Masalah Pembelian Perumahan Awam Bandaraya

Masalah pembelian rumah bandaraya Perumahan Awam Desa Rejang Kuala Lumpur sudah berlarutan hampir 4 bulan tanpa sebarang berita.

Pihak DBKL menawarkan kami (pembeli), sama ada membeli rumah secara hutang atau tunai. Melihatkan tawaran tersebut, kami mengambil keputusan utk membeli secara tunai.

Setelah pembayaran dibuat dan documents ditandatangani di pejabat peguam yg dilantik oleh DBKL, pihak peguam memberi janji bahawa urusan jual beli akan selesai dalam masa 2 bulan.

Setelah 3 bulan tanpa sebarang berita, kami menelefon pihak peguam utk bertanyakan status pembelian kami. Malangnya, alasan yg diberi pihak peguam yg mengatakan Kerajaan masih lagi gagal mengeluarkan memo utk mematikan stem duti.

Persoalannya disini, kami masih lagi diminta membayar sewa bulanan sehingga masalah ini selesai. Jika begitu, nilai rumah yg ditawarkan bandaraya sudah melebihi nilai yg ditawarkan apabila dicampur dgn sewa.

Hal ini merupakan satu beban kepada pembeli utk membayar sewa rumah sedangkan kami sudah pun membeli rumah secara tunai. Berlandaskan alasan kerajaan belum mengeluarkan memo stem duti, kami pembeli ditindas secara terang-terangan.

Namun saya percaya, kerajaan UMNO boleh mengatasi masalah kami ini secepat mungkin. Selaras dengan seruan perdana menteri, Dato Seri Najib Tun Razak iaitu “Rakyat didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Saya berharap pihak kerajaan UMNO dan Barisan Nasional mengambil berat tentang aduan ini.

By: Hazlina

Masalah Bekalan Air di Kampung Seraya selama tiga hari

Salam 1 malaysia buat pembaca dihormati,saya selaku wakil penduduk kampung Seraya Semporna Sabah ingi mengemukakan aduan berkaitan masalah bekalan air di Kanpung Seraya baru-baru ini telah mengundang pelbagai masalah kepada penduduk kampung.

Saya difahamkan masalah ini telah lama berlarutan dan aduan oleh penduduk kampung tidak pernah bertubi-tubi melaporkan masalah ini kepada pihak berpatutan (Jabatan Air) . Hal ini, turut juga menggangu keselesaan penduduk dan menyukarkan kegiatan penduduk melakukan aktiviti seharian sebagai contoh berlaku pada saya sendiri beberapa hari lepas air terputus selama 3 hari menyebabkan saya tidak dapt mengerjakan ibadah solat dengan sempurna ekoran ketiadaan air, seterusnya kenduri berarua turur terganggu akibat ketiadaan saluran air yang mencukupi untuk kegunaan memasak. Paling mengesalkan kenapa pihak berkewajiban tidak sering memantau sekiranya bekalan air ke Kampung Seraya terputus atau nombor aduan bebas talian disediakan bagi memeudahkan penduduk kampung membuat aduan.

Saya ini bertanya apakah kemudahan infrastruktur bekalan air cukup sempurna disalurkan ke kampung Seraya Semporna , penduduk bukannya percuma memperolehi bekalna air tersebut, bahkan berbayar jadi adalah wajar penduduk kampung tersebut dapat menikmati bekalan air yang mencukupi.

Saya sebagai wakil penduduk Kampung Seraya dengan sebulat suara berharap pihak berpatutan segera menangani masalah ini dan diharap mereka dapat mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka dengan lebih efisien.

By: putery umno

Kolej Kejururawatan ICHS Tipu Duit Pelajar

Pada 02/07/2012, seramai 500 orang pelajar di kolej yang bertempat di South City Plaza, Seri Kembangan ini dimaklumkan bahawa kolej kejururawatan ini tidak lagi akan beroperasi. Mereka diarahkan untuk mengemas barangan masing-masing dan keluar dari rumah sewa selewat-lewatnya pada 03/07/2012. Tanpa diberitahu dengan jelas apakah solusi pihak kolej, mereka digesa untuk pulang ke kampung buat sementara wakatu. Menurut anak saudara saya (salah seorang pelajar di sini), beberapa minggu kemudian, bekalan api dan air kerap dipotong berikutan pihak kolej tidak membuat bayaran. Pihak tuan rumah sewa mereka juga ada mengugut untuk mengganggu pelajar yang menginap di rumah mereka, jika pihak kolej tidak membuat bayaran.

