Umno | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Terkini
Archives
Blogged.my

Posts Tagged ‘Umno’

Masalah Pembelian Perumahan Awam Bandaraya

Masalah pembelian rumah bandaraya Perumahan Awam Desa Rejang Kuala Lumpur sudah berlarutan hampir 4 bulan tanpa sebarang berita.

Pihak DBKL menawarkan kami (pembeli), sama ada membeli rumah secara hutang atau tunai. Melihatkan tawaran tersebut, kami mengambil keputusan utk membeli secara tunai.

Setelah pembayaran dibuat dan documents ditandatangani di pejabat peguam yg dilantik oleh DBKL, pihak peguam memberi janji bahawa urusan jual beli akan selesai dalam masa 2 bulan.

Read the rest of this entry »

Masalah Bekalan Air di Kampung Seraya selama tiga hari

Salam 1 malaysia buat pembaca dihormati,saya selaku wakil penduduk kampung Seraya Semporna Sabah ingi mengemukakan aduan berkaitan masalah bekalan air di Kanpung Seraya baru-baru ini telah mengundang pelbagai masalah kepada penduduk kampung.

Saya difahamkan masalah ini telah lama berlarutan dan aduan oleh penduduk kampung tidak pernah bertubi-tubi melaporkan masalah ini kepada pihak berpatutan (Jabatan Air) . Hal ini, turut juga menggangu keselesaan penduduk dan menyukarkan kegiatan penduduk melakukan aktiviti seharian sebagai contoh berlaku pada saya sendiri beberapa hari lepas air terputus selama 3 hari menyebabkan saya tidak dapt mengerjakan ibadah solat dengan sempurna ekoran ketiadaan air, seterusnya kenduri berarua turur terganggu akibat ketiadaan saluran air yang mencukupi untuk kegunaan memasak. Paling mengesalkan kenapa pihak berkewajiban tidak sering memantau sekiranya bekalan air ke Kampung Seraya terputus atau nombor aduan bebas talian disediakan bagi memeudahkan penduduk kampung membuat aduan.

Read the rest of this entry »

Kolej Kejururawatan ICHS Tipu Duit Pelajar

Pada 02/07/2012, seramai 500 orang pelajar di kolej yang bertempat di South City Plaza, Seri Kembangan ini dimaklumkan bahawa kolej kejururawatan ini tidak lagi akan beroperasi. Mereka diarahkan untuk mengemas barangan masing-masing dan keluar dari rumah sewa selewat-lewatnya pada 03/07/2012. Tanpa diberitahu dengan jelas apakah solusi pihak kolej, mereka digesa untuk pulang ke kampung buat sementara wakatu. Menurut anak saudara saya (salah seorang pelajar di sini), beberapa minggu kemudian, bekalan api dan air kerap dipotong berikutan pihak kolej tidak membuat bayaran. Pihak tuan rumah sewa mereka juga ada mengugut untuk mengganggu pelajar yang menginap di rumah mereka, jika pihak kolej tidak membuat bayaran.

Pada 03/07/2012, saya ada pergi berjumpa dengan ketua bahagian hal ehwa pelajar kolej tersebut. Ibu bapa & penjaga dimaklumkan bahawa para pelajar akan dipindahkan ke Kolej Asian Metropolitan di Cheras dalam masa terdekat tanpa melibatkan sebarang kos. Saya berjaya mendapatkan liputan daripada Berita Harian mengenai hal ini namun tida respon daripada pihak media yang lain.

Read the rest of this entry »

Bagaimana Pemilihan Tender Masakan & Makanan Asrama dipilih dan dimana ketelusan?

Assalamualaikum,

Saya sebenarnya mewakili hampir 90% kontraktor bumiputera & tempatan didaerah saya yang sedikit rasa kecewa dengan keputusan Kementerian Pelajaran Malaysia yang telah membuat keputusan tentang permohonan tender masakan Asrama didaerah kami.

