adalah bertujuan untuk meningkatkan prestasi staf Celcom bagi cawangan Kelantan yang beralamat di Jalan Sri Cemerlang, Kota Bharu, Kelantan. Pada 12hb Disember 2011 yang lepas saya telah ke cawangan Celcom ini untuk membuat tempahan awal bagi telefon model i Phone 4S 32G White dan telah membayar RM200 sebagai yuran tempahan. Saya diberitahu bahawa pihak cawangan akan menelefon saya sekiranya stok telefon berkenaan telah sampai dan pada 18hb Disember 2011 saya telah menerima panggilan mengatakan telefon yang saya tempah itu boleh diambil. Oleh kerana terikat dengan waktu kerja pada tarikh 18hb Disember 2011, saya telah memberitahu bahawa saya akan datang mengambilnya pada keesokan hari, iaitu pada 19hb Disember 2011 dan saya diberitahu bahawa saya boleh berbuat demikian.

Pada 19hb Disember 2011, saya telah pergi ke cawangan Celcom tersebut dan telah bercakap dengan staf kaunter bernama, Rosmarini Salizan Mustafa. Apa yang membuatkan saya tidak berpuas hati ialah selepas menunggu hampir setengah jam saya diberitahu bahawa stok telefon yang saya tempah lebih dari seminggu telah habis. Malangnya bagi pihak mereka, saya terlepas dengar perbualan antara staf tadi dengan seorang lagi rakannya, dipercayai staf bertanggungjawab untuk menjaga stok telefon yang mengatakan stok iPhone 4s sudah habis dan telefon yang warna putih pula telah diambil oleh pengurus cawangan sedangkan beliau sebenarnya sebelum itu telah menempah yang berwarna hitam. Kata staf tersebut lagi dalam perbualannya bahawa alasannya hanya kerana ’bos suka yang warna putih!’.

Saya meminta untuk berjumpa dengan pengurus cawangan berkenaan, tetapi selepas stafnya keluar dari salah satu bilik untuk menanyakan katanya, barulah keluar cerita mengatakan ’Bos cuti hari ini!’ sedangkan sebelum itu staf tersebut meminta saya menunggu untuk berbincang dengan ’bos’. Staf berkenaan seterusnya memberitahu saya bahawa mereka boleh mengambil stok telefon yang saya tempah dari cawangan Kemaman, Terengganu. Saya menolak dengan alasan perbuatan mereka sememangnya tidak profesional dan saya seharusnya tidak perlu menunggu lagi kerana kehadiran saya adalah dengan temu janji.

Saya meminta mereka memulangkan yuran tempahan sebanyak RM200. Lagipun dengan banyak dalihan yang diberikan dan pengurus cawangannya sendiri yang bernama Amir bin Abdul Majid, tidak boleh tampil ke hadapan untuk berbincang dengan cara yang baik; saya mempunyai alasan untuk tidak mempercayai kata-kata mereka, risau takut-takut diberikan telefon yang ’second-hand’. Saya berasa benar-benar tidak berpuas hati. Saya bertanyakan sekiranya ada borang aduan untuk saya buat aduan. Tetapi staf tersebut hanya menjawab tiada dan oleh kerana itu, saya mengambil catit nama staf tersebut dan nama pengurus cawangan terbabit.

Seterusnya saya terpaksa beredar dengan perasaan hampa kerana saya juga terikat dengan waktu kerja. Selepas itu saya menerima panggilan dari pengurus cawangan, Amir bin Abdul Majid yang bertanyakan saya dengan soalan yang membentak berbunyi ’sebenarnya apa masalah awak ni??!!’. Seperti kata staf tadi stok telefon berkenaan telah habis di cawangan tersebut, tetapi mengikut kata pengurus cawangan beliau boleh memberikan telefon itu pada hari itu juga. Saya beranggapan dengan situasi, jawapan dan layanan yang saya terima tadi, Encik Amir sebenarnya menawarkan telefon yang diambil dan telah dipakai olehnya. Beliau ada bertanyakan bila mahu berjumpa untuk menyelesaikan masalah dan saya mengatakan masa saya pada hari itu hanya selepas jam 5 petang oleh kerana saya telahpun meluangkan masa rehat saya pada hari tersebut ,dan beliau dengan cepatnya menjawab ’kedai dah tutup masa itu!’.

