Kadar Surcaj Bayaran Tempat Letak Kereta PBT Perlu Dikaji Semula

Sebagai rakyat yang mempunyai hak untuk bersuara, diharapkan pihak kerajaan mengkaji semula kadar surcaj bayaran tempat letak kereta yang dikenakan oleh sesetengah Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang terlalu membebankan rakyat seolah-olah menjadikan ia sebagai jalan untuk mengaut keuntungan mudah PBT terbabit.

Surcaj yang dikenakan, memang keterlaluan dan berkali-kali ganda lebih mahal daripada kadar asal walaupun lewat bayar hanya seminggu. Sebagai contoh, kadar bayaran tempat letak kereta sejam yang dikenakan oleh Majlis Daerah Besut, Terengganu iaitu RM 0.30 sejam. Jika ia lewat dibayar lebih daripada seminggu kadar tersebut akan menjadi RM2.00 sejam dan jika lewat dibayar lagi kadar surcaj akan meningkat kepada RM2.30 sejam seterusnya RM 10.30 sejam.

Apakah tidak ada langsung belas kasihan kepada rakyat kerdil di mana kadar yang dikenakan oleh sesetengah PBT ini terang-terangan mengambil untung secara mudah yang terlalu memeras keringat rakyat sedangkan tempat untuk membayar resit tempat letak kereta hanya disediakan di tempat-tempat terpencil/tersembunyi di tengah-tengah bandar dan masa operasi setiap hari yang tidak langsung mesra pengguna untuk membuat bayaran.

Oleh yang demikian, diharapkan pihak kerajaan meniliti semula kadar surcaj ini agar ianya lebih berbentuk mendidik, bukan bersifat menindas seperti yang diamalkan oleh sesetengah PBT sekarang ini.

Atas dasar prihatin kerajaan dan dengan slogan rakyat didahulukan sekarang ini, sepatutnya unsur-unsur penindasan yang berselindung di sebalik denda lewat bayar perlu dielakkan. Mohon campurtangan kerajaan pusat agar kadar surcaj bayaran tempat letak kereta yang dikenakan oleh PBT ini dikaji semula.

Pada kesempatan ini juga, ucapan setinggi tahniah kepada PBT yang mengambil pendekatan lebih berhemah malah ada yang bijak mengurus kewangan PBT di mana di antaranya yang langsung tidak mengenakan sebarang bayaran tempat letak kereta sebagai hasil pendapatan PBT berkaitan.

By: Aiza Suhana

Warga Kemaman diseru boikot kedai cekik darah

Warga Kemaman di saran memboikot kedai makan atau restoran mengenakan harga cekik darah atau melampau bagi mengelakkan pengguna terus ditindas sementara peniaga menikmati untung berlipat ganda.

Kakitangan swasta, Habibah Habib Ibrahim Maleek, 47, berkata, tinda-kan memboikot adalah langkah terbaik bagi menyedarkan peniaga supaya lebih berperikemanusiaan dan tidak meletakkan harga tidak masuk akal terutama untuk makanan bermasak dan minuman.

“Sebagai orang Terengganu, saya akui harga makanan di negeri ini sangat mahal lebih-lebih lagi di Kemaman yang juga daerah pengeluar dan pemproses minyak serta gas.

“Tetapi peniaga perlu ingat bukan semua penduduk daerah ini kerja dalam sektor minyak dan gas, tidak wajarlah harga makanan yang bermasak terlalu melampau sedangkan apa yang dimakan tidak berpadanan dengan wang yang dibayar,” katanya.

Habibah Habib turut mengakui pernah menjadi mangsa apabila dikenakan bayaran sebanyak RM7.80 untuk nasi campur yang dibelinya di gerai hadapan Muzium Daerah Kemaman di Jalan Sulaimani, Chukai bersebelahan dengan Hentian Teksi Chukai.

“Waktu itu saya ambil nasi putih, ayam goreng dan sedikit tempe goreng.