Tidak menidakkan rezeki Allah kurniakan tetapi sedikit rasa ragu dan sangsi bagaimana 10 buah sekolah yang dibuka untuk kontraktor mencuba telah diberikan & diluluskan tender itu kepada kontraktor luar dari daerah ini dan lebih menyedihkan, 4 buah sekolah diberikan kepada kontraktor dari negeri kedah, sedangkan daerah kami dinegeri perak.

Read the rest of this entry »

SUK dan Nova bermasalah, pembeli jadi mangsa

Saya telah membeli rumah pangsa kos rendah di Taman Bukit Tinggi, Bentong, Pahang. Lokasi yang menarik dan harga yang berpatutan telah menarik minat saya untuk mencuba nasib memohon rumah tersebut. Alhamdulillah,setelah menjalani beberapa kali temuduga, saya telah dipanggil untuk mencabut undi pada 26 April 2008 jam 9.30pg di Dewan Bukit Tinggi.

Saya telah menandatangani perjanjian jual beli pada 16 May 2008 di Joe Shahrul Husni & Co peguam yang dilantik oleh Kerajaan Negeri. Saya telah mendapat kelulusan pinjaman bank dan menandatanganinya pada 10 Julai 2008 di BSN Bentong, Pahang.

Read the rest of this entry »

Mohon tingkatkan kemudahan infrastruktur Kampung Seri Jemapoh

Terlebih dahulu saya disini ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas pihak tuan sudi membaca email saya ini. Diharap email ini dapat membuatkan satu pembaharuan pada kampung Seri Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan yang telah 65 tahun penduduknya menyokong kuat pimpinan dan pemerintahan di bawah UMNO. Sebelum itu, saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu. Saya sebenarnya ingin membantu sahabat saya yang meminta saya untuk menyuarakan masalah kekurangan dan kedaifan kemudahan kampungnya yang sudah berabad lama dalam kemunduran. Sehingga hari ini, kampung beliau yang mana majoritinya penyokong kuat UMNO hidup dalam kemiskinan kemudahan infrastruktur. Masalah banjir, tiada saliran longkang yang baik dan sempurna di kampung tesebut, masalah jalan yang sempit dan terpaksa memperlahankan kenderaan jika berselisih dengan lori yang membawa keluar masuk kayu dan batu bata di kampung tersebut.

Walaupun kampung Seri Jemapoh memiliki banyak kilang seperti kilang batu bata di Kampung Bakar Batu, Kilang papan di Jemapoh tengah berhampiran PLKN Kharisma Jemapoh, namun majoriti pekerjanya adalah bangsa asing dan tiada pengambilan yang ramai dari penduduk kampung untuk bekerja di kilang tersebut. Lori-lori pengangkutan kilang tersebut banyak merosakkan jalan dan membahayakan keselamatan penduduk kampung yang kebanyakkannya sudah berusia. Selain daripada itu, masalah muda mudi dan golongan berumur turut dihantui gejala dadah yang sudah merosakkan sebahagian penduduk kampung Seri Jemapoh hampir 65 tahun. Walaupun kelihatan polis peronda datang sekali sekala menaiki motosikal, tetapi sehingga hari ini golongan di bawah pengaruh dadah masih lagi mudah menerima bekalan dari pihak-pihak yang tak bertanggungjawab.

Read the rest of this entry »

Jabatan Air Negeri Sabah, di manakah silapnya?

Isu bekalan air bersih sememangnya isu yang lazim sama seperti perbuatan ‘makan’, yang kita lakukan setiap hari terutamanya di daerrah Kudat. Lebih 30 tahun Umno memerintah negeri ini tetapi tidak banyak yang berubah berhubung dengan isu air. Bekalan air bersih terutamanya kepada permis yang mendapat bekalan dari Jabatan Air Kudat adalah sangat sukar diramalkan. Sehari ada sehari tiada. Dua hari ada air, selepas tu mungkin sehari lepas tu tiada lagi….4 hari ada air…mungkin esok dah putus balik…. Mungkin Yang berhormat-Yang berhormat yang menjadi wakil rakyat di daerah ini tidak pernah tinggal tetap sehingga seminggu di daerah kudat ini dan ini menyebabkan mereka TIDAK PERNAH SEDAR DENGAN MASALAH INI.

