Posts Tagged ‘Terengganu’
Kadar Surcaj Bayaran Tempat Letak Kereta PBT Perlu Dikaji Semula
Sebagai rakyat yang mempunyai hak untuk bersuara, diharapkan pihak kerajaan mengkaji semula kadar surcaj bayaran tempat letak kereta yang dikenakan oleh sesetengah Pihak Berkuasa Tempatan ( PBT ) yang terlalu membebankan rakyat seolah-olah menjadikan ia sebagai jalan untuk mengaut keuntungan mudah PBT terbabit.
Surcaj yang dikenakan, memang keterlaluan dan berkali-kali ganda lebih mahal daripada kadar asal walaupun lewat bayar hanya seminggu. Sebagai contoh, kadar bayaran tempat letak kereta sejam yang dikenakan oleh Majlis Daerah Besut, Terengganu iaitu RM 0.30 sejam. Jika ia lewat dibayar lebih daripada seminggu kadar tersebut akan menjadi RM2.00 sejam dan jika lewat dibayar lagi kadar surcaj akan meningkat kepada RM2.30 sejam seterusnya RM 10.30 sejam.
Warga Kemaman diseru boikot kedai cekik darah
Warga Kemaman di saran memboikot kedai makan atau restoran mengenakan harga cekik darah atau melampau bagi mengelakkan pengguna terus ditindas sementara peniaga menikmati untung berlipat ganda.
Kakitangan swasta, Habibah Habib Ibrahim Maleek, 47, berkata, tinda-kan memboikot adalah langkah terbaik bagi menyedarkan peniaga supaya lebih berperikemanusiaan dan tidak meletakkan harga tidak masuk akal terutama untuk makanan bermasak dan minuman.
Disko di Kuala Terengganu yang berselindung di sebalik nama kopitiam
Aduan ini dituju khusus kepada pihak PDRM/Majlis Bandaraya Kuala Terengganu/Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu.Berhubung dengan tajuk diatas, saya terpanggil untuk membuat lapuran ini kerana terasa beramanah dan amat kecewa terhadap orang melayu, remaja lelaki dan wanita serta pelanggan veteran yang lupa diri berpoya-poya di pusat hiburan yang telah lama wujud itu.
Sehingga kini DISKO itu berjaya mengaburi pandangan pihak berkuasa kerana beroperasi menggunakan nama KOPITIAM di pusat Bandaraya Kuala terengganu yang mana hidangan utamanya ialah minuman keras, musik disko yang rancak serta tarian-tarian mengiurkan oleh GRO serta golongan LGBT yang di upah pemilik premis DISKO itu. Premis DISKO itu beroperasi seawal 11 pagi dan waktu kemuncaknya bermula 10 malam sehingga lewat pagi. Di situ kita boleh melihat orang melayu islam yang antaranya: Read the rest of this entry »
Jabatan Agama Islam Terengganu tidak ambil tindakan
Assalamualaikum W.B.T
Di sini saya ingin menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Jabatan Agama Islam Terengganu. Sudah beberapa kali saya membuat aduan mengenai maksiat yang berleluasa di negeri ini tetapi masih tidak ada sebarang tindakan. Cakap nak cegah maksiat, tetapi bila orang buat aduan lansung tiada tindakan.
Baru-baru ini saya ada membuat beberapa laporan tentang suami saya yang selalu menghabiskan masa bersama pelacur dan minum minuman yang memabukkan di sebuah permis karaoke di sekitar sini. Suatu hari tu, saya pernah survey suami saya di sana. Sebagai seorang Islam, alangkah terkejutnya saya apabila mendapati ramai orang seagama asyik dengan minuman syaitan itu. Tidak cukup dengan itu, mereka juga mnelanggan pelacur-pelacur di situ. Tetapi hingga sekarang masih tiada tindakan yang sewajarnya.
Kenyataan Pengarah JPJ Terengganu Keterlaluan
Pengarah PJP Terengganu di dalam akhbar Sinar Harian pada hari ini iaitu 21 April 2012 bertajuk ” Operasi JPJ Rumah Ke Rumah” (mukasurat 7). Di dalam kenyataan beliau menyatakan JPJ Terengganu akan membuat pemeriksaan kenderaan di rumah-rumah, kediaman dan pejabat bagi mengesan pengguna yang melakukan kesalahan.
Pada saya kenyataan dan arahan ini SANGAT KETERLALUAN dalam menguatkuasakan undang-undang di Malaysia. Walaupun dirasakan niat JPJ adalah baik untuk mengurangkan kesalahan lalu lintas rakyat di Malaysia tetapi kaedah ’MENCARI KESALAHAN’ sampai rumah ke rumah adalah langkah terkebelakang, mundur dan terdesak untuk menaikkan nama sendiri sebagai pengarah JPJ Terengganu dan menyusahkan rakyat Terengganu. Kuasa undang-undang yang ada pada jabatan kerajaan sepatutnya tidak salah digunakan untuk menekan rakyat kerana kesalahan yang dinyatakan oleh pengarah JPJ Terengganu bukannya kesalahan membunuh orang tetapi kesalahan menggunakan cermin gelap dan ubahsuai kenderaan.