“Terkejut saya bila harganya RM7.80 sedangkan ayam goreng hanya bersaiz kecil dan tempe yang diambil juga dalam kuantiti sedikit. Kalau saya ambil lauk sedemikian di kedai makan lain harganya hanya sekitar RM5.

Habibah berkata, banyak lagi kedai makan di daerah ini yang menjual dengan harga mahal sehingga ada yang makan cuma dua orang tetapi harganya melebihi RM30.

“Namun, masih ada pengguna yang pergi ke kedai itu. Kalau kita semua bersepakat boikot, peniaga akan serik,” katanya mengulas mengenai tajuk ‘Harga Cekik Darah’ yang menyentuh mengenai harga makanan di Terengganu antara paling mahal di Malaysiayang disiarkan muka depan Sinar Harian tiga hari lalu.

Sementara itu, penjawat awam, Ahmad Arshad Mat Ali, 36, turut berkongsi pe-ngalamannya yang perlu membayar sebanyak RM52.30 untuk tiga orang makan di restoran di Kerteh sedangkan beberapa lauk sahaja diminta.

“Harga dikenakan tidak munasabah. Kadangkala di restoran atau kopitiam air suam dikenakan harga sehingga lebih RM1mengalahkan harga di hotel lima bintang. Mangsanya adalah kita,” katanya.

By: anak kemaman

Disko di Kuala Terengganu yang berselindung di sebalik nama kopitiam

Aduan ini dituju khusus kepada pihak PDRM/Majlis Bandaraya Kuala Terengganu/Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu.Berhubung dengan tajuk diatas, saya terpanggil untuk membuat lapuran ini kerana terasa beramanah dan amat kecewa terhadap orang melayu, remaja lelaki dan wanita serta pelanggan veteran yang lupa diri berpoya-poya di pusat hiburan yang telah lama wujud itu.

Sehingga kini DISKO itu berjaya mengaburi pandangan pihak berkuasa kerana beroperasi menggunakan nama KOPITIAM di pusat Bandaraya Kuala terengganu yang mana hidangan utamanya ialah minuman keras, musik disko yang rancak serta tarian-tarian mengiurkan oleh GRO serta golongan LGBT yang di upah pemilik premis DISKO itu. Premis DISKO itu beroperasi seawal 11 pagi dan waktu kemuncaknya bermula 10 malam sehingga lewat pagi. Di situ kita boleh melihat orang melayu islam yang antaranya:

  • Meminum minuman keras dengan secara terbukanya lelaki serta wanita.
  • Menari seperti histeria tanpa segan silu dan adakalanya tarian yang mengghairahkan dipertonton oleh GRO, kaum LGBT serta remaja lelaki/perempuan yang masih di bawah umur.
  • Penjualan pil-pil khayal/ectasy yang terbuka dan berleluasa serta sering berlaku pergaduhan sesama sendiri.

Apa yang di beritahu kepada para pelanggan, premis DISKO itu tidak di pedulikan atau di pantau kerana hanya di anggap menjalankan perniagaan kedai kopi sahaja. Sebenarnya KOPITIAM DISKO itulah punca utama kepada peningkatan gejala sosial di Bandaraya Kuala Terengganu sejak dari dulu lagi.

Sehubungan dengan itu saya memohon jasa baik dari pihak berkuasa khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama negeri Terengganu dan pihak PDRM supaya dapat mengambil tindakan yang sewajarnya keatas KOPITIAM DISKO serta pelanggan bangsa melayu yang mengunjungi pusat hiburan tersebut sepertimana yang dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama di negeri-negeri lain.

Kerjasama dari pihak Dato/Tuan/Puan amat kami harapkan demi memastikan keruntuhan akhlak dan moral bangsa melayu Terengganu dapat di bendung supaya tidak di ketawakan serta di permainkan bangsa lain.

