Layanan Operator 24 hours Radio Taxi Call Service Labuan Mengecewakan

Saya ingin buat aduan mengenai sikap operator 24 hours radio taxi call service di W.P Labuan.

Sebagai individu yang baru bekerja di W.P Labuan,  sudah tentu saya banyak menggunakan pengangkutan awam terutamanya teksi. Memandangkan sukar untuk mendapatkan teksi di sesuatu kawasan tertentu, mendapatkan perkhidmatan 24 hours radio  taxi call service adalah caranya. Walau bagaimanapun, tidak seperti perkhidmatan teksi di Putrajaya, 24 hours radio  taxi call service di Labuan tidak meminta no. telefon pelanggan.

Pada mulanya saya telah menghubungi 24 hours radio taxi call service sekitar jam 07.20am-07.30am. Tempoh perjalanan yang diambil ke tempat saya dari bandar lebih kurang 15-20minit perjalanan dari bandar Labuan. Walau bagaimanapun, setelah menunggu hampir 20 minit, kelibat teksi masih tidak kelihatan dan  jam telah menunjukkan 07.40am (ikut jam saya) namun, saya teruskan menunggu. Setelah jam 07.47am, saya terus membuat panggilan semula.

Saya dimaklumkan oleh operator bahawa teksi telah  sampai di lokasi dan telah menunggu saya selama setengah jam (30 minit) namun tiada seorang pun penumpang yang keluar/ada lantas meninggalkan lokasi. Namun jika benar teksi telah sampai, mengikut perkiraan saya, teksi tersebut tidak menunggu saya selama 30minit. ini disebabkan, sekiranya saya membat panggilan pada jam 07.20am maka teksi akan sampai sekitar jam 07.35am. (jika mengambil masa 15 minit perjalanan).

memandangkan saya amat memerlukan teksi maka saya mohon agar operator dapat memanggil teksi lain lagi, namun jawapan yang saya terima “dia tidak mahu sudah” iaitu “dia” merujuk kepada teksi yang diminta untuk menjemput saya. Kemudian saya bertanya dan meminta agar ada teksi lain dan operator tersebut telah memberikan respon yang sangat kurang sopan kepada saya sebagai pelanggan yang mana operator tersebut telah meminta saya berjalan kaki dan tidak payah telefon teksi.  belum pun sempat saya habiskan cakap, opertor tersebut telah meletakkan telefon.

Jika saya adalah pelancong dan mendapat respon sebegini tentunya amat memalukan bagi negara kita.

By: Faruz Kassim

Barangan Kulit Babi di Holiday Plaza JB

Saya ingin memohon Jabatan Agama Islam Johor Bahru untuk membuat pemantauan di pusat beli belah Holiday Plaza Johor Bahru dimana terdapat banyak barangan berupa ”IPad Cover” berasaskan kulit babi dijual tanpa pengatahuan pelanggan.

Ini berlaku kepada saya dimana didapati bahagian kulit dalam cover tersebut disaluti kulit yang mempunyai ”bintik-bintik tiga” yang disyakin KULIT BABI. Saya hanya menyedarinya apabila ditegur rakan yang berminat dengan IPad Cover tersebut.

Apabila pemeriksaan semula dilakukan di kedai barangan accessories tablet dan telefon di Holiday Plaza, amat mengejutkan apabila bukan hanya satu jenis yang berasaskan kulit babi, tetapi terdapat beberapa jenis yang lain juga berasaskan kulit babi.

Diharap pihak Jabatan Agama Islam Johor dapat melakukan pemeriksaan susulan dan mencegahnya daripada berulang kepada pengguna beragama islam yang lain.

By: Fairuz

Guru Conteng Pipi saya!

Pada 22 Mei 2012, jam 6.45petang selepas pulang dari sekolah kebangsaan, anak saya menunjukkan kepada saya di pipinya terdapat tulisan bertulis huruf J. Kemudian saya bertanyakan siapa yang menulis huruf tersebut. Katanya Cikgu. Kemudian saya bertanya lagi, kenapa cikgu tulis di pipi awak? Kemudian anak saya menjawab, sebab saya tidak buat dengan betul huruf J di buku kerja, cikgu tulis huruf J di pipi saya.

Buku Kerja

Untuk makluman, anak saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan XXXX. Disebabkan kegagalan anak saya untuk menulis huruf J dengan betul, seorang guru yang mengajar Bahasa Inggeris dengan biadapnya menulis huruf J tersebut di pipi anak saya.