Masalah gejala sosial di Kuala Terengganu
Aduan ini dituju kepada pihak Polis/Majlis Bandaraya Kuala Terengganu/Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Terengganu.Berhubung dengan tajuk diatas. Saya sebagai rakyat negeri terengganu ingin membuat aduan diatas rasa prihatin terhadap remaja-remaja dan anak-anak negeri terengganu yang mana aduan saya adalah berkaitan dengan pusat hiburan di kawasan Kuala terengganu yang mana dimonopoli oleh anak bangsa melayu yang beragama islam.
Saya telah mengunjungi pusat hiburan tersebut dan terkejut melihat situasi yang ada dalam pusat hiburan tersebut. Antaranya adalah: Read the rest of this entry »
Pensyarah PSMZA tidak relevan
Salam 1 Malaysia,
Saya selaku salah seorang pelajar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun Terengganu. Saya ingin meluahkan rasa tidak puas hati saya dengan sikap segelintir pensyarah yang bersikap seperti guru sekolah. Saya mengatakan begini kerana:
- Sering memaki hamun pelajar di depan khalayak ramai walaupun pelajar tersebut hanya melakukan kesilapan kecil seperti baju tidak dimasukkan kedalam seluar (tuck in) dengan kemas.
- Pernah beberapa kali saya melihat pelajar dipaksa mencabut rumput di depan kelas atas kesalahan yang tidak diketahui.
- Seorang pensyarah ini telah merampas telefon bimbit pelajar di kelas dengan meminta secara kasar atas alasan pelajar tersebut tidak bersikap sopan kerana bermain SMS ketika pensyarah sedang mengajar. Padahal pensyarah yang sepatutnya masuk ketika itu belum lagi masuk. Kemudian pensyarah tersebut melihat isi kandungan telefon tersebut lalu berkata kepada pelajar di kelas yang diajarinya “Saya berani cakap perempuan ini tiada dara lagi“.
- Spotcheck rambut, pakaian, stoking, dan baju dalam pelajar sering diadakan pada setiap bulan. Khabarnya akan ada spotcheck perdana pada bulan ini.
- Saya pernah dimaki oleh seorang pensyarah kerana berbual dengan pelajar berlainan jantina ketika sedang beratur menunggu giliran di mesin ATM di hadapan PSMZA.
- Menghisap rokok secara terbuka dalam kawasan PSMZA.
- Segelintir pensyarah yang berasal dari pantai timur bersikap berat sebelah dengan memberi layanan buruk kepada pelajar yang bukan berasal dari pantai timur.
- Terdapat pensyarah yang memberikan markah penilaian berterusan(PB) yang amat tidak relevan kepada pelajar yang digemari dan dibencinya.
Bunyi bising dari rumah burung walet
Saya penghuni Taman Che Ngah, Ajil, Terengganu. amat tidak berpuas hati terhadap pemilik premis kedai yang dijadikan tempat sarang burung walet yang hanya 6 meter dari kediaman, mengluarkan bunyi yang membingitkan bermula seawal sehingga 8.00 malam setiap hari.
Sikap tidak bertimbang rasa terhadap jiran tetangga di atas kebisisngan yang amat sangat datang daripada pembesar suara memanggil burung. Ia menggangu istirehat dan memggangu konsentrasi anak-anak mengulangkaji. Disebabkan pencemeran bulu dan tahi burung yang sering terkena kenderan dan jemuran baju diluar yang terpaksa membasuh berulang kali.
Harga barang basah di Dungun terlalu mahal
Saya ingin membuat aduan barang-barang makan terutama barang basah seperti ayam di Dungun terlalu mahal berbanding dengan harga di daerah lain. Terutama jika dibandingkan dengan daerah negeri lain seperti daerah Kuantan, Pahang di mana harga barangnya lebih terkawal.
Dengan ini diharap pihak berkenaan dapat membuat pemantauan dan penyiasatan mengenai masalah yang telah lama dihadapi oleh warga Dungun. Perkara ini sentiasa berlaku terutama apabila ada pengumuman kenaikan gaji dibuat. Walaupun gaji belum naik tetapi harga telah dinaikkan oleh sesetengah peniaga.
Transnasional, syarikat tidak bertanggungjawab!
Saya ingin buat aduan bagi pihak kakak ipar saya. Pada 13/10/2011, saya telah beli tiket bas Transnasional dari Kuala Terengganu ke Singapura. Beliau telah menaiki bas WPG 9206, trip ID TT042, naik di H Baru MPKT dan turun di H. Lavender Street.Harga tiketnya ialah RM44 dan Entry Singapore RM15.
Malangnya apabila tiba di Terminal Larkin, Johor Bahru, beliau disuruh turun dari bas tersebut tanpa diberi apa-apa penjelasan. Dia kemudiannya diberitahu bahawa bas itu tidak akan masuk ke Singapura. Kakak ipar saya terpaksa cari bas sendiri untuk balik ke Singapura dengan membawa bagasi-bagasi beratnya. Beliau TIDAK dibantu untuk mencari bas ke Singapura langsung oleh pihak Transnasional.