Seterusnya beliau dengan kasar dan tiada budi bahasa mengatakan sekiranya saya tidak mahu mengmabil i Phone tersebut apa perlunya berjumpa. Saya sebenarnya tidak terkata dengan kasarnya cakap seorang pengurus cawangan yang mewakili imej Celcom di Kota Bharu, Kelantan.

Saya berharap agar aduan ini mendapat perhatian dari pihak berwajib di ibu pejabat Celcom. Sekiranya seperti ini staf-staf di cawangan Celcom, sesiapa pun tidak akan melihat masa depan yang cerah untuk rangkaian telefon ini. Saya sebagai sebahagian dari golongan profesional melihat bahawa tidak ada faedah untuk sesuatu organisasi itu untuk menggaji kakitangan yang tidak ada budi bahasa dan tidak bertanggungjawab sedangkan Celcom adalah sebuah syarikat yang mana salah satu asas utamanya ialah untuk memberi perkhidmatan terbaik dan layanan mesra kepada pelanggan. Sekiranya sesiapa yang menghadapi situasi seperti di atas, lama-kelamaan pelanggan tidak akan ada rasa percaya lagi kepada Celcom.

By: AHA

Kenderaan Naza Ria 2.5 (A) NGV yang dibeli enjinnya telah rosak

Saya telah membeli kenderaan MPV Naza Ria 2.5 (A) NGV yang berdaftar tahun 2005 dari sebuah syarikat kereta terpakai di Selayang.

Semasa proses belian, sales man “Mr.Chua” menyatakan yang kenderaan ini bagus, stabil & enjinnya juga baik. (Saya tidak arif tentang enjin). Maka saya membuat pembelian dengan ‘trade-in’ proton waja 1.6 (A) saya yang berdaftar pada tahun 2003.

Selepas seminggu saya menggunakan kenderaan tersebut, saya membawanya ke workshop di Dengkil, Selangor untuk tukar minyak enjin & servis, tetapi alangkah terperanjatnya saya yang mekanik tersebut menyatakan yang kenderaan ini telah ada “Over-heating” enjinnya di mana penutup minyak enjin dalamnya mempunyai warna minyak seakan teh susu. Saya dihasihatkan menghantar kembali knderaan tersebut ke ‘used car’ tersebut & saya terus ke ‘used car’ tersebut pd hari & masa yang sama.

Bila saya maklumkan kpd jurujual tersebut & dia mengakuinya yang kenderaan tersebut ada “over-heating” dan minta saya tinggalkan kenderaan tersebut untuk di-repair. Saya berkeras untuk memulangkan kenderaan tersebut kerana saya tak mahu membeli kenderaan yang dah ada rekod ‘over-heating’ tetapi saya dibantah olehnya kerana katanya urusan jual beli dah selesai. Dalam kekecewaan itu, saya tinggalkan juga kenderaan itu selama 2 minggu bermula dari sebelum hari raya puasa sehingga lepas hari raya puasa.

Saya dihubungi utk ambil kenderaan yang dah siap dinaiki tadi di used-car & saya diberikan resit ‘repair’ yang berjumlah RM2000++ (dibayar used-car) dengan tambahan utk tukar timing belt yang saya terpaksa bayar sendiri sekitar RM1100.00, keseluruhan RM3000++/

Selepas 3 hari saya kembali menelefon sales man “Mr.Chua” dan memberitahunya yang kenderaan ini hampir kering minyak enjinnya. Maka diarah saya untuk menghantar kenderaan ini ke workshop tempat ‘repair’ ‘Over-heating’ itu & saya terus ke sana di Taman Seri Muda Shah Alam.