Apabila saya berjumpa dengan Guru Penyelia Petang pada 23 Mei 2012 di sekolah berkenaan untuk meminta penjelasan, alasan yang diberikan tidak munasabah iaitu guru berkenaan baru ditukarkan untuk mengajar ke tahun 1 dan sedang mengandung. Saya bertegas untuk berjumpa guru berkenaan untuk mendengar penjelasan, tetapi tidak dibenarkan. Malah, Guru penyelia petang hanya meminta nombor telefon saya untuk beliau serahkan kepada guru berkenaan untuk memohon maaf melalui telefon sahaja. Guru berkenaan ada menelefon saya menggunakan telefon Guru Penyelia Petang tadi dan  memberitahu saya jika huruf J tersebut menyakitkan hati, mohon maaf.

Pipi yang diconteng

Saya sungguh kecewa dengan percaturan guru-guru tersebut dengan mengambil remeh perkara seperti ini. Jika hari ini anak saya yang diconteng, tidak mustahil suatu hari nanti, murid-murid lain mengalami nasib yang sama. Bukan ke Guru pendidik anak bangsa. Jika begini…apa akan terjadi kepada anak bangsa kita. Fikir-fikirkan..

By: Shahrizan

Talian BR1M tidak berfungsi

Saya adalah salah seorang pemohon BR1M yang masih menunggu keputusan sehingga ke hari ini. Saya seperti sudah putus harapan kerana tidak tahu cara lagi ingin mengetahui keputusan BR1M.

2 Talian yang di war-warkan itu seperti di tutup ini kerana setiap kali saya ingin membuat panggilan pasti mendengar jawapan yang menhampakan iaitu talian sedang sibuk dari hari kepetusan itu di buat sehingga ke hari ini. Seakan-akan talian itu telah di tutup kerana mungkin tidak mahu melayan pertanyaan dari kami. Sudah berkali-kali e-mail di hantar namun failure.

Tolong pihak tuan siasat talian telefon dan email BR1M itu.

1 800 222 500 / 1 300 88 300

E-MAIL : belanjawan2012@treasury.gov.my

By: ANNE

Permohonan talian telefon sudah 1 tahun tetapi belum di pasang

Saya telah memohon talian telefon semenjak March 2010 di TM point Titiwangsa, tapi malangnya sehingga sekarang masih belum dipasang. Kecewa saya apabila singgah bertanya permohonan saya pegawai bertugas di TM point akan menyatakan alamat saya tiada dalam sistem dan akan melakukan siasatan. Tetapi malangnya sehingga sekarang 5/10/2011 masih tiada berita dari TM.

Jiran sebelah rumah sudah dipasang talian telefon sudah agak 1 tahun. Disini saya sertakan no talian kepada jiran saya xxxxxxx. Kenapa masalah saya belum ada jawapan adakah setahun tidah cukup untuk menyiasat.

By: Norazmi

Tiada Perkhimatan Talian telefon Villa Bestari Apt, Johor Bahru

Saya sebagai Pengerusi di Villa Bestari Apt, di Johor Bahru, ingin mengadu tiada perkhimatan talian telefon di kawasan kami. Walaupun apartmen kami terletak di salah sebuah tempat yang pesat membangun di johor. Apartmen ini adalah di bina oleh Khoo Soon Lee reality. Bila kami merujuk perkara ini kepada pihak pemaju, mereka menuding jari kepada pihak Telekom, bila merujuk kepada pihak telekom, mereka menuding kepada pemaju. Perkara ini berlaku sejak 10 tahun.

Untuk pengetahuan tuan, di kawasan kami tinggal seorang wakil rakyat, beliau dapat talian telefon tetapi tiada untuk kami.Oleh yang demikian kami penduduk di sini benar-benar berharap tv3 dapat menyelesaikan masalah kami.Tolonglah kami.Sekian Ribuan terima kasih

By: K.Gunasegaran

Ketidakadilan RHB Bank

Saya merupakan salah seorang pembeli projek rumah terbengkalai. Projek ini telah terbengkalai selama 11 tahun selepas siap sebanyak 80%. Saya telah mengambil pinjaman bank sebanyak RM136000 dimana RM110,000 telah diberikan kepada pemaju.

Selama 11 tahun saya hanya membayar bunga kepada RHB Bank yang berjumlah dari RM 650 hingga RM900 setiap bulan. Saya telah mendapatkan surat dari KPKT menyatakan status projek terbengkalai dan merayu kepada bank untuk menurunkan peratus bunga, tetapi tidak dilayan.