Sekian aduan saya;

Penyu Menanggis

By: roslan

Jabatan Agama Islam Terengganu tidak ambil tindakan

Assalamualaikum W.B.T

Di sini saya ingin menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Jabatan Agama Islam Terengganu. Sudah beberapa kali saya membuat aduan mengenai maksiat yang berleluasa di negeri ini tetapi masih tidak ada sebarang tindakan. Cakap nak cegah maksiat, tetapi bila orang buat aduan lansung tiada tindakan.

Baru-baru ini saya ada membuat beberapa laporan tentang suami saya yang selalu menghabiskan masa bersama pelacur dan minum minuman yang memabukkan di sebuah permis karaoke di sekitar sini. Suatu hari tu, saya pernah survey suami saya di sana. Sebagai seorang Islam, alangkah terkejutnya saya apabila mendapati ramai orang seagama asyik dengan minuman syaitan itu. Tidak cukup dengan itu, mereka juga mnelanggan pelacur-pelacur di situ. Tetapi hingga sekarang masih tiada tindakan yang sewajarnya.

Sila adukan permasalahan ini kepada pihak yang berkenaan supaya maksiat di negeri Terengganu tidak akan terus berleluasa kerana memang sudah tugas sebagai umat Islam untuk mencegah maksiat.

By: farah

Kenyataan Pengarah JPJ Terengganu Keterlaluan

Pengarah PJP Terengganu di dalam akhbar Sinar Harian pada hari ini iaitu 21 April 2012 bertajuk ” Operasi JPJ Rumah Ke Rumah” (mukasurat 7). Di dalam kenyataan beliau menyatakan JPJ Terengganu akan membuat pemeriksaan kenderaan di rumah-rumah, kediaman dan pejabat bagi mengesan pengguna yang melakukan kesalahan.

Pada saya kenyataan dan arahan ini SANGAT KETERLALUAN dalam menguatkuasakan undang-undang di Malaysia. Walaupun dirasakan niat JPJ adalah baik untuk mengurangkan kesalahan lalu lintas rakyat di Malaysia tetapi kaedah ‘MENCARI KESALAHAN’ sampai rumah ke rumah adalah langkah terkebelakang, mundur dan terdesak untuk menaikkan nama sendiri sebagai pengarah JPJ Terengganu dan menyusahkan rakyat Terengganu. Kuasa undang-undang yang ada pada jabatan kerajaan sepatutnya tidak salah digunakan untuk menekan rakyat kerana kesalahan yang dinyatakan oleh pengarah JPJ Terengganu bukannya kesalahan membunuh orang tetapi kesalahan menggunakan cermin gelap dan ubahsuai kenderaan.

Sekiranya kesalahan yang dicari sememangnya berjuta kesalahan boleh diperolehi tetapi kalau pendekatan berhemah digunakan selain dari penguatkuasaan adalah lebih baik. Sepatutnya JPJ Terengganu perlu pendekatan lebih berhemah seperti turun padang ke masyarakat untuk membetulkan kesalahan namun bukannya pergi ke rumah menyaman orang ramai. Saya merasakan pendekatan yang dinyatakan oleh pengarah JPJ Terengganu adalah tidak wajar dan membuatkan rakyat benci kepada kerajaan dari hari ke hari disebabkan kenyataan oleh seorang pengarah jabatan yang tidak berpandangan jauh seperti ini.

By: nazli

Masalah gejala sosial di Kuala Terengganu

Aduan ini dituju kepada pihak Polis/Majlis Bandaraya Kuala Terengganu/Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu.Berhubung dengan tajuk diatas. Saya sebagai rakyat negeri terengganu ingin membuat aduan diatas rasa prihatin terhadap remaja-remaja dan anak-anak negeri terengganu yang mana aduan saya adalah berkaitan dengan pusat hiburan di kawasan Kuala terengganu yang mana dimonopoli oleh anak bangsa melayu yang beragama islam.