Bila tiba di sana kenderaan saya diperiksa luaran enjin didapati ada kebocoran ‘leaking’ di bahagian seal ‘Timing Belt’ dan saya sekali lagi diminta tinggalkan kenderaan di workshop tersebut. Saya mengambil semula 3 hari kemudian dan mekanik mengisi semula minyak enjin ikut sukatan dan minta saya guna dahulu untuk mengenalpasti masalah & oil seal katanya telah digantikan.

Selepas satu bulan saya dapati minyak enjin tadi kembali kurang dan hampir kering sekali lagi & saya terus bawa kenderaan ini ke workshop tadi dan nyatakan masalah yang sama. Pemeriksaan seramai 3 orang dilakukan & mendapati tiada kebocoran yang dikesan lagi. Minyak enjin digantikan percuma pada kenderaan saya ini dan diminta saya guna lagi untuk kilometer yang lebih lama untuk pastikan masalah akan berulang atau tidak. Namun secara verbal yang mekanik tersebut nyatakan yang masalah mungkin tak lagi berulang dengan menyatakan apakah yang telah dilakukan ‘servis’ enjin ke atas kenderaan ini ketika sales man “Mr.Chua” menghantarnya ke workshop tersebut.

Mekanik tersebut secara terang menyatakan jumlah RM2000++ yang dibayar Sales Man ‘Mr.Chua’ hanya untuk upah repair biasa ‘surface repair’ tanpa detail pada enjin kerana itu sahaja budgetnya. Jika repair over heat sebenar ianya mungkin mencecah RM8000 ke RM10,000.00. Maka kerja yang dilakukan juga adalah sepadan dengan arahan juga bayaran diterima. Saya menghubungi Mr.Chua dan minta dia gantikan kenderaan ini dengan kenderaan MPV lain tetapi dibilang yang MPV tidak ada dan prosedur tidak membenarkan ianya ditukar sebegitu & jika ditiukar pun maka harga yang ditawarkan pada saya sangat-sangat rendah sekitar RM20,000.00 sedangkan saya membeli dengan harga RM42,000.00. Maka saya buntu lagi.

Saya gunakan kembali kenderaan ini selama 3-4 bulan dan dalam tempoh tersebut saya terpaksa sendiri menambah minyak enjin yang baru setiap bulan satu botol 4Liter Jenama Biasa & juga NGV Petronas.

Selepas 4 bulan penggunaan, saya merasakan diri tertekan dengan keadaan kenderaan yang seakan makan minyak enjin, maka saya sekali lagi bawa berjumpa dengan mekanik di Seri Muda tersebut. Kali ini diperiksa luaran lagi dan saya diberitahu untuk tinggalkan kenderaan ini untuk tempoh 3 hari untuk pemeriksaan lengkap. Jika nanti didapati ada kerosakan enjin maka saya akan ‘di-charge’ jumlahnya keseluruhan sekitar RM8000 ke RM10,000.00. Maka saya tak berpuas hati dan bawa kenderaan ini pulang & terus menghubungi Sales-man ‘Mr Chua’. Jawapan yang saya terima adalah “apa boleh saya buat lagi dan dulu pun sudah repair, kereta ini pun sudah jadi you punya dan pakai sajalah dan kalau tak mahu you boleh jual semula di mana-mana. Pada ketika itu saya merasakan marah sangan dengan kata-katanya tetapi saya tidak bertindak apa-apa kerana terlalu kecewa. Maka saya buat keputusan untuk guna sahaja dahulu.

Selepas hampir 8 bulan, saya telah menghubungi Sales Man ‘Mr.Chua’ mungkin lebih dari 10 kali untuk mengadu dan complain masalah ini dan ada juga saya memberitahu untuk memulangkan kenderaan ini lagi tetapi dia terus menolak dengan sebab ianya telah ada agreement jual beli. Tekanan yang amat besar pada saya adalah ketika saya hendak berjalan jauh contohnya pulang ke Penang, dengan menggunakan kenderaan ini untuk jarak perjalanan jauh lebih 300KM maka minyak enjin pasti diperlukan sebotol dan jiak saya berulang 2 kali sebulan maka saya perlukan 2 botol tak termasuk penggunaan harian lagi maka kemungkinan saya memerlukan 3 botol minyak enjin yang mana kosnya sangat besar pada saya yang mana terpaksa saya ‘check engine’ setiap pagi untuk mengelakkan kering minyak.

