JMB Mentari Court tidak bertanggungjawab

Saya adalah salah seorang penduduk yang sangat tidak berpuas hati dengan pihak JMB Mentari Court apartment Bandar sunway. Saya sudah menginap 5 tahun di sini. Pada bulan ogos 2012 baru-baru ini, kabel telekomunikasi pada bilik riser aparment ini telah dicuri. Masalahnya, sehingga sekarang bulan november 2012 masalah ini belum berjaya diselesaikan.

Alasan pihak JMB Mentari Court adalah sangat tidak munasabah. Pihak JMB mengatakan yang kabel itu dalah di bawah tanggunjawab pihak Telekom Malaysia (TM) padahal kabel riser sebenarnya adalah berada dibawah tanggungjawab pihak pengurusan apartment (JMB).

Pihak JMB dan pihak Telekom Malaysia saling menuding jari antara satu sama lain. Kami selaku penduduk-penduduk di Mentari court sangat tertekan kerana tidak dapat menggunakan kemudahan internet dan telefon sedangkan kami tinggal di bandar besar yang sepatutnya menerima kemudahan-kemudahan seperti ini.

Saya sangat kesal dengan pihak JMB mentari court yang banyak berdolak dalih dan tidak mahu bertanggungjawab diatas masalah yang patutnya diselesaikan oleh pihak mereka sedangkan kami penduduk-penduduk di mentari court ini membayar yuran penyelengaraan pada setiap bulan.

By: malik

JMB Mentari Court tidak bertanggungjawab

Saya salah seorang penduduk di Mentari Court bandar Sunway sangat kecewa dengan sikap tidak bertanggungjawab pihak JMB Mentari Court terhadap ketiadaan line telefon TM dan internet (streamyx) di rumah penghuni di sini sejak 4 bulan yang lalu.

Setiap bulan kami terpaksa membayar sedekah kebajikan sahaja kepada Telekom Malaysia sedangkan kami terpaksa menanggung masalah kerana tidak dapat menggunakan kemudahan tersebut. Dan yang lebih mengecewakan kami ialah JMB seperti mengambil sikap ‘lepas tangan’ dan ‘acuh tak acuh’ apabila masalah itu diadukan kepada pihak pengurusan maintenance.

Yang lebih meloyakan tekak kami ialah bila melihat pengurusan JMB sibuk dengan hal lain yang kurang penting, sibuk nak berpolitik dan mencari publisiti murah, sedangkan masalah penduduk yang memerlukan tindakan penyelesaian oleh JMB tidak diambil berat.

By: Mat Yasin Ismail

Perkhidmatan Streamyx Mengecewakan

Perkhidmatan Streamyx daripada Telekom Malaysia gah dari segi nama sahaja. Dikawasan Bukit Sentosa Rawang amat sedih. Rakyat membayar pada perkhidmatan yang tidak efisen. Kalau membuat aduan kepada Telekom, jawapannya senang sahaja. Ramai orang gunakan perkhidmatan tersebut. Tetapi setahu umum infrastuktur telekomunikasi di Malaysia salah. Infrastruktur yang ada sekarang tidak boleh menampung peralatan canggih 4G dan sebagainya. Cuba lihat Korea Selatan, mereka siapkan infrstruktur yang boleh menampung peralatan tersebut diseluruh pelusuk negara. Maka sekarang mereka boleh berkomunikasi dengan menggunakan peralatan canggih yang semakin hari semakin canggih.

Di Malaysia, hanya dikawasan kononnya bandar raya, kawasan elit, kawasan yang ada orang ternama tinggal boleh diadakan kemudahan tersebut. Kenapa sebab takut kena transfer, atau tahan kenaikan pangkat dan sebagainya. Ini realiti. Sediakanlah rangkaian infrastrutur 4G atau lebih tinggi kekawasan luar bandar dan seluruh Malaysia dulu sebelum peralatan-peralatan canggih ini sampai. Oh kita sedang laksanakan, dalam perancangan, tidak ada bajet lagi, bukan bidang kuasa kita dan macam-macam alasan mereka boleh berikan kalau kita tanya.

Ini bukan zaman 60’an. Rakyat sudah celik IT. Orang luar bandar sudah pandai guna komputer, tablet, smartfon dan sebagainya. Maklumat senang diperolehi bila-bila masa sahaja.

Wahai DUN Batang Kali dan Ahli Parlimen Ulu Selangor apakah tindakan yang patut diambil? Kawasan ini kononnya kawasan “Automotive Corridor”. Apakah peranan GLC ini? Jangan jaga periuk nasi sendiri dan pergi ikut Menteri keluar negara sahaja. Masaalah tidak selesai lagi disini.