Setelab beberapa hari ketiadaan air…Jabatan Air Sabah Kawasan Daerah Kudat akan menyalurkan angin yang berada di dalam paip….yang akan memutarkan meter pengguna domestik dengan cepat sehingga mungkin boleh bernilai RM2 ke RM5. Bayangkan sekiranya perkara tersebut berlaku 4 kali seminggu…berapakah kos angin yang terpaksa dibayar oleh pengguna. Dapat disifatkan…bahawa jabatan Air Kudat ini…”HAMPEHHHHHHHH”.

Read the rest of this entry »

Projek Terbengkalai SPNB

Saya membuat aduan ini kerana pemaju projek perumahan SPNB di Taman Sri Gemilang Lahad Datu gagal menunaikan janji yg mana mereka sepatutnya menyerahkan rumah tersebut kepada saya pada Nov 2010.  Oleh yang demikian saya minta supaya SPNB dan BN:

  1. Bertanggungjawab menyiapkan projek sebelum pilihanraya akan datang, kalau tidak kami sebagai pengundi tidak akan berkonfromi.
  2. Menyediakan dana peruntukan yang cukup untuk membiayai projek tersebut dan membayar kontraktor tepat pada masanya.
  3. Kalau tidak mahir menguruskan projek perumahan, minta nasihat atau melantik syarikat perumahan seperti Hup Seng Properties yang mana terbukti mutunya yang mana telah pun menyiapkan Taman Aman, Taman Fajar, Taman Perdana, Palm Height di daerah Lahad Datu.
  4. Minta Pengerusi SPNB yang juga MP Umno supaya turun padang melawat Lahad Datu bukan hanya duduk dalam pejabat sahaja. Lakukan sesuatu kalau masih mahu menjadi pengerusi SPNB.
  5. SPNB dan BN perlu menunaikan janji menyiapkan projek terbengkalai ini supaya tidak dicop tidak beretika dan tidak bermoral.

Read the rest of this entry »

Bumbung rumah musnah akibat ribut

Pada 24 hb July 2011, jam 1.30 pagi bumbung rumah emak saya bertempat di tali air 7 ban 3/4, sungai leman,45400 sekinchan, selangor telah musnah akibat ribut.

Keesokan harinya kami cuba memohon bantuan daripada pihak berwajib mengikut saluran yang ditetapkan. Kami telah merujuk kepada pihak UMNO. KEADILAN dan DAP cawangan kami.Pelbagai bantuan kewangan dijanjikan tetapi sehingga kini tak kunjung tiba.

Read the rest of this entry »

Masalah lori tangki sering parking dan lalu kawasan taman

Alamat Rumah C-33 Lorong 3 Taman Wawasan saya seperti nama diatas ingin memaklumkan pihak berkenaan turun pantau masalah lori tangki ini yang berlanjutan 5 tahun. Lori-lori ini telah merosakkan longkang, pagar rumah dan jalan. Jalan baru yang ditar telah dirosakkan lagi.  Tebing rumah yang buat dengan kos sendiri pun retak.

Saya telah buat aduan kepada jkkk, ketua kampung, penghulu, kaunselor, Majlis Perbandaran Teluk Intan,NGO, BPA, SPAD,BPR, Ahli Parlimen Bagan Datok Dato Zahid ,Menteri Besar Perak dan Kerajaan Negeri Perak dan PolisTeluk Intan. Masalah ini tidak dapat diselesaikan. Menteri Besar Perak sendiri telah meminta YDP majlis selesaikan kes ini pada 12 /7/ 2009. Sampai sekarang masalah ini tak selesai.

Read the rest of this entry »

Diskriminasi kaum oleh Datuk Johari

Terasa hati dengan kenyataan Datuk Johari Abdul Ghani dari UMNO.. mengapa mesti ada Diskriminasi kaum di malaysia ini??? kemana hilangnya 1 malaysia yang sentiasa dilaung laungkan dengan bangga????

kami amat berharap agar ada jalan penyelesaian bagi menyelesaikan kenyataan di atas kerana kenyataan tersebut telah membangkitkan kemarahan bagi kaum cina dan india.. terima kasih

Read the rest of this entry »