TV3 | Aduan Rakyat Online

Cari
Aduan Terkini
Aduan Paling Pupolar

Sorry. No data so far.

Archives
Blogged.my

Posts Tagged ‘TV3’

Bayaran Tuntutan Petugas SPR 2013 tidak dibayar

Salam Perpaduan,

Saya merupakan seorang Petugas SPR bagi PRU ke 13 di kawasan Parlimen P204 Selangau, Sibu, Sarawak. Ingin mengadu bahawa sehingga aduan ini ditulis, semua tuntutan yang berhubungan dengan tugas – tugas sebagai Petugas termasuklah tuntutan perjalanan, lojing dan makan belum dibayar sehingga kini.

Tiada makluman juga diperolehi mengapa bayaran tersebut begitu lama tidak dibayar. Sedangkan tugas telah dilakukan dalam 4 bulan yang lalu. Ada juga di kawasan parlimen lain, petugas2 mereka sudahpun dilangsaikan tuntutan mereka. Kita berhak untuk tahu sebab tugas telah dilaksanakan dengan baik tetapi tiada bayaran setimpal dibayar.

Read the rest of this entry »

Pekerja Syabas menutup paip bekalan air

Saya ingin membuat aduan bahawa kawasan perumahan kami telah masuk minggu kedua tiada bekalan air. Di kawasan Ampang Avenue ini, hanya apartment Mesra Villa yang telah putus bekalan air hingga masuk minggu kedua dan kami di fahamkan bahawa pekerja Syabas sendiri yang telah menutup paip yang menyalurkan air ke apartment kami. Ini tidak masuk akal kerana semua kawasan perumahan teres di sekitar ini tidak pernah terputus langsung bekalan air. Bahkan semua apartment berdekatan seperti apartment Seri Maya, Seri Nilam juga langsung tidak mengalami masalah bekalan air.

Apa yang menyedihkan kami, terdapat 2 tangki besar bersebelahan kediaman kami. Ini menunjukkan pekerja Syabas sengaja tidak menyalurkan air dari tangki tersebut ke kediaman kami. Notis pertama kami terima mengatakan bahawa pam di Gombak mengalami masalah. Bagaimana di salurkan dari Gombak pula? Tidak logik sama sekali jika hanya apartment kami yang di salurkan dari Gombak.

Read the rest of this entry »

Laluan maut Kota Tinggi ke Ulu Tiram

SALAM 1 MALAYSIA, Saya merupakan salah seorang pembayar cukai jalan di Malaysia. Saya ingin membuat aduan mengenai laluan pembunuh di KOTA TINGGI ke ULU TIRAM. Laluan KOTA TINGGI KE ULU TIRAM adalah laluan yang sangat bahaya kerana tiada lampu jalan sepanjang jalan ULU TIRAM KE KOTA TINGGI ini menyebabkan berlaku banyak kemalangan maut boleh dikatakan pada setiap minggu pasti ada kemalangan yang berlaku terutama pada waktu hujan dan waktu malam.

Selain itu jalan sepanjang laluan itu tidak rata dan garisan jalan amat mengelirukan maka terjadinya kemalangan. Saya sebagai pembayar cukai jalan raya merayu pada pihak kerajaan di manakah hak kami?apa peranan pihak JKR KOTA TINGGI dalam menyelesaikan masalah ini? sampai bila masalah ini terus berlaku? adakah bila separuh rakyat KOTA TINGGI mati baru hendak selesaikan masalah ini. MANA SLOGAN RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN? Kami semua berharap pihak TV3 dapat membantu menyelesaikan masalah ini.

Read the rest of this entry »

Iklan Gaviscon Menghina Islam

Satu penghinaan dan fitnah terhadap Islam melalui iklan/komersial Gaviscon yang ditayangkan di bulan Ramadhan oleh saluran TV3 dengan paparan satu keluarga sedang menunggu/menikmati juadah makanan sambil mengetuk-mengetuk glassware sambil melenggok tari.

