Posts Tagged ‘Tahu’
Pusat Judi Terbuka Berleluasa
Saya amat hairan kerana terdapat banyak pusat judi boleh beroprasi secara terbuka dan terletak di kebanyakan pusat membeli belah di sekitar Kulai Jaya.IOI mall,Tesco,TJ Mart dan banyak lagi yang saya tidak sebutkan disini.Ia beroperasi 24 jam dan berlesenkan pusat hiburan keluarga.Mustahil pada saya pihak berkuasa tidak tahu pekara ini kerana telah bertahun tahun telah beroperasi tanpa apa-apa tindakan?
Amat malang pada saya kerana kebanyakan pengunjungnya adalah melayu yang menghabiskan wang gaji mereka tiap-tiap bulan disitu.Boleh saya tahu sejak bila kita ada mengeluarkan lesen judi secara terbuka atau mungkin terdapat unsur rasuah disini?
Penipuan dari pihak yang mendakwa Celcom
Pada 22/8/2012 jam 9.43 am saya telah menerima panggilan yang kononnya dari Celcom (no private) , memaklumkan nombor talipon saya telah dipilih utk memenangi hadiah RM 7000. Beliau seterusnya bertanya bank mana saya guna. Bila saya kata tak minat, beliau kata bukan nak mintak no acc. cuma nak tahu bank mana saya ada. Saya berkeras tak berminat. Pemanggil yang suaranya slang Indonesia tu terus letak talipon.
Aduan saya ini harap diambil tindakan supaya jangan ada yang tertipu.. Saya dah banyak membaca (guru) mungkin dapat meneka ada unsur penipuan (Senang ke org nak bagi duit percuma pada orang lain), macam mana kalau ada yang percaya dan tertipu…
Kalimah Allah di bawah tapak kasut
Assallammualaikum wbt,
Di minta agar pihak JAKIM atau yg berkenaan segara membuat siasatan segera keatas sebuah kedai kasot yg beralamat di : KISSMO@AEON AU2, F63 1Floor AEON Jesco AU2, Setiwangsa, 54200 Kuala Lumpur, bersebelahan kedai Al-Ikhsan yg saya dapati terdapat salah satu jenama kasot didalam kedai tersebut telah mempersendakan atau memperlekehkan atau lebih tepat dikatakan telah menghina ayat atau kalimah suci ALLAH di bawah tapak kasot tersebut.
Difahamkan kasot tersebut adalah keluaran dari negara jiran kita iaitu THAILAND, yang kita sedia maklum sebelum ini juga negara Thailand telah mempunyai rekod yang berkaitan penghinaan kalimah suci ALLAH yang digunakan pada produk keluaran mereka tetapi telah disekat pengedaran nya.
Mangsa Kereta Lelong Ambank
Salam Aduan Rakyat, baru-baru ini saya membeli sebuah kereta melalui lelongan awam G-Mart Subang. Saya dikehendaki membayar deposit sebanyak RM1500 sebagai cagaran.
Sebelum itu saya telah melihat keadaan kereta yang ingin saya bida tersebut. Kereta dikunci dan pihak gudang G-Mart mengatakan tiada kunci untuk dibuka dan dikatakan mereka tidak tahu cara membuka pintu kereta tersebut. Semasa saya melihat kereta tersebut, tiada sebarang kesan kemalangan. Tiada sebarang catatan dicatatkan di senarai kereta lelong mengatakan kereta tersebut adalah sebuah kereta yang biasa kemalangan teruk dan tiada perkataan “no refund”.
Perkhidmatan Bank Rakyat yang menjengkelkan
Saya ingin menyatakan rasa amat tidak puas hati dengan perkhidmatan staf kakitangan Bank Rakyat bahagian kutipan yang betul-betul tidak mesra dengan pelanggan. Nama staf tersebut ialah Anis. Cara dia bercakap dengan saya sangat kurang ajar seolah-olah saya berhutang dengan dia plulak. tersebut ada juga mengugut saya dengan mengatakan dia tak kisah kalau saya nak adukan sikapnya pada sesiapa yang berkenaan. Kelakuannya sangat ego. Padahal dia cuma pekerja saja. Saya rasa ramai orang diluar sana yang mengalami nasib seperti saya.
Saya tidak kisah jika dia hendak menghantar sms reminder kepada saya tetapi tidak perlulah menghantar berulang kali tanpa memeriksa terlebih dahulu dalam rekod sebelum menghantar sms reminder. Saya sudah reply berkali- kali dengan menyuruh dia memeriksa rekod pembayaran dulu sebelum menghantar reminder kepada pelanggan tapi dia melakukannyer. Cara staf tersebut sangat menjengkelkan saya kerna tidak tahu menghormati pelanggan.