Pada 03/07/2012, saya ada pergi berjumpa dengan ketua bahagian hal ehwa pelajar kolej tersebut. Ibu bapa & penjaga dimaklumkan bahawa para pelajar akan dipindahkan ke Kolej Asian Metropolitan di Cheras dalam masa terdekat tanpa melibatkan sebarang kos. Saya berjaya mendapatkan liputan daripada Berita Harian mengenai hal ini namun tida respon daripada pihak media yang lain.

Hari ini, para pelajar tahun akhir dimaklumkan yang mereka perlu mengeluarkan kos untuk 2 semester jika ingin menamatkan pengajian di kolej baru. Ini disebabkan wang pinjaman PTPTN yang telah disalurkan ke kolej ICHS pada awal tahun telah habis dibelanjakan sewenang-wenangnya. Kini, saya mewakili pihak ibu bapa pelajar, rasa terbeban memikirkan kami perlu menyediakan hampir RM9000 untuk tujuan pemindahan kolej ini.

Para pelajar terpaksa melunaskan PTPTN walaupun bukan mereka yang membelanjakan duit tersebut. Kebanyakan pelajar datang daripada keluarga yang sederhana. Saya amat berharap pihak UMNO dapat membantu kami dalam menyelesaikan masalah ini. Perlu ada tindakan ke atas pengurusan kolej ini yang telah makan duit pelajar-pelajar ini.

Hingga kini, masih tiada penyelasaian dan kata putus. Pihak Kementeria Pengajian Tinggi juga tidak dapat memberi jawapan untuk masalah ini. Perhatian dan tindakan segera pihak tuan amat saya hargai. Saya cuma berharap masa depan dan harapan para pelajar untuk berbakti sebagi jururawat di negara kita tidak terbantut di tengah jalan. Bantulah saya mempetahankan hak mereka.

Terima Kasih.

By: Nurliza

Bagaimana Pemilihan Tender Masakan & Makanan Asrama dipilih dan dimana ketelusan?

Assalamualaikum,

Saya sebenarnya mewakili hampir 90% kontraktor bumiputera & tempatan didaerah saya yang sedikit rasa kecewa dengan keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah membuat keputusan tentang permohonan tender masakan Asrama didaerah kami.

Tidak menidakkan rezeki Allah kurniakan tetapi sedikit rasa ragu dan sangsi bagaimana 10 buah sekolah yang dibuka untuk kontraktor mencuba telah diberikan & diluluskan tender itu kepada kontraktor luar dari daerah ini dan lebih menyedihkan, 4 buah sekolah diberikan kepada kontraktor dari negeri kedah, sedangkan daerah kami dinegeri perak.

Sekiranya anda yang membaca, dimana logiknya tender dinegeri perak, dan tertera disetiap borang dengan perkataan ini, “KONTRAKTOR TEMPATAN DIBERIKAN KEUTAMAAN”, bagaimanakah kontraktor Negeri Kedah lebih layak? Mgknkah dari beribu permohonan kontraktor tempatan satu pun tidak layak?

Malu bila nk sebut Timbalan Presiden UMNO yang menerajui Kementerian ini. Kami kontraktor yang berhempas pulas bila tiba pilihanraya untuk UMNO tanpa mengira masa, wang ringgit dikeluarkan, tetapi ditolak mentah2 dan kontraktor dari negeri yang terang-terangan telah menentang kerajaan sekarang ini yang diberikan habuan. Tak mengapa, kerana perjuangan kami bukan untuk ini, perjuangan kami untuk anak cucu kami nanti.

Walaupun Perak pernah ditadbir 11 bulan oleh pembangkang, ingat TPM, DUN & Parlimen kami tak pernah jatuh ketangan pembangkang. Tapi untuk yang akan dtg, sememangnya sy jangkakan lebih ramai kontraktor yg akan berubah haluan. Bukan kerana tender ini, bukan kecewa kerana tidak dapat, tapi kecewa dengan KETIDAKTELUSAN kementerian yang diterajui TPM sendiri. Malu sebanarnya nak mengaku UMNO masih relevan, kerana pemimpin tertinggi masih lagi terlepas pandang dengan hal sebegini. Maaf sekiranya kasar kata2 saya, tapi ini hakikat yang sememangnya terjadi.

