Posts Tagged ‘Temuduga’
Graduan TESL UITM Sabah 2011 masih menunggu
Saya graduan TESL dari Universiti Teknologi Mara UiTM Cawangan Sabah yang telah tamat pengajian pada Mei 2011, masih menunggu sessi temuduga dari KPM dan SPP. Graduan seperti kami telah tercicir dan lansung tidak dipedulikan oleh KPM. Saya telah menerima surat dari KPM sebanyak 4 x, mengatakan bahawa tidak ada kekosongan untuk opsyen guru bahasa Inggeris setakat ini. Bagaimana mungkin ini terjadi, SPP telah membuka sessi temuduga untuk graduan 2012, bahkan guru opsyen bahasa Inggeris turut dibuka? mengapa kami graduan yang telah lama tamat pengajian dipinggirkan berbanding graduan yang baru tamat pengajian?
Saya merayu kepada KPM, tolong perhatikan masalah saya dan kawan2 yang masih meletakkan harapan unutk menjadi seorang guru. Berilah kami peluang untuk di temuduga. Saya sejujurnya belum pernah menerima apa2 panggilan temuduga guru dari KPM mahupun SPP.
Masih belum dapat penempatan di sekolah kerajaan
Saya adalah bekas pelajar Universiti Tun Abdul Razak tahun 2008 yang mengambil jurusan pendidikan. Masalahnya sekarang, saya sudah pergi temuduga yang di panggil sebanyak 2 kali dan temuduga kali ke-2 telah berjaya. Tetapi sehingga kini saya masih belum lagi dapat penempatan di sekolah kerajaan.
Saya hanya diberikan jawapan TUNGGU sahaja walaupun saya telah turun naik di Putrajaya untuk menguruskan masalah ini. Saya bukannya orang semenanjung yang begitu dekat untuk datang selalu ke Putrajaya.
Guru PJJ KPM/OUM masih tidak dibela
BATU PAHAT: Seramai 5,500 graduan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk 4,500 lepasan institusi pengajian tinggi awam (IPTA) yang berjaya pada temuduga antara Januari hingga Mac lalu akan ditempatkan di sekolah seluruh negara, mulai bulan ini.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata surat tawaran penempatan kepada semua graduan berkenaan yang sebelum ini dilantik sebagai guru interim (guru sementara) itu sedang diagihkan.
Skim baru bomba menjatuhkan maruah anggota bomba
SKIM perkhidmatan kakitangan bomba pernah disifatkan oleh sebuah akhbar sebagai skim yang kelam-kabut. Memang benar skim perkhidmatan itu memang kelam-kabut, malah menjatuhkan maruah anggota.
Di sini saya akan jelaskan apa yang dikatakan kelam-kabut serta menjatuhkan maruah anggota. Rata-rata dikatakan skim ini hanya memberi keuntungan kepada pihak atasan. Jika dulu jawatan Ketua Pengarah bukan JUSA tetapi dengan skim baru ini Ketua Pengarah bergelar JUSA.
KPM Jangan Diskriminasi Graduan Pendidikan Kolej Swasta
Amat kecewa kami para graduan Pendidikan Kolej Swasta melihat keyataan media ber ulang daripada YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI Merangkap MENTERI PELAJARAN MENGENAI Mengenai ISU PENEMPATAN GRADUAN PENDIDIKAN INSTITUT PENGAJIAN TINGGI AWAM di dalam laman web Kementerian Pendidikan Malaysia baru baru ini untuk kali ketiga sejak 2010.
Bahawa ” Bagi graduan IPTS, urusan temuduga dan pengambilan tidak dilaksanakan pada masa ini kerana KPM memberi keutamaan kepada graduan IPTA yang mana pengambilan mereka mengikuti bidang pendidikan yang telah diunjurkan lebih awal oleh KPM kepada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Graduan IPG pula diberi keutamaan disebabkan latihan mereka dalam bidang pendidikan adalah tajaan KPM. ”
Keputusan Ujian MEdSI tidak adil!
Saya adalah graduan diploma dari sebuah universiti pendidikan. Saya dan rakan-rakan graduan menghadapi masalah di mana kami tidak mendapat penempatan dalam menduduki Ujian MEdSI. Ujian MEdSI ini adalah amat penting bagi sesiapa yang ingin melanjutkan pelajaran dalam bidang pendidikan. Tanpa Ujian MEdSI ini kami tidak akan dapat penempatan di universiti yang mempunyai pendidikan.