By: Muhd Sharif

Rintihan Penduduk Kg Tampulan, Telipok, Kota Kinabalu

Saya ingin mengajukan aduan berkenaan Jalan ke kampung Tampulan telipok kota kinabalu sabah yang tidak beraspal.Saya faham,isu sebegini memang sering diutarakan dan tidak ada maklumbalas yang positif.Walau bagaimanapun isu di kampung tampulan ini agak “istimewa”.

Secara amnya,jalan ke kampung tampulan telipok kota kinabalu ini menghubungkan beberapa buah kampung yang utama iaitu KAMPUNG NATAI,KAMPUNG MELIDAN,KAMPUNG LAWA MANDAU,KAMPUNG TALUNGAN DAN JUGA KAMPUNG RUMINDING.

Jalan ke kampung tampulan juga merupakan jalan utama yang digunakan oleh RTM DAN JUGA TELEKOM MALAYSIA untuk pergi ke pencawang masing-masing.Di samping itu ia juga merupakan penghubung utama ke sekolah-sekolah rendah seperti SK NATAI,SK TALUNGAN DAN SK RUMINDING.

Jika dilihat peranan jalan ke kampung Tampulan ini sepatutnya LAYAK untuk mendapat status jalan raya yang beraspal tetapi sehingga kini masih belum ada perubahan untuk memperbaiki jalan tersebut.Mohon pihak yang terlibat mengambil perhatian perkara ini.

Menurut penduduk kampung tampulan,pada awalnya jalan ke kampung ini adalah beraspal tetapi telah di “bongkar”/hendak di buat semula tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tanda atau usaha untuk memperbaiki jalan yang seharusnya di naik taraf tetapi telah bertukar menjadi jalan “maut” terutama apabila cuaca buruk berlaku.(hujan lebat).Beberapa kejadian kemalangan melibatkan kematian telahpun direkodkan.Guru-guru yang bertugas di sk tampulan yang menggunakan motosikal sering terlibat dalam kemalangan melalui jalan kampung tampulan.

Menurut guru-guru yang bertugas di sk tampulan mereka bekerja seperti MAKAN HATI BERULAM JANTUNG kerana sekolah jiran mereka iaitu SK KEBAYAU mendapat elaun hidup susah pedalaman RM500 tetapi sekolah mereka cuma layak 10% sahaja walhal jika dilihat dari segi kemudahan jalan raya..SK KEBAYAU mempunyai jalan raya yang beraspal dan Jaraknya adalah dekat berbanding SK TAMPULAN yang tidak mempunyai jalan yang beraspal.

Ketiadaan kemudahan jalan yang beraspal bukan sahaja memeritkan warga pendidik di sini malah turut dirasai oleh penduduk kampung yang menyekat aktiviti mereka untuk turun ke pekan/bandar .Cuaca yang sering hujan menyebabkan mereka takut menghantar anak mereka ke sekolah kerana aliran air hujan melimpahi kawasan bukit kampung tampulan .Ini menyebabkan keadaan menjadi bahaya.

Mohon pihak yang bertanggungjawab mengambil perhatian tentang perkara ini untuk membantu penduduk di kampung tampulan yang dahagakan pembangunan.

Terima kasih aduan rakyat.
wasalam

By: iroet marteni

Kabel Telefon Flat Desa Mentari Blok 2 Dicuri

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya ingin membuat aduan berkenaan kabel talian telefon di Flat Desa Mentari Blok 2, Petaling Jaya yang dicuri.

Saya telah membuat aduan kerosakan telekon kepada pihak Telekom Malaysia dan wakil teknikal Telekom telah pun datang membuat siasatan. Setelah diperiksa, didapati kabel talian di bilik saluran telefon Flat berkenaan telah dipotong dan dicuri.

Pihak Telekom memberitahu saya, bahawa pihak penyelenggaraan Flat harus bertanggungjawab menggantikan kabel tersebut dan bukannya Telekom.

Saya telah pergi berjumpa dengan pihak penyenggaraan Flat iaitu Mentari Management Sdn Bhd untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut.

Malangnya, diberitahu bahawa mereka tidak pasti samada ianya akan diganti atau tidak kerana kos yang agak mahal. Dan dimaklumkan juga bahawa di Blok 5 sudah hampir setahun masalah ini tidak selesai.

Apa yanng mengecewakan saya ialah, setiap bulan penduduk membayar yuran penyenggaraan RM45.00 sebulan tetapi masalah sebegini tidak dapat diselesaikan dan pihak pengurusan penyenggaraan seolah-olah lepas tangan.

Bagaimana pula bagi yang melanggan talian telefon dan internet? Setiap bulan harus membayar yuran langganan tetapi perkhidmatan tidak dapat digunakan.

By: Ahmad Suhaimi