Hamba Allah

By: Hamba Allah

SUK dan Nova bermasalah, pembeli jadi mangsa

Saya telah membeli rumah pangsa kos rendah di Taman Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Lokasi yang menarik dan harga yang berpatutan telah menarik minat saya untuk mencuba nasib memohon rumah tersebut. Alhamdulillah,setelah menjalani beberapa kali temuduga, saya telah dipanggil untuk mencabut undi pada 26 April 2008 jam 9.30pg di Dewan Bukit Tinggi.

Saya telah menandatangani perjanjian jual beli pada 16 May 2008 di Joe Shahrul Husni & Co peguam yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Saya telah mendapat kelulusan pinjaman bank dan menandatanganinya pada 10 Julai 2008 di BSN Bentong, Pahang.

Setelah itu, pada Mac 2009 saya telah mula membayar faedah bank RM74.54 dan jumlah itu telahpun meningkat setiap tahun sehingga hari ini saya membayar sebanyak RM 138. Mungkin pada pandangan orang lain jumlah itu tidak banyak tetapi bagi surirumah yang hanya mengambil upah menjahit baju di rumah, jumlah tersebut agak membebankan. apatah lagi jumlah tersebut hanya melunaskan faedah selama 3 tahun ini dan rumah yang dibeli masih belum diserahkan kepada pembeli. Kami cuba mendapatkan jawapan daripada SUK tetapi SUK telah beberapa kali berjanji akan menyiapkannya dan seringkali menyalahkan pihak pemaju.

Apabila saya pergi melihat rumah tersebut, saya dapati rumah tersebut telahpun siap dan terdapat beberapa barang spt sinki telah dicuri. Saya telah memaklumkan kepada SUK dan mereka masih memberikan jawapan yang sama. Perkara ini telah dilaporkan di dalam SINAR Pahang. Pada 2010, kami telah dpnggl ke Dewan Umno Bentong, Pahang untuk mengisi borang TNB, kononnya untuk memasukkan elekrik ke rumah tersebut.

Kami gembira dan SUK berjanji akan menyerahkan rumah tersebut sebelum thn baru cina 2011. Malangnya sehingga tarikh tersebut rumah masih tidak diserahkan. Akhirnya pada 11 Dis 2011, melalui FB Kami Penduduk Bentong, saya mendapat tahu ada perjumpaan antara SUK ( diwakili Dato Ho), pemaju dan pembeli (diwakili Dato Seri Liow Tiong Lai). Yang menghairankan, kenapa semua pembeli tidak dimaklumkan melalui surat.

Pada pagi tersebut, hanya segelintir pembeli yang hadir dan di sanalah baru pembeli mendapat berita yang sebenarnya. Rupa2nya, rumah tersebut telah siap sepenuhnya dan 3 dari 6 blok telah mendapat CF. Masalahnya ialah projek ini adalah Projek Bersilang, SUK memberikan projek kepada pemaju dan pemaju membina rumah dan pemaju akan dibayar dengan tanah yang ada di Pahang mengikut nilai projek tersebut.

Malangnya pemaju tidak dibayar seperti yang dijanjikan oleh SUK dan oleh sebab itu, pemaju tidak mahu menyerahkan rumah  tersebut. Melalui perbincangan itu, kami sekali lagi dijanjikan oleh wakil SUK untuk menyelesaikan masalah ini dan mereka telah diberi tempoh seminggu dari tarikh perjumpaan atau selewat2nya sehingga bulan Mac 2012.

Sehingga pada hari saya menulis aduan ini, masih belum ada apa2 berita daripada mana2 pihak. Apakah janji kosong lagi yang SUK berikan? Apakah wajar pembeli menanggung kesusahan membayar bank dan membayar sewa rumah yang sedang diduduki, gara-gara kedua-dua pihak ini tidak menyelesaikan isu mereka? Adakah ini yang dikatakan Rakyat Didahulukan? Pembeli terus dihimpit kesusahan semata-mata mengharapkan rumah kos rendah kerajaan. Sampai bilakah kami terpaksa menunggu???????