Kini sedari bulan Oktober 2010 sehingga sekarang bulan Disember 2011 telah lebih setahun saya menggunakan kenderaan ini dengan terus menambah minyak enjin setiap bulan kerana ianya terus berkurangan ‘in due time’ maka di rumah saya dah ada lebih dari 17 botol kosong minyak enjin yang saya masih simpan dari awal penggunaan kenderaan ini yang berharga RM64.00 setiap botol berjenama Petronas NGV. Ketika ini saya amat kecewa dan marah dengan apa yang telah berlaku. Siang tadi pada 20hb Disember 2011 sekitar jam 11:40am saya sekali lagi menghubungi Mr.Chua sales man tersebut dan menyatakan marahnya saya akan keadaan kenderaan ini dan bertanyakan advice beliau. Dia hanya menyatakanyang “You jual sajalah, saya tak boleh buat apa-apa lagi dan saya juga telah bekerja di tempat lain”. Saya ada minta nombor talipon used car tersebut dan dikatakannya “sorry I cant do that”. Saya juga ada menyatakan yang saya akan saman syarikat ‘used-car’ tersebut dan you sekali dan jawapannya “go ahead”. Kemudia dia terus meletakkan taliponnya. No HP nya: Mr.Chua-019-2294458.

Disebabkan itu saya berpendapat adalah mungkin tidak terlalu lewat untuk saya lakukan aduan ini untuk mendapatkan hak keadilan ke atas saya selaku pembeli dan pengguna.

By: Md.Noor

Kecuaian pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang

Saya bagi pihak adik dan adik ipar saya ingin membuat aduan berdasarkan apa yang berlaku terhadap mereka berdua pada selasa 11/10/2011 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang.

Adik ipar saya baru melahirkan anak pertamanya di hospital HUKM, cheras jumaat 07/10/11, dan balik berpantang di klang. Anaknya didapati penyakit kuning (Jaundis Neonatal -demam kuning). Oleh itu beliau pergi untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah,Klang (HTAR)

Beliau menghantar anaknya pada Isnin 10/10/11 pukul 11 malam. Walaubagaimanapun apabila selesai membuat pendaftaran kemasukkan anaknya untuk mendapatkan rawatan,jururawat di hospital tersebut mengatakan bahawa tiada bed untuk si ibu menunggu dan mengarahkan datang kembali pada keesokkan harinya bermula jam 6.30 pagi. Jadi adik saya membawa isterinya balik ke rumah.

Pada keesokannya, 11/10/11 jam 7.15 pagi adik saya bersama isterinya sampai di HTAR bagi proses penyusuan anaknya. Apabila sampai di bilik dan katil bayinya, alangkah terkejutnya beliau apabila mendapati tiada tag di kaki bayi itu dan mengatakan bahawa itu bukan bayinya berdasarkan warna kulit dan saiz badan bayi tersebut yang agak besar dari saiz badan anaknya. Apabila adik saya membuat bising dan kecoh mengatakan bahawa bayi tersebut bukan anaknya, jururawat datang dan mengatakan mungkin tag kaki tercabut semasa pengambilan darah.

Tanpa membuang masa kemudiannya adik saya mencari dan mendapati bayinya berada di pangkuan seorang wanita INDONESIA dengan melihat tag kaki dan nombor kaki sama dengan nombor pendaftaran anaknya. Bayi itu telah ditukar dari katilnya dan berada di pangkuan wanita tersebut. Apabila ditanya, wanita Indonesia tersebut tidak mengaku mengambil bayi adik saya dan mengatakan bahawa itu anaknya.

