MyEG – senang ‘renew’ SUSAH masa nak claim

Saya ada menggunakan khidmat MyEG untuk memperbaharui cukai jalan pada 2010 dan 2011. Memang diakui, proses memperbaharui cukai jalan memang mudah dengan MyEG. Kita tidak perlu mengambil geran kenderaan untuk urusan ini. Semuanya online.Maknanya geran kenderaan tidak perlu diambil dan di’endorse’ untuk tujuan ini.

Apa yang ingin saya ketengahkan adalah kesulitan yang perlu dihadapi sekiranya kita terbabit dalam kemalangan dan ingin membuat tuntutan insurans. Pada 2010, saya terbabit dengan kemalangan kecil dan kenderaan saya mengalami kerosakan dan nilai pembaikan hampir RM2000. Pihak insurans memerlukan salinan geran yang terkini untuk meluluskan tuntutan ini. Saya pun membawa geran kereta ke pejabat myEG di Bandar Utama untuk endorse geran tersebut. Untuk makluman saya tinggal di Shah Alam. Pegawai MyEG memaklumkan bahawa di Shah Alam (Kompleks PKNS) terdapat kiosk MyEG yang boleh update geran.

Baru-baru ini isteri saya terbabit dengan kemalangan (syukur beliau tak apa-apa)… cuma kereta isteri saya rosak teruk. Oleh kerana cukai jalan kereta tersebut juga diperbaharui melalui khidmat MyEG, maka kami pun pergi ke kompleks shah alam untuk update geran. Hampanya tiada kiosk MyEG di kompleks PKNS. Yang ada hanya wakil insurans yang memberikan perkhidmatan memperbaharui cukai jalan dengan MyEG. Update gran tidak boleh!

Oleh kerana jauh untuk ke ibupejabat MyEG di Bandar Utama, kami ke JPJ Padang Jawa untuk update geran. Gagal! JPJ tidak boleh update geran yang insurans/roadtaxnya diperbaharui dengan MyEG. Kalau renew dengan MyEG kena update juga dengan MyEG jugak. JPJ tak boleh buat apa-apa. Apa kuasa JPJ? Siapa pulak MyEG? Lu pikirlah sendiri!

Macam tak masuk akal pun ada! Undang-undang jalanraya, geran, lesen, semuanya dibawah peruntukan undang-undang JPJ, tapi JPJ tak boleh update geran yang kita renew insurans di MyEG. MEMANG TAK MASUK AKAL. Apa guna kemudahan online kalau jadi begini. JPJ yang keluarkan surat beranak kenderaan (geran) tak boleh buat apa2 kalau dah renew kat MyEG?

Kemudian kami call MyEG, katanya di Selangor ni cuma boleh update geran di HQ Bandar Utama dan di MyEG Bangi…Bayangkanlah betapa hapraknya perancangan MyEG. Renew boleh online, tapi nak update geran cuma 2 tempat saja. Mungkin ada cara lain untuk claim insurans tanpa update geran. Kita boleh ambil butiran kenderaan di JPJ. Tapi masa saya pergi JPJ Padang Jawa, cuma ada ada 3 kaunter sahaja yang buka, yang lain tutup. Nombor giliran adalah dalam 85 orang in queue. kalau satu orang 1 purata minit, mau sejam lebih jugak.

Nak tak nak terpaksa jugak pergi ke HQ MyEG kat Bandar Utama. Parking memang masalah besar kat situ (Persiaran Bandar Utama)… silap2 boleh kena saman dengan PDRM kalau parking kat tepi2 jalan. (memang saya pernah kena saman parking masa update geran di MyEG pada 2010 dulu).

Sedar tak sedar setengah hari jugak habis hanya nak update geran tu. Dakwat print out kat geran tu pulak dah blur (ink nak habis)… saya minta dia orang re-print, katanya takboleh… pensel anak saya kalau tulis lagi terang daripada print out kat geran tu.

Apapun lepas ni, kami memang SERIK. Takpelah bayar runner atau ambil geran n buat kat pejabat pos. Malang tak berbau! Tapi siapa yang nak kemalangan. Dah la kemalangan, nak update geran kat MyEG pun SUSAH.Mana tak susah, cuma boleh update kat 2 tempat je di Selangor. Tak effisien langsung.

By: Mahbub

Pihak Insurans Melakukan Penipuan Tuntutan Kemalangan

Assalamualaikum & salam sejahtera.

Saya merupakan individu yang teraniaya dan dinafikan hak mendapat tuntutan insurans kemalangan. Syarikat insurans yang terlibat ialah Malaysian Assurance Alliance Berhad (MAA).

Pada 17/6/2011 saya telah mengalami kemalangan motosikal di lebuh raya PLUS Sedenak. Saya telah di himpit oleh sebuah kereta yang cuba menghimpit saya sehingga menyebabkan saya gagal mengawal motosikal sehingga terbabas lalu melanggar penghadang jalan. Saya tidak sempat mengecam nombor pendaftaran kereta itu kerana kejadian itu berlaku dengan sangat pantas.

Saya telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah,JB selama 6 hari. Saya mengalami patah kaki kiri, retak bahu kanan & patah rusuk kanan. Saya telah menjalani pembedahan memasukkan besi di kaki kiri.

Sebelum itu saya menggunakan perkhidmatan insurans MAA Berhad bagi motorsikal saya. Motorsikal saya jenis Honda Wave 100 tahun 2008. Insurans saya adalah “First Party” dengan bayaran sebanyak RM190.54 setahun.

Isu yang menjadi masalahnya ialah saya tidak boleh membuat sebarang tuntutan insurans. Alasan agen insurans ialah menyatakan saya mengalami kemalangan jatuh sendiri dan tuntutan kerosakan mestilah melebihi RM500. Saya sungguh kecewa dan merasa kenyataan agen itu tidak adil bagi saya sebagai pelanggannya. Untuk apa saya membayar RM190.54 setahun kalau saya tidak boleh mendapat faedah apabila saya mengalami kemalangan.

Agen tersebut menyuruh saya membuat laporan polis. Seperti yang saya tahu daripada rakan-rakan, selepas kita membuat laporan polis secara automatik Roadtax & insurans motorsikal saya akan luput. Jadi saya terpaksa mengambil Insuran & roadtax lagi. Adakah ini adil dengan tuntutan saya? Saya minta jasa baik pihak Aduan Rakyat untuk menimbang kes saya ini. Saya tidak mahu perkara sama terjadi kepada orang lain. Sekurang-kurangnya kita sebagai pelanggan insurans tidaak tertipu dengan skim insuran semua syarikat insurans yang mahu mengaut keuntungan semata-mata.

Sekian sahaja aduan saya, terima kasih.

By: MOHD AZUAN