By: tengku salbiah

Mohon tingkatkan kemudahan infrastruktur Kampung Seri Jemapoh

Terlebih dahulu saya disini ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pihak tuan sudi membaca email saya ini. Diharap email ini dapat membuatkan satu pembaharuan pada kampung Seri Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang telah 65 tahun penduduknya menyokong kuat pimpinan dan pemerintahan di bawah UMNO. Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya sebenarnya ingin membantu sahabat saya yang meminta saya untuk menyuarakan masalah kekurangan dan kedaifan kemudahan kampungnya yang sudah berabad lama dalam kemunduran. Sehingga hari ini, kampung beliau yang mana majoritinya penyokong kuat UMNO hidup dalam kemiskinan kemudahan infrastruktur. Masalah banjir, tiada saliran longkang yang baik dan sempurna di kampung tesebut, masalah jalan yang sempit dan terpaksa memperlahankan kenderaan jika berselisih dengan lori yang membawa keluar masuk kayu dan batu bata di kampung tersebut.

Walaupun kampung Seri Jemapoh memiliki banyak kilang seperti kilang batu bata di Kampung Bakar Batu, Kilang papan di Jemapoh tengah berhampiran PLKN Kharisma Jemapoh, namun majoriti pekerjanya adalah bangsa asing dan tiada pengambilan yang ramai dari penduduk kampung untuk bekerja di kilang tersebut. Lori-lori pengangkutan kilang tersebut banyak merosakkan jalan dan membahayakan keselamatan penduduk kampung yang kebanyakkannya sudah berusia. Selain daripada itu, masalah muda mudi dan golongan berumur turut dihantui gejala dadah yang sudah merosakkan sebahagian penduduk kampung Seri Jemapoh hampir 65 tahun. Walaupun kelihatan polis peronda datang sekali sekala menaiki motosikal, tetapi sehingga hari ini golongan di bawah pengaruh dadah masih lagi mudah menerima bekalan dari pihak-pihak yang tak bertanggungjawab.

Oleh sebab yang demikian, saya dengan rasa rendah diri, mewakili rakan saya dan penduduk kampung Seri Jemapoh, Kuala Pilah Negeri Sembilan ingin memohon jasa baik dari semua agensi-agensi yang berkenaan untuk sama-sama melihat, meninjau sekurang-kurangnya masalah kekurangan dan kedaifan yang telah terlalu lama menghantui penduduk kampung berkenaan. Jangan lah menunggu pilihanraya yang akan datang atau sehingga penduduk sudah mula rasa kecewa dan tawar hati dengan pimpinan sedia ada barulah di ambil tindakan.

Sekali lagi, saya memohon jasa baik dari pihak tuan agar dapat melihat dan memberi bantuan serta khidmat untuk bersama-sama membantu meningkatkan taraf kehidupan masyarakat walaupun berada jauh di kawasan yang terpencil di Negeri Sembilan.

Sekian, terima kasih.

Jabatan Air Negeri Sabah, di manakah silapnya?

Isu bekalan air bersih sememangnya isu yang lazim sama seperti perbuatan ‘makan’, yang kita lakukan setiap hari terutamanya di daerrah Kudat. Lebih 30 tahun Umno memerintah negeri ini tetapi tidak banyak yang berubah berhubung dengan isu air. Bekalan air bersih terutamanya kepada permis yang mendapat bekalan dari Jabatan Air Kudat adalah sangat sukar diramalkan. Sehari ada sehari tiada. Dua hari ada air, selepas tu mungkin sehari lepas tu tiada lagi….4 hari ada air…mungkin esok dah putus balik…. Mungkin Yang berhormat-Yang berhormat yang menjadi wakil rakyat di daerah ini tidak pernah tinggal tetap sehingga seminggu di daerah kudat ini dan ini menyebabkan mereka TIDAK PERNAH SEDAR DENGAN MASALAH INI.

Setelab beberapa hari ketiadaan air…Jabatan Air Sabah Kawasan Daerah Kudat akan menyalurkan angin yang berada di dalam paip….yang akan memutarkan meter pengguna domestik dengan cepat sehingga mungkin boleh bernilai RM2 ke RM5. Bayangkan sekiranya perkara tersebut berlaku 4 kali seminggu…berapakah kos angin yang terpaksa dibayar oleh pengguna. Dapat disifatkan…bahawa jabatan Air Kudat ini…”HAMPEHHHHHHHH”.

Tak cukup dengan itu….setelah dibuat kerja2 pembaikan paip yang entah kenapa tak terlepas paling kurang pun sebulan sekali…..permis2 juga akan disalurkan dengan AIR BERTANAH… Sekiranya kita prihatin, pada bil yang diberi, sepatutnya JABATAN AIR KUDAT mesti menyalurkan air bersih…tetapi air Kurang bersih yang diberi. PATUTKAH KITA MAMBAYAR PERKHIDMATAN TERSEBUT?????