Lantas pihak Hospital membuat siasatan samaada kesilapan berlaku dari pihak hospital atau wanita Indonesia tersebut. Tetapi apabila keputusan diberikan, pihak hospital hanya memberi alasan bahawa jika doctor membuat pemeriksaan ke atas bayi, mereka tidak sesekali akan menukar tempat dan katil bayi. Dan mengatakan juga bahawa tiada bukti yang kukuh untuk mensabitkan kesalahan dan perkara ini kemungkinan terlepas pandang dan salah faham lalu hanya meminta maaf sahaja. Bayi adik saya juga dikembalikan dan ditukarkan semula dari tangan wanita Indonesia tersebut berdasarkan tag kaki bayi. Wanita Indonesia itu dilepaskan dan dibebaskan begitu sahaja.

Berdasarkan apa yang berlaku, adik saya mengatakan bahawa tiada mengawasan yang ketat untuk masuk ke bilik bayi dan kecuaian dari jururawat yang mengambil sambil lewa tag nama. Sehingga juga bayi adik saya discharce pada hari yang sama, guard HTAR tidak langsung melihat tag bayi dan ibu apabila keluar dari hospital. Ini berkemungkinan akan berlaku lagi perkara yang sama pada orang lain di HTAR.

By: rosliza

Pemaju menutup sungai

Kami penduduk Kampung Padang Balang terutama sekali kawasan lot 119 dan lot berhampiran mengalami masalah air bertakung di kawasan rumah walaupun tiada hujan yang turun. Hasil tanaman mati kerana terendam di dalam air. Air bertakung tidak bergerak setelah seminggu telah bertukar warna dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Setelah pemeriksaan dibuat sepanjang laluan air dari longkang ke anak sungai mendapati anak sungai telah ditutup oleh oleh pemaju tanpa membuat laluan alternatif. Anak sungai ini sentiasa mengalirkan air sepanjang masa. Apabila ditutup akan menyebabkan kampung yang berdekat akan ditenggelami air.

Pemaju telah dimaklumkan, mereka berjanji untuk mengepam tetapi janji tidak dibuat. Bermula hari isnin 08hb hingga hari ini 13hb air masih lagi bertakung.

Mohon jasa baik tuan membuat tinjauan segera sebelum bukti dilupuskan oleh pihak pemaju.

By: Noorizan

CIMA Bukit Ketri Chuping, Perlis

CIMA atau Cement Industry Malaysia beroperasi di negeri Perlis sejak tahun 1976. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini pihak CIMA bertindak melepaskan asap tebal dan kehitaman dalam jam 11.00 hingga 12.00 malam. Asap ini menyebabkan pencemaran  alam sekitar malah  meyebabkan masaalah kesihatan di kalangan penduduk.

Sejak kebelakangan ini penduduk di kawasan bukit ketri, Chuping, Kampung Guar Musang khasnya menghadapi masalah habuk berpasir halus. Taburan pasir kecil bertaburan di kawasan rumah dan berterbangan di ruang udara. Ini bukan saja mengundang penyakit kepada penduduk malah kawasan rumah di penuhi habuk setiap hari. Kereta di depan rumah di selubungi habuk dan tidak boleh di basuh secara normal kerana ia boleh mengakibatkan kerosakan pada cat kereta

Daun pokok juga di selubungi habuk berpasir hingga bertukar warna kepada warna putih gelap. Malah kanak kanak selalu mengidap seselma berpanjangan. Pihak kami telah membuat aduan kepada alam sekitar dan sedang menunggu keputusan selanjutnya. Saya harap pihak TV3 dapat menolong penduduk kampung Guar Musang khasnya kerana habuk ini akan menyebabkan masalah kesihatan jika ia berpanjangan. Penduduk di sini kebanyakannya adalah kaum Thai dan tidak berpelajaran tinggi. Oleh itu mereka hanya mensuarakan masalah kepada ketua Kampung dan suara rakyat ini tidaklah di endahkan oleh pihak tertentu dengan sepatutnhya.