Saya telah mengunjungi pusat hiburan tersebut dan terkejut melihat situasi yang ada dalam pusat hiburan tersebut. Antaranya adalah:

  1. Anak bangsa melayu minum minuman keras dengan secara terbukanya
  2. Lelaki dan perempuan menari bersama tanpa segan silu dan adakalanya tarian yang mengghairahkan dipertonton oleh remaja-remaja perempuan.
  3. Penjualan pil-pil khayal/ectasy yang terbuka dan berleluasa.
  4. Penjaga merupakan orang melayu.
  5. Sentiasa berlaku pergaduhan di tempat tersebut.
  6. tidak menghormati malam jumaat kerana pada malam jumaat premis tersebut tetap beroperasi.

Saya percaya tempat ini adalah merupakan salah satu faktor peningkatan gejala sosial di negeri Terengganu, sehubungan dengan itu saya memohon jasa baik dari pihak berkuasa khususnya Jabatan Hal Ehwal Agama negeri Terengganu dan pihak polis atas dasar prihatin dan tanggungjawap terhadap remaja-remaja kita supaya dapat mengambil tindakan yang sewajarnya keatas pusat hiburan tersebut serta pengunjung yang mengunjungi pusat hiburan tersebut sepertimana yang dilakukan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama di negeri-negeri lain. Kerjasama dari pihak Dato/tuan/Puan/en amat saya hargai.

Sekian aduan saya

By: Zaha

Pensyarah PSMZA tidak relevan

Salam 1 Malaysia,

Saya selaku salah seorang pelajar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun Terengganu. Saya ingin meluahkan rasa tidak puas hati saya dengan sikap segelintir pensyarah yang bersikap seperti guru sekolah. Saya mengatakan begini kerana:

  1. Sering memaki hamun pelajar di depan khalayak ramai walaupun pelajar tersebut hanya melakukan kesilapan kecil seperti baju tidak dimasukkan kedalam seluar (tuck in) dengan kemas.
  2. Pernah beberapa kali saya melihat pelajar dipaksa mencabut rumput di depan kelas atas kesalahan yang tidak diketahui.
  3. Seorang pensyarah ini telah merampas telefon bimbit pelajar di kelas dengan meminta secara kasar atas alasan pelajar tersebut tidak bersikap sopan kerana bermain SMS ketika pensyarah sedang mengajar. Padahal pensyarah yang sepatutnya masuk ketika itu belum lagi masuk. Kemudian pensyarah tersebut melihat isi kandungan telefon tersebut lalu berkata kepada pelajar di kelas yang diajarinya “Saya berani cakap perempuan ini tiada dara lagi“.
  4. Spotcheck rambut, pakaian, stoking, dan baju dalam pelajar sering diadakan pada setiap bulan. Khabarnya akan ada spotcheck perdana pada bulan ini.
  5. Saya pernah dimaki oleh seorang pensyarah kerana berbual dengan pelajar berlainan jantina ketika sedang beratur menunggu giliran di mesin ATM di hadapan PSMZA.
  6. Menghisap rokok secara terbuka dalam kawasan PSMZA.
  7. Segelintir pensyarah yang berasal dari pantai timur bersikap berat sebelah dengan memberi layanan buruk kepada pelajar yang bukan berasal dari pantai timur.
  8. Terdapat pensyarah yang memberikan markah penilaian berterusan(PB) yang amat tidak relevan kepada pelajar yang digemari dan dibencinya.

Tidakkah pensyarah-pensyarah ini sedar tindakan ini akan mengakibatkan para pelajar tertekan kerana dimalukan di khalayak ramai. Patutkah aktiviti spotcheck ini diteruskan lagi? Walhal ketika zaman sekolah, kebanyakan pelajar telah menempuhi zaman spotcheck-spotcheck ini dan saya masih lagi trauma akibat dibotakkan kepala oleh guru saya di khalayak ramai ketika zaman persekolahan saya dahulu.

