Pekerja Syabas menutup paip bekalan air

Saya ingin membuat aduan bahawa kawasan perumahan kami telah masuk minggu kedua tiada bekalan air. Di kawasan Ampang Avenue ini, hanya apartment Mesra Villa yang telah putus bekalan air hingga masuk minggu kedua dan kami di fahamkan bahawa pekerja Syabas sendiri yang telah menutup paip yang menyalurkan air ke apartment kami. Ini tidak masuk akal kerana semua kawasan perumahan teres di sekitar ini tidak pernah terputus langsung bekalan air. Bahkan semua apartment berdekatan seperti apartment Seri Maya, Seri Nilam juga langsung tidak mengalami masalah bekalan air.

Apa yang menyedihkan kami, terdapat 2 tangki besar bersebelahan kediaman kami. Ini menunjukkan pekerja Syabas sengaja tidak menyalurkan air dari tangki tersebut ke kediaman kami. Notis pertama kami terima mengatakan bahawa pam di Gombak mengalami masalah. Bagaimana di salurkan dari Gombak pula? Tidak logik sama sekali jika hanya apartment kami yang di salurkan dari Gombak.

Terbaru notis yang kami terima mengatakan rumah pam di wangsa maju mengalami masalah. Tapi kenapa kami tetap turut terjejas. dan terbaru pada hari ini Syabas mengatakan bahawa ia akan berlarutan sehingga ke raya China. Ini sudah melampau dan kami mohon penjelasan atas kegagalan Syabas ini. Jika di lihat pengagihan air ke apartment kami, setiap hari Syabas mengahantar beberapa lori tangki air untuk kami. Bekalan hanya di hantar ke apartment kami kerana tiada langsung masalah air di kawasan kejiranan kami yang lain. Walau berapa tangki pon yang di hantar, siapa yang sanggup mengangkut air ke tingkat atas setiap hari? Kami mohon kerjasama TV3 membuat liputan di kawasan kami.

By: Mimi Azira

Syabas dan Air

Saya ingin mengadu mengenai ketiadaan air di kawasan perumahan kami Vista Amani Condominium di Bandar Tun Razak/Sri Permaisuri sejak 28 December 2011. Ketiadaan air menyebabkan perkara aktiviti harian tak terurus kami susah nak mandi, pakaian yg perlu dicuci dgn anak-anak sekolah. Lori Sayabas hanya datang sekali sekala dengan bekalan air yg sedikit. Mereka datang hanya bila ada yang telefon dengan marah. Taska yg beroperasi pun tiada air..anak2 kecil tidak dpt mandi. Memang teruk.

Apa peranan pengurusan tertinggi Syabas dalam isu air di sini? Dah masuk hari ke 12 kami di rumah ketiadaan air. Pihak Syabas seolah-olah tidak berbuat apa2 hanya memberi janji palsu kepada kami semua. Kami tinggal di Kuala Lumpur tapi kedaifannya seolah2 tinggal di luar bandar dengan tiada bekalan air.

Saya mohon tv3 tolong buat liputan sebab perkara ketiadaan air adalah perkara yang paling teruk pernah terjadi dalam tahun 2013! Kalau sehari dua boleh tahan lagi tapi ini dah masuk 2 minggu seminggu siapa pun tak tahan! Sangat-sangat sedih dan kecewa dengan pihak SYABAS! Wakil rakyat mana ?? Mmg menyusahkan rakyat!

By: Iraz

Masalah Ketiadaan Air di Pangsapuri Sri Shamelin

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia. Saya ingin membuat aduan pasal ketiadaan air di kawasan perumahan di Taman Shamelin Perkasa, khususnya di Pangsaputi Sri Shamelin. Sehingga tarikh ini sudah 2 minggu kami menghadapi musibah ini . Semua maklum bahawa air ialah sumber yg paling penting bg kita. Ketiadaan air ini banyak menjejaskan produktiviti kerja, emosi dan juga kesihatan kita.

Di sini saya ingin mengetahui apakah tindakan yang di lakukan oleh pihak Syabas dan pihak2 lain yang bertanggungjawab secara langsung dalam permasalahan ini? Kenapa sudah 2 minggu air tiada, baru 2 kali lori air datang untuk membekalkan air kpd penduduk?? tidakkah Syabas mempunyai jadual berkala untuk melaksanakan misi ini?? Pihak Syabas tidak boleh bergantung kepada berapa banyak aduan telefon yang dibuat, barulah bekalan air akan dihantar ke kawasan tersebut.