Setiap bulan saya menerima panggilan telefon daripada pegawai RHB meminta saya membuat pembayaran hampir setiap hari walaupun lewat sebulan. Kadang-kadang sampai mereka menggugut saya.  Sejak kebelakangan ini, saya tidak menerima sebarang statement dari bank, dan apabila saya menanya bagaimana mereka “calculate” bunga yang menaik setiap bulan, pegawai bank tidak dapat menjawab.

Ada sekali bila saya tidak mampu untuk membayar selama 6bulan, peratus bunga naik sampai 9.88%. Apabila saya menanya mereka mengapa tinggi sangat, “Collection Center” berkata, dia ada dalam perjanjian pinjaman saya. Apabila saya membuat pembayaran penuh, dan bertanya adakah peratus bunga akan berkurangan, pegawai bank berkata ia akan dikurangkan secara berperingkat jika pembayaran saya bagus. Maklumat kes saya juga tidak dikeluarkan daripada secriz.

Saya rasa RHB Bank bank tidak berhati perut dan memperbodohkan saya. Harap-harap tindakan diambil dimana ada keadilan untuk mangsa seperti saya. Bank negara juga harus mengawal dimana peratus bunga perumahan tidak boleh dikenakan kepada pembeli sewenang-wenangnya oleh bank. Bank juga harus telus tentang kiraan bunga kepada pembeli.

By: Lekshmi

Kabel Telefon Flat Desa Mentari Blok 2 Dicuri

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saya ingin membuat aduan berkenaan kabel talian telefon di Flat Desa Mentari Blok 2, Petaling Jaya yang dicuri.

Saya telah membuat aduan kerosakan telekon kepada pihak Telekom Malaysia dan wakil teknikal Telekom telah pun datang membuat siasatan. Setelah diperiksa, didapati kabel talian di bilik saluran telefon Flat berkenaan telah dipotong dan dicuri.

Pihak Telekom memberitahu saya, bahawa pihak penyelenggaraan Flat harus bertanggungjawab menggantikan kabel tersebut dan bukannya Telekom.

Saya telah pergi berjumpa dengan pihak penyenggaraan Flat iaitu Mentari Management Sdn Bhd untuk mendapatkan penjelasan berhubung perkara tersebut.

Malangnya, diberitahu bahawa mereka tidak pasti samada ianya akan diganti atau tidak kerana kos yang agak mahal. Dan dimaklumkan juga bahawa di Blok 5 sudah hampir setahun masalah ini tidak selesai.

Apa yanng mengecewakan saya ialah, setiap bulan penduduk membayar yuran penyenggaraan RM45.00 sebulan tetapi masalah sebegini tidak dapat diselesaikan dan pihak pengurusan penyenggaraan seolah-olah lepas tangan.

Bagaimana pula bagi yang melanggan talian telefon dan internet? Setiap bulan harus membayar yuran langganan tetapi perkhidmatan tidak dapat digunakan.

By: Ahmad Suhaimi

Memohon Line telefon

Saya memohon agar pihak yang berkenaan dapat memasang satu kabel talian telefon (telecom) di Kampung Tampok Laut. Hal ini kerana berikutan ketiadaan kabel telefon ini memyebabkan ramai penduduk kampung tidak dapat mengakses talian internet. Ramai penduduk kampung di sini mempunyai komputer tetapi sayang mereka tidak dapat mengakses talian internet kerana ketiadaan kabel.

Selain itu bagi penduduk kampung yang mempunyai telefon talian tetap juga talian telefonnya tidak “clear” dan kadang-kadang talian tidak dapat dihubungi kerana penduduk kampung terpaksa menggunakan elektrik untuk memasang telefon tersebut. Tambahan pula, ada segelintir penduduk kampung yang mendapat bantuan laptop 1Malaysia tidak dapat mengakses internet dan terpaksa ke pekan yang berdekatan untuk mendapatkan talian.

By: Ulfah

Di manakah wang bantuan mangsa banjir di Kedah?

Saya salah seorang mangsa banjir november lalu di Jalan Putra Alor Setar. Kebanyakkan mangsa banjir lain telah mendapat wang bantuan tersebut. Kami mendapat panggilan telefon mengesahkan mendapat bantuan tersebut kerana rumah telah di masuki air melebihi paras setengah meter.

Oleh itu saya ingin bertanya kepada Adun Bakar Bata, Alor Setar, Kedah di manakah wang bantuan tersebut? Walaupun hanya RM500 tetapi ianya amat berguna kepada kami rakyat yang berpendapatan rendah.

By: siti zawiyah