Politeknik lain tidak pula mengamalkan peraturan begini, lihat sahaja di Politeknik Ungku Omar(PUO) dan Politeknik Shah Alam(PSA). Bagaimanakah pemakaian pelajarnya? Mungkinkah PSMZA ini berada di bawah kementerian yang berbeza? Tidak bolehkah pelajar-pelajar ditegur dengan cara baik? Mengapakah diperlakukan seperti pelajar-pelajar juvana? Saya memang tiada bukti untuk menuduh demikian, tetapi jika anda menjadi pelajar PSMZA, anda mungkin akan mengakui beberapa perkara daripada 8 perkara yang saya nyatakan diatas.

Mengapalah pensyarah bersikap demikian. Sepatutnya para pensyarah berusaha untuk memperbaiki dan menaikkan semangat pelajar untuk terus menuntut ilmu. Bukannya melunturkan dan melemahkannya. Pelajar politeknik mungkin tidak di pandang tinggi berbanding pelajar universiti. Tetapi mereka juga insan yang bergelar manusia. Manusia ini punyai hati dan perasaan. Kalaulah hal ini tejadi kepada saudara-mara mereka pasti mereka akan marah juga.

Pensyarah-pensyarah ini lebih baik mengajar di sekolah sahaja jika ingin bersikap demikian. Pelajar politeknik juga setaraf dengan pelajar di IPTA lain, maka layanan terhadap pelajar politeknik juga harus setaraf dengan pelajar IPTA.

Saya amat berduka cita terhadap situasi ini. Diharap setelah terpaparnya aduan saya ini, maka akan ada perubahan terhadap situasi di PSMZA yang saya cintai ini.

      “Our problems are man-made, therefore they may be solved by man. No problem of human destiny is beyond human beings.
-John F. Kennedy-

By: Osman

Bunyi bising dari rumah burung walet

Saya penghuni Taman Che Ngah, Ajil, Terengganu. amat tidak berpuas hati terhadap pemilik premis kedai yang dijadikan tempat sarang burung walet yang hanya 6 meter dari kediaman, mengluarkan bunyi yang membingitkan bermula seawal  sehingga 8.00 malam setiap hari.

Sikap tidak bertimbang rasa terhadap jiran tetangga di atas kebisisngan yang amat sangat datang daripada pembesar suara memanggil burung. Ia menggangu istirehat dan memggangu konsentrasi anak-anak mengulangkaji. Disebabkan pencemeran bulu dan tahi burung yang sering terkena kenderan dan jemuran baju diluar yang terpaksa membasuh berulang kali.

Aduan kepada penguasa tempat sudah dibuat tetapi tiada perubahan malah semaking bertambah premis dijadikan tempat sarang burung walet. Megaapa pemilik permis ini boleh buat sesuka-hati tanpa rasa bersalah dan kesalan di atas kacau dan ganggu yang diwujudkannya.

Saya dan penhuni taman ini minta kepada pihak yang berkenaan tolong ambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik premis kerana mewujud ketidakselesaan (pencemaran bunyi) ini dan hanya petingkan diri sendiri, hilang rasa homat dan tidak bertimbang rasa.

By: Taman Che Ngah, Ajil, Terengganu

Harga barang basah di Dungun terlalu mahal

Saya ingin membuat aduan barang-barang makan terutama barang basah seperti ayam di Dungun terlalu mahal berbanding dengan harga di daerah lain. Terutama jika dibandingkan dengan daerah negeri lain seperti daerah Kuantan, Pahang di mana harga barangnya lebih terkawal.

Dengan ini diharap pihak berkenaan dapat membuat pemantauan dan penyiasatan mengenai masalah yang telah lama dihadapi oleh warga Dungun.  Perkara ini sentiasa berlaku terutama apabila ada pengumuman kenaikan gaji dibuat. Walaupun gaji belum naik tetapi harga telah dinaikkan oleh sesetengah peniaga.

Sekian, harap maklum.

By: kamal

Transnasional, syarikat tidak bertanggungjawab!

Saya ingin buat aduan bagi pihak kakak ipar saya. Pada 13/10/2011, saya telah beli tiket bas Transnasional dari Kuala Terengganu ke Singapura. Beliau telah menaiki bas WPG 9206, trip ID TT042, naik di H Baru MPKT dan turun di H. Lavender Street.Harga tiketnya ialah RM44 dan Entry Singapore RM15.