Apa yang perlu di ingatkan, jangan menganiaya kami untuk kepentingan anda. Anda tidak merasa kesusahan kami kerana anda tidak merasakan apa yg kami rasakan. Lakukan tugas anda kerana ALLAH kerana DIA MAHA mengetahui. Pikir2kanlah.

By: nora

Bilakah Isu Gangguan Air di Ampang akan berakhir

Gangguan Bekalan Air DiSelangor bilakah akan berakhir.Sekiranya masalah ini masih berpanjangan harap ada orang yang bertanggungjawab dapat menolong selesai masalah penduduk dikawasan Ampang dan Cheras.Bertalu-talu menelefon minta bekalan air kecemasan dihantar tapi tiada penghantaran dibuat.Call banyak kali untuk dapatkan bekalan air kecemasan.

Bila ditanya mengapa tak hantar air ,katanya lori terhad permintaan terlalu banyak.Tapi kondo tempat orang kaya satu hari sampai 6 trip penghantaran,terhad pakah itu.Itu namanya pilih kasih.Kami semua pun rakyat yang turut membantu dalam pembanguna ekonomi negara,kami juga harus dapat menikmati hidup yang selesa tas usaha kami.Wahai orang yang berkuasa harap fikirkan ,kalau bekan air terrawat dah semakin kritis ,agihkan secara adil.Tapi kondo,kedai mamak ada pulak tangki yang dibekalkan oleh syabas.

Kawasan kondo yang berpagar ada dibekalkan tangki apa nak jadi dengan penduduk diluar pagar.Janganlah pihak yang berkuasa memilih kasih kepada golongan kaya yang tinggal didalam pagar.Bila call Syabas dia kata tangki tu terhad ada 170 sahaja.Kalau dah tahu terhad, letak tangki tu tepi jalan besar kawasan pandan utama semua penduduk boleh merasa barulah adil……Harap ketengahkan isu ini….Akhiri penderitaan kami.Kami pun rakyat yang sama 2 berusaha untuk negara tapi lelah jerih kami bukan untuk kesenagan oarang lain.

By: LINDA

Air tiada seminggu di Bandar Tasik Permaisuri

Saya nak buat aduan pasal ketiadaan air di kawasan perumahan di Bandar Tasik Pernaisuri. Sila ambil perhatian kerana perkara ini sgt serius. Ketiadaan air menyebabkan perkara seharian tak terurus contohnya kami tak boleh mandi, pinggan tak berbasuh, baju tak berbasuh dan produktiviti kami bekrja menurun! Lori air pun tak datang. Datang hanya bila penduduk marah.

Contohnya semalam saya call sebab lori air tak datang seharian menyebabkan kami hanya ada air cukup2 untuk basuh kencing sahaja! Kalau nak buang air besar pun terpaksa tahan! Apa pengurusan syabas lakukan? Sekurang kurangnya buka paip air di malam hari seperti sebelum ini. Jgn biarkan penduduk kering kontang tanpa air! Kami ada anak kecil!

Apa peranan pengurusan syabas dalam hal ini? Saya minta tv3 tolong buat liputan sebab perkara ketiadaan air adalah perkara yang paling teruk pernah terjadi dalam tahun 2013! Kalau sehari dua boleh tahan lagi tapi ini dah masuk lebih seminggu siapa pun tak tahan! Sangat-sangat kecewa dengan SYABAS! Mmg menyusahkan orang saja!

Sekian terima kasih.

By: ernie

LT Sdn Bhd tidak bayar pada SYABAS, penduduk yang terima padah

Saya ingin membuat aduan tentang Syarikat Penyelenggaraan LT Sdn Bhd yang bertempat di Pandan Jaya Kuala Lumpur. Kejadian ini telah berlarutan selama 3 minggu di mana SYABAS telah mengambil tindakan memotong bekalan air utama ke Pangsapuri Sri Maya sehingga menyebabkan kami terputus bekalan air.