Saya sendiri pernah membuat laporan paip pecah kepada KONONNYA jurutera di pejabat JAS…mereka manyatakan, kadang2 kerja2 membaiki jalan memusnahkan paip dan terpaksa diperbaiki dan pergerakan tanah menyebabkan paip pedah…. Kenapa la kita ada engiuneer begini…buang sajalah dia tu. Saya sendiri mencadangkan,,,,apa kata paip baru yang dipasang kelak ditukarkan kepada polypipe yang besar tu…..tp mungkin tak da MASYUK…. ada gak dapat rasuah kalau ada kontraktor yg buat keje….

kalau pergi ke pejabat JAS Kudat ni kebanyakan pekerjanya sangatttt lahhhhhh produktif sehingga ada yang pakai kereta JAS pergi ke permis2 kerajaan untuk menghantar surat tender dan mendapatkan tandatangan ketua jabatan untuk claim perkhidmatan kontraktor… PRODUKTIF KAN…???

By: samwan

Projek Terbengkalai SPNB

Saya membuat aduan ini kerana pemaju projek perumahan SPNB di Taman Sri Gemilang Lahad Datu gagal menunaikan janji yg mana mereka sepatutnya menyerahkan rumah tersebut kepada saya pada Nov 2010.  Oleh yang demikian saya minta supaya SPNB dan BN:

  1. Bertanggungjawab menyiapkan projek sebelum pilihanraya akan datang, kalau tidak kami sebagai pengundi tidak akan berkonfromi.
  2. Menyediakan dana peruntukan yang cukup untuk membiayai projek tersebut dan membayar kontraktor tepat pada masanya.
  3. Kalau tidak mahir menguruskan projek perumahan, minta nasihat atau melantik syarikat perumahan seperti Hup Seng Properties yang mana terbukti mutunya yang mana telah pun menyiapkan Taman Aman, Taman Fajar, Taman Perdana, Palm Height di daerah Lahad Datu.
  4. Minta Pengerusi SPNB yang juga MP Umno supaya turun padang melawat Lahad Datu bukan hanya duduk dalam pejabat sahaja. Lakukan sesuatu kalau masih mahu menjadi pengerusi SPNB.
  5. SPNB dan BN perlu menunaikan janji menyiapkan projek terbengkalai ini supaya tidak dicop tidak beretika dan tidak bermoral.

Minta saudara Karam Singh Walia (TV3) datang melawat kami dan memanjangkan permasalahan ini kepada PM.

Sekian

Calvin, Lahad Datu 18.08.2011

By: calvin

Bumbung rumah musnah akibat ribut

Pada 24 hb July 2011, jam 1.30 pagi bumbung rumah emak saya bertempat di tali air 7 ban 3/4, sungai leman,45400 sekinchan, selangor telah musnah akibat ribut.

Keesokan harinya kami cuba memohon bantuan daripada pihak berwajib mengikut saluran yang ditetapkan. Kami telah merujuk kepada pihak UMNO. KEADILAN dan DAP cawangan kami.Pelbagai bantuan kewangan dijanjikan tetapi sehingga kini tak kunjung tiba.

Hanya DAP sahaja yang telah menghulurkan bantuan wang RM 500.00 untuk menampung kos baik pulih. 4 hari berlalu tetapi rumah kami masih dalam keadaan tidak boleh didiami kerana tiada berbumbung.

Hujan yang turun dalam tempoh ini menyebabkan peralatan elektrik dan perabot turut musnah.  Bekalan elektrik terpaksa dimatikan kerana bimbang berlaku litar pintas.Kami memohon kerjasama pihak encik dapat mempercepatkan proses bantuan agar rumah dapat didiami dan mengurangkan kos kerosakan peralatan elektik yang lain

By: haslina yusop

Masalah lori tangki sering parking dan lalu kawasan taman

Alamat Rumah C-33 Lorong 3 Taman Wawasan saya seperti nama diatas ingin memaklumkan pihak berkenaan turun pantau masalah lori tangki ini yang berlanjutan 5 tahun. Lori-lori ini telah merosakkan longkang, pagar rumah dan jalan. Jalan baru yang ditar telah dirosakkan lagi.  Tebing rumah yang buat dengan kos sendiri pun retak.