Malangnya apabila tiba di Terminal Larkin, Johor Bahru, beliau disuruh turun dari bas tersebut tanpa diberi apa-apa penjelasan. Dia kemudiannya diberitahu bahawa bas itu tidak akan masuk ke Singapura. Kakak ipar saya terpaksa cari bas sendiri untuk balik ke Singapura dengan membawa bagasi-bagasi beratnya. Beliau TIDAK dibantu untuk mencari bas ke Singapura langsung oleh pihak Transnasional.

Beliau seorang warga emas yang tidak fasih dalam Bahasa Malaysia dan sangat jarang melancong luar dari Singapura. Tambahan pula, beliau tidak menggunakan telefon bimbit. Ini menimbulkan keresahan bukan sahaja kepada pihak kami tetapi juga kepada anak beliau yang sedang menunggu emaknya di Singapura. Kita TIDAK hubungi beliau dan TIDAK tahu apa yang berlaku. Perjalanan beliau mengambil masa lebih 13 jam untuk sampai ke rumah.

Saya telah telefon ke bahagian aduan Transnasional untuk buat aduan. Saya cuma dapat jawapan : sudah panjangkan ke pihak atasan; saya minta maaf bagi pihak Transnasional; boleh tuntut gantirugi tetapi kena ke Terminal Larkin, Johor untuk membuatnya; Itu sahaja jawapan yang saya dapat. SAYA MEMENG TIDAK PUAS HATI!

SAYA TELAH HILANG KEPERCAYAAN KEPADA TRANSNASIONAL!!! SYARIKAT YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB!!!

By: TCH

Keadaan sosial yang semakin meruncing

Melihat kepada zaman yang mencabar dan ummat manusia mula leka dan lalai kepada perintah Allah s.w.t. Saya ingin memberi cadangan agar pihak berkuasa dapat meletakkan papan tanda yang mengandungi ayat-ayat peringatan berunsur agama untuk mencegah ummat islam daripada melakukan maksiat ditempat-tempat panas.

Pada pandangan saya, ini sangat perlu memandangkan keadaan sosial masa kini yang semakin meruncing dan membimbangkan. Di samping itu, saya mencadangkan agar pihak berkuasa juga dapat meletakkan nombor pegawai untuk dihubungi jika ada yang ingin melaporkan kegiatan yang meruntuhkan akhlak dan mencemarkan agama supaya dapat bertindak segera untuk membendung masalah ini sebelum ianya menjadi lebih parah.

Kes-kes buang bayi dan mengandung anak luar nikah semakin meningkat. Sebagai seorang yang beragama Islam, saya berasa bertanggungjawab dan diharapkan sesuatu dapat dilaksanakan. Semoga Allah melindungi kita dari azab dan bencana.

By: Man Milo

Maklumbalas Konvokesyen PSMZA kali ke-8

Assalamualaikum w.b.t, kepada bekas graduan PSMZA yang menghadiri majlis istiadat konvokesyen kali ke 8.

Saya sebagai Yang Dipertua Pelajar PSMZA sesi JUN 2011 ingin menyatakan bahawa di PSMZA telah banyak menyediakan kemudahan semasa istiadat konvkesyen kali ke 8, seperti dewan besar untuk majlis penyampaian sijil sebagai garduan politeknik,dan pihak politeknik juga menyediakan jubah konvo untuk penampilan seorang pelajar yang akan bergelar garduan PSMZA, pihak politeknik juga menyediakan 2 kanopi untuk tempat sesi fotografi, dan pihak politeknik juga telah menyediakan gerai jualan barang-barang kepada keluarga dan juga kepada pelajar sendiri untuk membeli barang-barang cenderahati dan juga hadiah sebagai kenangan untuk diberikan kepada anak mereka kerana telah berjaya menghabiskan pelajaran di politeknik dan juga berjaya mendapatkan sijil/diploma.

