Posts Tagged ‘Tahi’
Layanan Biadap Dari Pihak Hospital Kulim
Saya amat terkilan dan kecewa dengan tingkah laku dan layanan yang amat tidak memuaskan yang diberikan kepada ayah saya pada 24/06/2012. Saya membawa ayah saya ke Hospital Kulim pukul 5.00 pagi setelah mengadu sakit pada bahagian perut. Dirawat dari seorang doktor berbangsa India, berkemungkinan ayah saya mengalami batu karang atau apendiks. Beberapa ketika kemudian, doktor menasihatkan supaya kembali ke hospital secepat mungkin setelah dirawat jika masalah yang dialami berlarutan.
Selepas solat maghrib, ayah saya tidak dapat bergerak kerana sakit yang dialami semakin parah. Setelah ke hospital di Unit Kecemasan, ayah saya diberi satu borang berwarna merah dan menunggu 3 jam menanti giliran. Selepas dirawat kurang dari 5minit, ayah saya disuruh ke bilik X-Ray tanpa dipandu oleh kakitangan hospital. Saya membawa ayah ke bilik X-Ray, terdapat seramai 12 orang pesakit menunggu giliran sedangkan kakitangan yang bertugas sedang berbual,menonton TV dan tidak mengendahkan pesakit.Hampir 4 jam menunggu barulah tiba seorang kakitangan senior memanggil ayah saya sedangkan ayah saya tidak menahan kesakitan yang dialami sehingga tidak dapat bergerak. Selepas mendapat film X-Ray, saya memberi film tersebut pada bahagian kaunter pada ruang menunggu dihadapan.
Bunyi bising dari rumah burung walet
Saya penghuni Taman Che Ngah, Ajil, Terengganu. amat tidak berpuas hati terhadap pemilik premis kedai yang dijadikan tempat sarang burung walet yang hanya 6 meter dari kediaman, mengluarkan bunyi yang membingitkan bermula seawal sehingga 8.00 malam setiap hari.
Sikap tidak bertimbang rasa terhadap jiran tetangga di atas kebisisngan yang amat sangat datang daripada pembesar suara memanggil burung. Ia menggangu istirehat dan memggangu konsentrasi anak-anak mengulangkaji. Disebabkan pencemeran bulu dan tahi burung yang sering terkena kenderan dan jemuran baju diluar yang terpaksa membasuh berulang kali.
Bau Busuk Najis Anjing
Saya pernah membuat aduan pada MPSP sebelum ini berkenaan jiran saya ynag membela anjing tapi tidak tahu menjaga kebersihan, setelah di beri teguran oleh MPSP maka bau busuk tahi anjing tiada lagi namun setelah beberapa minggu berlalu masalah itu berlaku kembali.
Kini hampir setiap waktu dan setiap hari bau busuk tahi anjing menusuk masuk ke dalam hidung kami.
Bau Busuk Tahi Lembu di Kawasan Lotus Apartment,Puchong
Masalah yang dihadapi amatlah mengganggu kehidupan seharian sebagai penduduk di sini. Bau tahi lembu yang kuat sangat menganggu sehingga kami jarang dapat duduk berbual bersama jiran-jiran, tidak dapat membuat aktiviti penduduk kerana bau persekitaran amat memualkan dan ada kala sampai boleh termuntah.
Kami tidak boleh sidai baju di luar kerana bau tahi lembu akan melekat. Ini disebabkan oleh pengembala lembu dan kerbau yang telah bertahun-tahun lamanya telah menternak lembu yang banyak di tepi Tasik Puchong. Kami tidak pasti sama ada tanah yang digunakan untuk menternak lembu itu adalah sah disisi undang-undang.
Pengabaian kebersihan Flat Taman Miharja Fasa 2
Saya adalah salah seorang penghuni Blok 15, Berek Polis Taman Miharja Fasa 2. Saya amat kecewa dengan ketidakbersihan flat ini.
Berek Polis bok 15,Flat miharja fasa 2 kini kaya dengan tahi kucing terutamanya di kawasan tangga, tempat buang sampah dan di pintu laluan lift. Selain itu bau busuk turut menghilangkan kesabaran penghuni yang sering menggunakan jalan-jalan tersebut.
Saya amat menyesal dengan perbuatan penghuni berek polis yang suka membela kucing walaupun tahu flat adalah kawasan larangan membela kucing.Selain itu sikap sesetengah penghuni memberi makanan kepada kucing adalah aneh sehingga makanan kucing(Brand Friskes) bertaburan di anak tangga.Air kencing dan najis kucing menyebabkan kawasan flat berbau busuk.