Saya telah buat aduan kepada jkkk, ketua kampung, penghulu, kaunselor, Majlis Perbandaran Teluk Intan,NGO, BPA, SPAD,BPR, Ahli Parlimen Bagan Datok Dato Zahid ,Menteri Besar Perak dan Kerajaan Negeri Perak dan PolisTeluk Intan. Masalah ini tidak dapat diselesaikan. Menteri Besar Perak sendiri telah meminta YDP majlis selesaikan kes ini pada 12 /7/ 2009. Sampai sekarang masalah ini tak selesai.

Saya mewakili penduduk telah berkali-kali telah lapor kepada majlis dan polis. Ketua kampung sudah buat sidang khabar dengan SINAR akan masalah ini. Sebelum ini juga dicadangkan letak palang. Majlis kata timbul masalah akta. Pemilik lori kata selagi lori sampah boleh masuk saya tetap akan masuk parking di taman.

Notis telah diberi januari 2011 kepada pemilik lori. Permit lori juga telah dihalang. Pemilik lori juga telah dipanggil oleh polis, teguran polis tidak diendahkan. Pemilik lori tukar bawa lori baru. Spad juga telah saman, tak berkesan. Polis juga telah saman ,tak berkesan. NGO juga telah nasihat ,tak berkesan. Tempat parkir sementara untuk lori juga telah diberikan di depan taman. Pemilik minta security. 19/7/2011 kami penduduk telah hantar surat bantahan kepada Ketua polis untuk ambil tindakan.

Yang paling saya kecewa ialah kaunselor Umno, kaunselor MIC yang sepatutnya berusaha menyelesaikan masalah ini. Saya terpaksa buat banyak laporan kerana dia parking kawasan rumah saya ambil selekoh dan parking. Majlis kata dia tak boleh apa dah hantar kes ini kepada kerajaan negeri perak. Kena tunggu perubahan akta diperingkat negeri. Sampai bila nak saya tunggu. 5 tahun apa majlis buat. Mengapa tindakan ini tidak ambil segera. Sekarang majlis kata saya seorang yang buat aduan dan seolah-olah masalah peribadi.

Adakah saya buat aduan menjadi masalah peribadi? Tak salahkan Lori Tangki parkir dan selalu buat laluan ditaman. Krj telah gazetkan kawasan taman kawasan larangan kenderaan berat. Majlis tak boleh selesai masalah sekarang kata ini masalah peribadi. Mengapa aduan jkkk ketua kampung tidak sahkah. Merekalah ketua kami. Kata majlis aduan orang lain tak ada maka kes ini kes sendiri. Pelik.Minta laporan jurutera untuk tunjukkan kesan lori ini kepada kerosakkan longkang dan bangunan.

Penguatkuasa cadangkan minta arkitek luar dan jurutera luar untuk buat laporan bersama-sama untuk rujukan ketua polis.Dimana perginya kredibiliti Majlis. Kita bayar cukai. Majlislah berhak penuh buat laporan. Pelik . Sekarang Ketua Polis nak jumpa saya dan Pemilik lori kerana orang lain tak buat aduan. Sepatutnya Polis kena dialog dengan jkkk ketua kampung kaunselor dengan majlis untuk menyelesaikan masalah ini. Dimana NKRA kerajaan.Kalau Perdana Menteri dengar kes ini dia amat kecewa kerana anak buahnya tidak profesional mengendalikan masalah ini.

Sekarang semua bahagian biarkan lori parkir dan rosakkan harta benda terutamanya kawasan rumah saya banyak impak dan kata mereka tunggu tindakan kerajaan negeri. Saya nak tanya apa safety saya dan saya minta kawasan ini dipalang atau tutup jalan kerana risiko saya siapa nak tanggung.Please help me sir. Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan. Kalau masalah ini tak selesai kami penduduk akan jumpa PM dan Sultan Perak untuk Campurtangan untuk menyelesaikan maaalah ini. Tolong! Tolong!

By: Mutukumaran a/l Subramanian

Diskriminasi kaum oleh Datuk Johari

httpv://www.youtube.com/watch?v=zZmvTvagNvg

Terasa hati dengan kenyataan Datuk Johari Abdul Ghani dari UMNO.. mengapa mesti ada Diskriminasi kaum di malaysia ini??? kemana hilangnya 1 malaysia yang sentiasa dilaung laungkan dengan bangga????

kami amat berharap agar ada jalan penyelesaian bagi menyelesaikan kenyataan di atas kerana kenyataan tersebut telah membangkitkan kemarahan bagi kaum cina dan india.. terima kasih

By: Yang terasa