Kecewa dengan perkhidmatan BSN
Saya ingin menyatakan rasa amat tidak puas hati dengan layanan staf kakitangan BSN Temerloh,yang betul-betul tidak mesra dengan pelanggan.
Saya tidak kisah jika mereka tidak tahu menghormati insan seperti saya,tapi tolonglah hormat pada warga-warga emas yang ingin berurusan seperti pengeluaran wang melalui buku.Ada masanya mereka dimarahi jika tersalah.Mereka warga emas.Apalah yang mereka tahu,lainlah jika ada waris yang bersama-sama datang menbantu.
Dengan muka yang masam,menyebabkan saya sudah tidak berminat lagi nak datang ke bank itu.Berginikah layanan anda terhadap pelanggan.Perkara ini dah terlalu lama saya simpan,tapi sekarang saya ingin meluahkannya.
Tuntutan Kepada SWM menyusahkan
Assalamualaikum,
Seperti biasa saya akan bekerja dari 8:00pg hingga 5:15ptg. Pada hari Khamis 10Mei2012 apabila saya pulang ke rumah dalam 5:40ptg, didapati cermin belakang kereta saya sudah retak 1000 dan beberapa serpihan kaca bertaburan ke lantai parking rumah saya. Sebelum saya membuka pintu pagar saya memerhatikan sekeliling apakah punca cermin kereta saya itu boleh pecah. Saya terlihat dihadapan rumah rumput sudah di mesin oleh pekerja SWM. Kebetulan beberapa orang pekerja SWM masih ada lagi berehat sambil bersiap-siap untuk pulang.
Saya menanya mereka adakah mereka ada memesin rumput di depan rumah saya dan adakah mereka tahu cermin kereta saya pecah. Kemudian salah seorang dari mereka menghubungi mandor mereka untuk berjumpa saya. 5minit selepas itu mandor mereka sampai dan berjumpa saya mengatakan yang cermin belakang kereta pecah disebabkan aktiviti memesin rumput pada jam 10:30pagi. Saya diajak untuk membuat laporan polis segera untuk mendapat gantirugi. Kami pergi ke balai polis berhampiran dan membuat laporan polis berasingan.
Kasihanilah mereka (Guru KAFA)
Salam jua 1Malaysia, tersentuh hati seorang suami pabila mendengar keluhan si isteri kepada suaminya masalah rakan sekerja selaku pendidik agama; bilamana sudi berkongsi masalah rakan-rakan seperjuangan tempat kerjanya.
2. Kerajaan sudah mengarahkan bahawa sekolah-sekolah KAFA juga telah diberi arahan supaya penghentian yuran bulanan berakhir pada penghujung bulan April 2012. Ada diantara murid-murid yang ibubapanya masih ramai lagi tidak melunaskan yuran anak-anak mereka.
Perkhidmatan Cafe Asrama DPP Bank Rakyat, UUM
Salam, mengenai isu Cafe asrama DPP bank rakyat ini telah banyak kali di ketengahkan kepada pihak pengurusan atasan malah kepada badan perwakilan pelajar. Cafe ini tidak menjaga kebersihan premis. Banyak pelajar telah ‘terbeli’ makanan yang dihidangkan bersama ulat dan telur lalat. Ramai yang telah buat aduan kepada pihak asrama, namun cafe tersebut masih beroperasi seperti biasa. Kami difahamkan bahawa tendernya akan ditamatkan pada pertengahan tahun ini kerana tamat kontrak, bukan kerana isu kotor ini dan tidak mustahil kontrak nya akan disambung semula kerana berikutan ‘orang dalam’ yang membantu.
Kami pelajar-pelajar sudah tidak tahu bagaimana hendak menyalurkan aduan kerana setiap kali mengadu kepada pihak pengurusan, tiada tindakan diambil. dari setahun yg lepas mereka kata tender akan tamat dlm masa beberapa bulan, tapi bila buka semester baru, masih orang yang sama kendalikan dan tidak membuat peningkatan dari segi kebersihan.
Rakyat Perlukan Jawapan Bagi Kubur Bercampur Agama
Assalamualaikum,
Saya ingin membuat aduan selepas menonton satu video di youtube dimana kubur orang Islam, Kritian dan Cina bercampur didalam satu kawasan.