90% penduduk di sini membayar yuran penyelenggaraan dan bil air secara tertib kepada pihak LT Sdn Bhd. Lebih kurang baki 10% yang tidak membayar secara tertib tetapi tetap menikmati kemudahan yang sama. Seharusnya pihak LT Sdn Bhd mengambil tindakan terhadap unit terbabit sahaja supaya penduduk lain yang setiap bulan membuat pembayaran tidak terjejas dengan perkara ini.

Bermula pada hari Khamis, 19 Januari 2012 yang lalu, pihak Syabas telah merantai meter utama ke pangsapuri kami. Wakil penduduk telah berjumpa dengan pihak pengurusan dan mereka berjanji akan menyelesaikan dengan secepat mungkin.

Seterusnya pada Khamis, 26 Januari 2012 pihak Syabas sekali lagi telah hadir dan mengikat meter utama. Pihak LT Sdn Bhd masih belum menyelesaikan bayaran tersebut dan wakil penduduk bersetuju membantu mengutip hutang penduduk yang belum dibayar.

Wang kutipan hutang tertunggak penduduk telah diserahkan kepada pihak LT sdn Bhd namun pihak SYABAS masih lagi hadir pada 2 Febuari 2012 yang lalu dan bertindak memotong bekalan utama. Pihak penduduk terpaksa membuat sambungan paip secaa haram berikutan kami semua telah terputus bekalan air dan tiada tempat untuk dituju.

Pada hari ini, 9 Febuari 2012, pihak LT Sdn Bhd masih belum berbuat apa-apa menyebabkan pihak SYABAS telah mencabut sambungan bekalan utama.

Kami terpaksa memohon bantuan pihak media kerana kami juga manusia dan perlukan air untuk hidup. Di kawasan kami terdapat ramai kanak-kanak dan warga emas dan agak sukar sekiranya kami terpaksa mencari sumber bekalan air yang lain. Saya dijangka bersalin pada esok hari tetapi sekarang saya merasa gusar dan susah hati untuk melahirkan kerana bimbang tiada bekalan air di rumah.

Kami amat mengharapkan bantuan dannkeprihatinan pihak tuan untuk meneliti masalah kami.

Sekian, kerjasama pihak tuan amatlah kami hargai dan sanjungi.

By: Linda

Masalah yang dihadapi oleh penduduk Pangsapuri Seri Maya

Saya sebagai wakil penduduk Pangsapuri Sri Maya , Pandan Indah Industril Park , Pandan Indah Ampang , Selangor. Ingin mengadu masalah yang dihadapi oleh kami. Iaitu syarikat penyelengaraan ditempat kami.

  1. Pagar kawasan yang rosak tidak di baiki dan menyebabkan masalah kecurian sering berlaku di kawasan kami.
  2. Masalah ganguan air kerana syarikat penyelengaraan tidak membayar bil-bil tertunggak kepada syarikat bekalan air (syabas).
  3. Masalah bekalan elektrik di koridor dan tangga blok yang rosak dan sering dipotong oleh TNB.
  4. Sampah dan tempat pembuangan sampah yang tidak terurus.
  5. Struktur dinding bangunan retak dan menyebabkan kulat di dinding rumah.

Sehingga kini penduduk disini masih belum pasti dengan status hak milik rumah berikutan syarikat pemaju telah gulung tikar.Kami penduduk yang sentiasa didalam dilema dan ketakutan berikutan perkara-perkara yang sering berlaku seperti diatas.

Diharap Kerjasama dari pihak Aduan TV3 dapat membantu kami semua penduduk- penduduk di Pangsapuri Sri Maya.

Kerjasama dari pihak Tuan Puan amat kami hargai.

Sekian Terima Kasih,

By: Muhammad Fitri Bin Abdullah

Masalah Air – Pengurusan kediaman yang tidak berkesan di Flora Damansara

Saya seorang penyewa di Blok B, Flora Damansara yang amat kecewa dengan pihak pengurusan JMB yang telah dipertanggungjawabkan untuk menjalankan pengurusan bangunan.

Berbagai-bagai masalah bekalan air yang kami terpaksa tempuhi sepanjang 3-4 bulan kebelakangan ini, bermula dengan bekalan air yang dipotong oleh pihak Syabas, gara-gara tunggakan yang tidak dibayar oleh Pihak JMB. apa yang pelik ialah, jika dilihat dari bil yang dikeluarkan oleh pihak Syabas, seolah-olah memang tiada bayaran langsung yang dibuat. jadi, persoalannya, dimanakah hasil bayaran yang telah dibuat oleh penghuni?