Kami berasa tidak patut, hal ini kerana pihak MPM seharusnya memberi peluang kepada pelajar khususnya pelajar yang mempunyai asas pendidikan untuk menduduki ujian Medsi dan selepas itu barulah ditetapkan sama ada kami layak atau tidak untuk menduduki fasa seterusnya iaitu temuduga. Tindakan pihak MPM yang menolak permohonan kami secara mentah tanpa memberi peluang kepada kami untuk menduduki ujian medsi adalah tidak wajar sama sekali.
Kecewa dengan janji SPA dan KKM
Saya mewakili bakal pegawai farmasi PRP (Provisional Registered Pharmacy) yang kecewa dengan janji-janji Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kami telah menjalani temuduga dari bulan September 2011 lagi dan sehingga kini tiada surat lantikan atau surat penempatan diberikan.
Hal ini sangat mengecewakan kami kerana kami telah menunggu melebihi 5 bulan. Apabila kami berhubungan dengan pihak SPA mereka memberi janji bahawa surat lantikan akan dikeluarkan selepas sambutan tahun baru cina tetapi apa yang lebih mengecewakan kami adalah mereka baru pula memberitahu bahawa segala urusan pelantikan akan ditangguhkan kerana sistem saraan baru perkhidmatan awam (SBPA.
Apakah status bantuan kebajikan untuk adik OKU?
Saya adalah salah seorang kakak kepada adik OKU yang meminta bantuan kepada kerajaan. Saya bukan hendak memalukan kepada sesiapa tetapi saya terfikir di mana letaknya keperihatinan pusat yang menjaga kebajikan masyarakat. Saya faham, bukan adik saya seorang yang belum dapat bantuan. tapi tuan,puan fikirlah apa yang akan saya ceritakan.
Pada sekitar bulan april,saya,adik OKU dan mak saya pergi ke pejabat kebajikan untuk memohon bantuan yang cikgu adik OKU saya maklumkan bahawa adik saya layak meminta bantuan kerana dia sudah memegang kad OKU.
Alaun Imam Tarib
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia…
Saya seorang imam di salah sebuah Masjid diKuala Lumpur, saya ingin membuat aduan dan mintak tolong dipanjangkan kepada pihak berkenaan.
Saya ingin menarik perhatian pihak tuan setelah YAB DATO’ SRI PM umumukan kenaikan elaun imam seluruh negara saya salah seorang yang amat gembira dengan berita ini tetapi saya AMAT KECEWA setelah dilulus temuduga pada bulan Disember 2010 sehingga sekarang saya belum mendapat apa-apa.
Diploma Pengajar Vokasional Tiada CGPA dipinggirkan oleh SPA
Salam…
Sudah lama saya terpanggil untuk menyuarakan ketidakpuasanhati atau rasa terkilan dengan apa yang saya dan kawan-kawan alami.
Dahulu sebelum masuk ke Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST) kami menempuhi temuduga. Di dalam temuduga tersebut ada diantara pegawai Jabatan Tenaga Manusia (JTM) menjanjikan pekerjaan jawatan awam bagi kelulusan National Instructor Training Program (NITP). Namun mulai tahun 2001, pelajar NITP tidak lagi diserap bekerja dengan kerajaan sebaliknya perlu pohon melalui borang SPA8 (online). Atau lebih tepat lagi jika tiada kerja jadi penganggur.
Sudah 8 tahun saya dan rakan-rakan habis belajar Diploma Pengajar Vokasional namun SEKALI pun tidak pernah dipanggil temuduga jawatan Penolong Pegawai Latihan Vokasional (PPLV) dalam kursus yang tepat. Apa yang menyedih & mendukacitakan ialah, pelajar junior iaitu lepasan selepas kemasukkan 2005 (mempunyai cgpa) telah dipanggil temuduga berbanding lepasan kemasukkan 2001. Saya sendiri hubungi pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) berkenaan panggilan temuduga mereka mengatakan hanya menyenarai pendekkan lulusan Diploma dengan cgpa atas dari 3.50.