Sekian Terima kasih

By: Katrina

Terasa kecewa dengan barang belian secara online dari www.borongtudung.com.my

Hari ini saya menerima barang yang saya order berjumlah RM865.00 dari www.borongtudung.com.my. saya happy kerana barang yg dipesan on time. Tapi bila diperiksa satu persatu tudung yang dibekalkan ada yang koyak sedikit, jahitan senget, awning bengkok dan paling teruk adalah item salah dalam salah satu barang yang diorder dan digantikan dengan kualiti yang tidak setanding dgn apa yg saya bayar. Bila di SMS dia jawab gantikan dengan lebih baik. Tapi saya bukannya budak kecil dan tak reti tgk material.

Saya faham terma dan syarat. Tapi sebagai pengguna adakah saya tidak berhak bersuara jika barang yang diterima tidak memuaskan hati?  jika anda? apa anda akan lakukan… bantu saya…plz

Written by BorongTudung
Friday, 04 June 2010 16:32

Terma & Syarat Urusniaga

Polisi Pembelian

1. Pembelian hanya diterima melalui laman web, borang pesanan di blog dan email.
2. Harga yang dipaparkan termasuk kos penghantaran 1 Malaysia kecuali dinyatakan pada keterangan item tersebut.
3. Berdasarkan “First Come First Serve”
4. Pelanggan mesti menjelaskan bayaran penuh dalam masa 48jam atau pesanan akan dibatalkan secara automatik.
5. Segala pembayaran yang telah dibuat mestilah disertakan dengan bukti dan mesti dimaklumkan kepada kami dengan kadar segera.
6. Untuk pembelian menggunakan kad kredit / Paypal, caj servis sebanyak 4% akan dikenakan.
7. Tiada urusan “Cash On Delivery” dijalankan.

Polisi Item Jualan / Produk

1. Warna dan corak pada gambar produk mungkin berbeza sedikit dari produk sebenar disebabkan faktor fotografi dan faktor skrin paparan.
2. Kami telah cuba sebaiknya untuk memberikan keterangan produk yang terbaik.
3. Kami berhak melakukan perubahan produk atau keterangan produk tanpa notis awal.

Polisi Penghantaran

1. Penghantaran dilakukan mengikut jadual atau kebiasaannya dalam masa 3 hari selepas pembayaran disahkan oleh pihak kami dan tertakluk kepada perubahan. Sila rujuk jadual penghantaran di laman web.
2. Penghantaran dilakukan menggunakan Poslaju sahaja untuk pelanggan Malaysia dan Poslaju EMS untuk pelanggan luar Malaysia.
3. Produk telah dipastikan dalam keadaan terbaik seadanya sebelum penghantaran dilakukan.
4. Kami tidak menanggung segala kelewatan atau kerosakan atau kehilangan yang berlaku semasa penghantaran oleh pihak Poslaju.

Polisi Pemulangan

1. Produk yang telah dijual adalah muktamad dan tidak boleh dikembalikan atau ditukar dengan produk lain atau dituntut untuk pengembalian wang.
2. Jika berlaku kesilapan produk, pemulangan mesti dilakukan dalam tempoh 3 hari. Jika produk tidak di terima kembali dalam selepas 3 hari, urusan akan ditamatkan serta-merta.
3. Segala kos penghantaran adalah ditanggung oleh pelanggan berkenaan.

PENTING : URUSAN JUAL BELI HANYA UNTUK PEMBELI YANG SERIUS SAHAJA. PELANGGAN YANG BERMASALAH AKAN DI SENARAI HITAM.
Sebarang perubahan terma & syarat ini boleh dilakukan tanpa sebarang notis awal dan mengikut budi bicara pengendali laman web ini.

Last Updated on Wednesday, 19 January 2011 03:52

Ini adalah syarat yang dikenakan kepada pelanggan. Memandangkan company ini milik bumiputra dan saya juga bumiputra yg baru ingin menceburkan diri dalam perniagaan tudung ini, saya agak terkilan. Saya ingatkan bila syarat yang diwartakan begini, kebiasaannya akan menunjukkan sebuah company yang amat teliti dalam kebajikan pelanggannya.

Entahlah, lepas nie sure saya kena senarai hitam. Tapi biarlah daripada orang lain kena macam saya.

By: fiana safian