Bulan lepas pula, bekalan air terganggu selama 2 minggu gara-gara water pump rosak. Alasan yang selalu diberikan. Masalahnya, kekerapan yang berlaku itu membuatkan alasan itu tidak boleh diterima. Secara logik dalam istilah baikpulih, jika kerosakan berlaku, harus dibaiki, jika sudah tidak boleh dibaiki, harus diganti.. Apa yang ditunggu lagi? Penghuni membayar duit penyelenggaraan seperti yang dituntut, jika tidak bekalan air kerumah akan di’clamp’ oleh pihak pengurusan. Saya nmpak masalah disini, perjanjian yang hanya sebelah pihak.

Dan terbaru sejak minggu lepas, bekalan air tiada lagi. sekali lagi maslah water pump. Tiada notis dikeluarkan mahupun sebarang perjelasan bertulis dari pihak pengurusan. Setelah 3hari menunggu, satu notis dikeluarkan yang mengatakan pam bagi Block B telah menghadapi kerosakan dan sedang dibaiki. Tiada jangkamasa yang diberikan. Sehingga hari ini, Rabu 24/8/2011 bekalan air masih lagi tiada. Mengapa pihak pengurusan tidak mempercepatkan proses pembaikan? Adakah yuran pengurusan (Maintenance Fee) yang dibayar sudah kehabisan? Apa menyedihkan kami, tiada bekalan air untuk makan minum ketika bersahur, berbuka puasa, kegunaan harian dan sebagainya. sungguh menyedihkan & mengecewakan.

Apa yang sering bermain di fikiran saya ialah, kenapa hanya Blok B yang selalu mengalami masalah ini, sedangkan blok-blok lain tiada masalah? kenapa kami dianak tirikan, dimana kami sebagai penyewa hendak mengadu, sewa rumah dibayar penuh, bil penyelenggaraan dibayar penuh oleh pemilik tanpa tunggakan, sedangkan khidmat & servis yang diterima terlalu teruk, macam hidup dizaman 60-70 an..

Saya amat kesal dan tidak berpuas-hati dengan cara pengurusan mereka.

Sila ambil tindakan untuk mengakhiri sengsara penduduk Blok B Flora Damansara.

By: Mohd Sabri

Penyambungan air oleh syabas

Saya ingin membuat aduan yang mana saya membeli perumahan baru di Taman Sri Jelok, Kajang selangor.  CF dan menyambungan elektrik telah dibuat akan tetapi masih menungggu penyambungan air oleh Syabas.

Kami bercadang menduduki premis tersebut sebelum Hari Raya memandangkan kami perlu membayar rumah sewa sekarang dan juga rumah baru yang mana pihak pemaju telah membuat tuntutan penuh dari pihak bank.  Saya berharap aduan saya mendapat pertolongan pihak tuan.

By: nor alzachary

Pembuangan sampah secara haram

Saya yang mewaliki penduduk Pangsapuri Cemara ingin membuat aduan bahawa terdapat pembuangan sampah secara haram di hadapan pangsapuri kami. Sampah -sampah yang dibuang berbau dan telah menyebakan pembiakan nyamuk yang banyak.

Sampah-sampah ini dibuang daripada lori-lori 1 tan yang membawa sampah pada waktu malam dan membuangkanya di tempat tersebut. Ada juga pemandu lori yang sanggup tutup lampu kenderaan mereka sebelum membuat kerja ini.

Yang peliknya kawasan ini terletak diantara jalan ke  tangki air utama Taman Pinggiran Putra. Tidakah anggota-anggota dari syarikat Syabas yang datang melawat air tangki ini untuk pemeriksaan tidak perasaan dengan keadaan sampah di tepi jalan yang mereka lalui ataupun tiada pmeriksaan dijalankan langsung.

Kami berharap aduan ini dapat diberi perhatian kerana kawasan yang kami tinggal adalah kawasan yang tinggi dengan demam denggi dan terdapat juga ramai kanak-kanak di kawasan kami yang suka bermain di taman permainan yang sedia ada.Dengan pembiakan nyamuk yang agak tinggi kami sekarang takut untuk membiarkan mereka bermain ditaman dan sekelilin pangsapuri kami.