Untuk pengetahuan pihak tuan, bahawasanya dewan adalah terhad kepada ibubapa untuk memasuki dewan, kerana telah ditetapkan oleh pihak pengurusan yang mana seorang graduan hanya dibenarkan 1 orang wakil sahaja untuk setiap keluarga dan pihak pengurusan politeknik tidak menghampakan kepada ibubapa yang tidak dapat memasuki dewan untuk melihat anaknya mendapatkan segulung sijil/diploma. Oleh itu, pihak pengurusan menyediakan skrin paparan video yang berlaku didalam dewan besar, jadi kepada ibubapa yang tidak dapat masuk beliau dapat melihatnya di skrin tv yang disediakan di kantin psmza.

Bagi masalah pengambilan jubah pula, kebanyakkan dikalangan graduan tidak sabar dan pentingkan diri sendiri. Memang tidak dinafikan bahawa jumlah pelajar yang akan mendapatkan jubah seramai 700 orang, jadi jika anda semua bertolak ansur dan bertimbang rasa serta menghormati ajk pembahagian jubah yang bertugas pada hari kejadian perkara yang sedemikian seperti bergaduh, tolak menolak dan sabagainya tidak akan berlaku. Masalah yang timbul semasa mengambil jubah juga berlaku dari kesilapan anda sendiri. Jangan salahkan pihak pengurusan jika diri sendiri yang bersalah, pihak pengurusan telah membuat yang terbaik untuk anda semua, tolong hargai penat lelah orang dan tolong hargai jasa-jasa pihak pengurusan, pensyarah dan ajk yang bertugas. Semua ini kami lakukan untuk kemudahan kepada pelajar yang bergelar graduan Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin.

Jika ada salah dan silap pihak pengurusan, sila adukan ke saluran yang betul, seperti mengisi borang aduan dan tidak puas hati anda dan insyallah pihak pengurusan akan memperbetulkan kesilapan yang berlaku dan penambahbaikan untuk konvokesyen yang seterusnya.

“Janganlah kita sesekali membuka aib dan kesilapan orang didunia, kerana tuhan akan membuka aib kita dunia ,dan jika kita menutupi aib orang didunia,maka allah akan menutupi abnya di dunia dan akhirat.” (Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud dan Tirmizi).

By: YDP PSMZA SESI JUN 2011

Pemandu bas yang tidak bertanggungjawab.

Sudah ditetapkan di dalam peraturan jalanraya, bahawa memotong di garisan berkembar adalah salah. Datuk serta nenek saya adalah antara mangsa kepada pemandu bas yang tidak bertanggunjawab yang memotong motosikal mereka di laluan garisan berkembar. Sudahlah mereka dilanggar, ditinggalkan pula di tepi jalan, tidak dihiraukan sehingga ada pekerja yang membaiki jalan di tempat berhampiran menolong mereka.nasib baik mereka tidak tercampak ke dalam sungai  berhampiran tempat mereka dilanggar.

Apalah sangat cara orang tua menuggang motosikal jikalau hendak dibandingkan dengan remaja. Bila mahu membuat aduan polis, pihak polis enggan menerima aduan kerana ketiadaan no plat bas tersebut. Di manakah tanggungjawab pihak polis yang sepatutnya menjaga keselamatan rakyat? Adakah ini sepatutnya yang berlaku apabila keadilan ingin ditegakkan?

Saya sebagai cucu kepada mangsa merasakan ktidakadilan telah berlaku kepada warga emas negara ini. Kepada pemilik syarikat bas SP BUMI, sila pastikan pemandu bas anda cukup berpengalaman dan cekap serta berhati-hati apabila memandu bas. Sudahlah tidak berhati-hati, malahan tiada hati perut langsung. Hanya mementingkan diri sendiri. Saya mahukan keadilan ditegakkan. Jika tidak, bagaimana kadar kemalangan di jalanraya dapat dikurangkan. Jika hari ini, datuk dan nenek saya, esok lusa, siapa lagi yang akan jadi mangsa?

By: fifa