Iklan tersebut adalah jelas menghina dan memfitnah Islam di bulan Ramadhon ini. Islam tidak mengajar penganutnya untuk iftar sambil mengetuk-ngetuk glassware malah Islam mengajar untuk kamil dan penerapan keindahan dalam peradaban.

Read the rest of this entry »

Aduan Tentang Pertukaran Meter dan sikap pekerja TNB

Saya tinggal di kawasan perumahan kos rendah di Rasa, Hulu Selangor, Selangor, ingin membuat aduan tentang bil elektrik di rumah saya sangat tinggi setiap bulan mencecah RM500 lebih. Saya bandingkan dengan rumah kawan saya di kuala lumpur rumah 2 tingkat dan mempunyai peralatan yang sama tetapi bil elektrik setiap bulan hanya RM200 lebih sahaja.

Saya telah membuat aduan di TNB dan pekerja TNB datang periksa tetapi pekerja TNB itu berkata peralatan di rumah saya “cap ayam” sebab itu bil elektrik tinggi. Pekerja itu juga berkata sebenarnya dia bukan person in charge dan pekerja yang sebenar tidak dapat datang kerana mempunyai kerja lain. Adakah patut bukan bidang pekerja itu tetapi dia yang datang respon tentang aduan yang saya buat?Dulu saya juga ada membuat aduan di TNB Rawang tentang sudah 3 bulan tiada pekerja meter reading datang ke kawasan perumahan saya tetapi pekerja disitu menyuruh saya mengumpul orang kampung dan membuat aduan di tv3.

Read the rest of this entry »

Pusat perjudian di Shah Alam

Saya Berharap Pihak Tv3 dapat memaparkan/menyiarkan pusat perjudian internet yang semakin berleluasa di Pinggiran USJ, Seksyen 23, Subang Hi-tech dan juga seluruh kawasan Shah alam, daripada beberapa buah kedai dan kini mempunyai bilangan lebih daripada 100 buah kedai.

Mereka semakin berani,seperti pihak berkuasa tidak wujud lagi.Diharap aduan rakyat dapat membantu membela nasib kaki-kaki judi yang telah terlanjur,Kerana bagi pendapat saya sekiranya tiada pusat perjudian haram maka tiadalah penagih judi internet.Kerana pusat perjudian tidak sepatutnya ada di kawasan-kawasan perumahan kerana ianya boleh menarik minat kepada kalangan remaja/serta pelajar sekolah,bukan sekadar orang dewasa sahaja.Cukuplah ianya berada ditempat-tempat tertentu sahaja seperti Genting.

Read the rest of this entry »

Graduan pilot masih lagi ramai yang tidak bekerja

Salam dan selamat sejahtera..

Terlebih dahulu saya ingin berterima kasih kepada Aduan rakyat tv3 yang banyak membanu menyelesaikan masalah masalah orang ramai..terima kasih lagi sekali lagi.

Merujuk perkara diatas, kami sebagai graduan juruterbang awam dengan mempunyai license cpl/ir frozrn atpl di malaysia telah meningkat kepada 2000 orang. pada mulanya kami telah mempunyai masalah disekolah penerbangan dengan masalah lambat untuk habis, dan minyak naik, kos terpaksa ditambah sendiri oleh ibu bapa dan sekarang nir tiada tempat untuk kami bekerja..

Read the rest of this entry »

Status halal premis di pusat beli belah Jusco

Bolehkah pihak tv3 mendedahkan status sebenar samaada premis makanan di dalam pusat membeli belah Jusco Bukit Raja,Klang benar-benar halal seperti yang didakwa oleh pemilik-pemilik premis berkenaan.Kalau dilihat di setiap papan tanda premis berkenaan terpampang logo halal JAKIM, tetapi jika diperiksa secara on-line nama premis tersebut tidak terdapat lansung di dalam laman web halal JAKIM.

Antaranya adalah Johnny’s Restaurant dan juga gerai-gerai yang terdapat didalam Arena Foodcourt Jusco.Salah satu yang paling meragukan adalah gerai makanan tembikar panas (Claypot & Sizzling). Bagaimana gerai tersebut boleh mendakwa premisnya halal sedangkan penyedia makanan di gerai tersebut kesemuanya beragama Kristian dan pembekal ayamnya merupaka kaum cina.