Oleh itu kami berharap agar pihak tuan dapat membantu kami dalam hal ini.

Sekian terima kasih

By: mathavi vasudavan

Sumber air bawah tanah

Di tempat saya ada sumber air bawah tanah yang tidak dikenal pasti datang dari mana bila dihubungi SYABAS pihak syabas menafikan bukan dari paip mereka. Air tersebut mempunyai tekanan yang tinggi dan mengalir begitu besar sekali. Saya bimbang kemunkinan ada takungan air di disana dimana kawasan perumahan kami berada diatas nya.

Saya masih ingat apa yang berlaku di helen tower bukit antara bangsa dimana kondo rebah kerana ada laluan air dibawah nya.

Alamat tempat saya

Taratak Muhibbah 1 jalan desa bahagia taman desa 58100 kuala lumpur.

By: Ab.Rahman bin Ismail

Bekalan Air di Ruvena Villa Apartment

Saya mendapat tahu bahawa tiada bekalan air sejak kebelakangan ini di kawasan perumahan Ruvena Villa Apartment di Putra Perdana Puchong.

Pihak Management, LT Sdn Bhd menuding jari kepada Syabas dan Syabas pula mengemukakan bahawa LT Sdn Bhd tidak membayar kepaka pihak Syabas.

Ramai penduduk di sini terpaksa hidup tanpa bekalan air untuk waktu yg agak lama dan hidup terseksa.

Harap ada pihak yang akan mengambil tindakan.

By: Kesavan

Tidak tahan dengan karenah berat sebelah Syabas

Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Intan ialah badan yang mengelolakan pangsapuri Intan setelah di ambil alih kira pada tahun 2008. Pihak pemaju yang asal ialah Max Benefit Sdn Bhd yang telah digulungkan. Penglikudasi adalah Insolcorp Advisory Sdn Bhd. Pihak pemaju telah meninggalkan tunggakan hutang air kepada pihak Syabas sebanyak RM50,000.

Pihak Badan Pengurusan Bersama diminta oleh Pihak Syabas untuk menjelaskan hutang-hutang tersebut sebelum migrasi air boleh dilakukan. Duit kutipan daripada penduduk telah di kutip semenjak 2 tahun yang lepas.

Persoalannya ialah, pada hari ini bekalan air ke pangsapuri ini telah dipotong dan pihak syabas telah meminta agar pembayaran secara berperingkat dijalankan.

Mana mungkin? Hutang-hutang tersebuat bukan di buat oleh pihak kami.

Pihak kami meminta agar Syabas menolak deposit RM44,000.00 daripada pemaju supaya hutang dapat dikurangkan. Masalahnya pihak Syabas mahu surat daripada pihak pemaju atau penglikudasi untuk memberikan kebenaran. Pihak pemaju telah digulungkan. Pihak penglikudasi pula tak membantu. Jadi kami tersepit antara pihak penduduk yang mahukan meter air ditukar ke meter individu dan pihak Syabas yang  tidah faham bahasa.

Semua masalah2 ini disalurkan balik kepada pihak ajk pengurusan. Kami juga mempunyai tugas-tugas harian kami ditempat kerja yang merupakan periuk nasi utama kami. Diberatkan lagi dengan ragam pihak Syabas.Sepatutnya pihak Syabas sebagai Syarikat Korporat mencari sendiri jalan supaya hutangnya dengan pihak pemaju dapat dilangsaikan, bukan dengan menekan kami.

Kami mahu menuntut keadilan seadil-adilnya.

Hari ini, bekalan air kami telah dipotong, dan kami tidak akan berganjak daripada pendirian kami untuk tidak membayar tunggakan air oleh pihak pemaju.

kami bukanlah dapat mengutip yuran penyelenggaraan kami daripada puhak penduduk secara seratus peratus. Duit kutipan bulanan hanya cukup untuk membayar kontraktor-kontraktor penyelenggaraan kami sahaja.

Perbincangan demi perbincangan yang memakan masa bertahun telah diadakan dengan pihak Syabas tetapi jalannya masih buntu.

Diharap pihak aduan rakyat dapat membantu kami dalam hal ini.

Terima kasih.

By: Badan Pengurusan Bersama Pangsapuri Intan