Read the rest of this entry »

Nasib Esso Malaysia Bhd

Baru-BARU  ini Esso Malaysia Bhd telah dijual kepada San Miguel Corporation tetapi SMC telah bercadang menjual kembali Petron Filipina kepada kerajaan Filipina, sedangkan Petron telah menghasilkan keuntungan 2 tahun berturut-turut.

Apakah nasib Esso Malaysia Bhd selepas ini apabila pengambilan sepenuhnya dari ExxonMobil berlaku pada April 2012? Dilapurkan SMC akan melabur dengan banyak di EMB tetapi di negeri sendiri SMC mahu menjual Petron Refinery. Sesuatu yang tidak masuk akal sedang berlaku.

Read the rest of this entry »

Pusat perjudian internet di Taman Sri Rampai

Salam sejahtera,

Pihak Tv3 dapat memaparkan/menyiarkan pusat perjudian internet yang semakin berleluasa di Taman sri rampai dan juga seluruh kawasan setapak, daripada beberapa buah kedai dan kini mempunyai bilangan lebih daripada 100 buah kedai.

Mereka semakin berani,seperti pihak berkuasa tidak wujud lagi.Diharap aduan rakyat dapat membantu membela nasib kaki-kaki judi yang telah terlanjur,Kerana bagi pendapat saya sekiranya tiada pusat perjudian haram maka tiadalah penagih judi internet.Kerana pusat perjudian tidak sepatutnya ada di kawasan-kawasan perumahan kerana ianya boleh menarik minat kepada kalangan remaja/serta pelajar sekolah,bukan sekadar orang dewasa sahaja.Cukuplah ianya berada ditempat-tempat tertentu sahaja seperti Genting.

Read the rest of this entry »

Tiada Perkhimatan Talian telefon Villa Bestari Apt, Johor Bahru

Saya sebagai Pengerusi di Villa Bestari Apt, di Johor Bahru, ingin mengadu tiada perkhimatan talian telefon di kawasan kami. Walaupun apartmen kami terletak di salah sebuah tempat yang pesat membangun di johor. Apartmen ini adalah di bina oleh Khoo Soon Lee reality. Bila kami merujuk perkara ini kepada pihak pemaju, mereka menuding jari kepada pihak Telekom, bila merujuk kepada pihak telekom, mereka menuding kepada pemaju. Perkara ini berlaku sejak 10 tahun.

Untuk pengetahuan tuan, di kawasan kami tinggal seorang wakil rakyat, beliau dapat talian telefon tetapi tiada untuk kami.Oleh yang demikian kami penduduk di sini benar-benar berharap tv3 dapat menyelesaikan masalah kami.Tolonglah kami.Sekian Ribuan terima kasih

Read the rest of this entry »

Yuran tersembunyi yang mengelirukan di KLMU

Apabila tamat pengajian kami dipaksa membayar yuran “outstanding” yang mengelirukan dan membebankan. Contohnya, kami yang menginap di asrama dikehendaki membayar perkhidmatan bas yang disediakan pihak kolej yang tidak terdapat di tempat kediaman kami.

Selain itu, berkenaan buku teks, kebiasaannya kami pelajar, terpaksa mengeluarkan wang sendiri utk membuat salinan nota dari pensyarah, sedangkan kami difahamkan yuran kami adalah termasuk buku teks. Perpustakaan kolej juga tidak lengkap dan tidak mempunyai sambungan internet sedangkan kami perlu membayarnya dengan nilai yg membebankan.

Read the rest of this entry »

Too Much Pornography On TV!

As a concerned woman, let me explain this, nowadays television is much exposing and exploitising women. This Hindi movies and English movies not to forget Malay movies nowadays portraying women as a symbol of sex. This is not good for the community, youngsters, all level of community.

This indirectly and directly contribute to crimes like raping and sexual harassment, sumbang mahram, free sex. There is much pornography on tv in all the channels you watch especially HBO, ZEE TV and much more.

Read the rest of this entry »