Sudah Tiada | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Sudah Tiada’

Elaun kola dan kenaikan gaji untuk pereka B17

Saya seorang pegawai kerajaan yang berkerja selama 10 thn di salah semuah jabatan kerajaan di Kuala Lumpur ingin meluahkan ketidak puas hati saya. Kenapa kakitangan Sabah dan Sarawak tidak menerima elaun kola sedangkan kakitangan lain menerimanya disedabkan berkhidmat di bandar. Kami kakitangan Sabah dan Sarawak pun berkerja dia ibu kota tapi tidak diberikan alaun itu sedangkan kos sara hidup kian meningkat dan dengan gaji yang lebih kurang memnyebakan kesempitan duit. Walaupun kami telah menerima elaun seberang laut yang hanya RM500 ringgit tetapi tidak mencukupi.

Kami tidak minta untuk bertugas di Semenanjung tetapi diarahkan dengan kos sara hidup yang makin meningkat menyukarkan lagi keadaan. Kos untuk balik ke negeri asal pun makin mahal walaupun kami diberikan tambang percuma sekali setahun akan tetapi kalau berlaku kes kecemasan kami terpaksa membeli tiket dan menanggung kos yang agak mahal. Adakah berlaku ketidak adilan atau pilih kasih dari pihak kerajaan? Nampak berlaku nye ketidak adilan berlaku disini. kami di pinggirkan . kami minta kerjasama dari pihak tuan mengambil tindakan secepat mungkin.

Read the rest of this entry »

PBS sangat membebankan

Saya sudah tidak mampu menyudahkan PBS kepada pelajar saya. Ada beratus instrument yang perlu diuji kepada pelajar. Dari band 1-6, dan beratus pelajar perlu dipantau… Sangat meletihkan… Dengan bilangan pelajar yang ramai dalam kelas, masa guru yg banyak dalam seminggu menyebabkan PBS menjadi satu masalah baru yang menyebabkan guru-guru makan hati… banyak sangat kerja-kerja lain tertangguh gara-gara menyiapkan PBS mengikut kehendak lembaga peperiksaan..

Saya berpendapat PBS menyebabkan pelajar  semakin letih.. bayangkan setiap hari, setiap guru yang masuk ke kelas semuanya akan menjalankan PBS kepada pelajar.. lalu pelajar menjadi letih.. mereka tidak dapat fokus apa yang mereka belajar . Majoriti pelajar yang saya tanya, mereka tidak menyukai PBS..ramai pelajar akhirnya melihat buku semasa menjawab soalan… disini sudah tiada ketelusan dalam PBS.. guru2 pula akan memasukkan semua eviden ke dalam fail dan ini banyak mengambil masa..

Read the rest of this entry »

Lumba haram di JB menjadi-jadi

Projek pembesaran jalanraya di pantai lido JB sudah siap, tapi malangnya sejak kebelakangan ini aktiviti lumba kereta dan motosikal semakin menjadi-jadi, terutamanya di malam minggu.

Meraka langsung tidak menghiraukan penduduk yg sedang lena tidur atau yg sedang sakit terbaring di hospital sultanah aminah. Perlumbaan berjalan lepas jam 12 malam hingga ke hampir subuh.

Read the rest of this entry »

Enjin Proton Preve bocor kurang sebulan

Saya merupakan seorang pemilik kereta Proton Preve. Kereta saya baru berusia kurang dari 1 bulan. Saya rasa tertipu bila membeli kereta buatan negara kerana kereta yang diserahkan kepada saya mengalami kebocoran di bahagian engine.

Sepatutnya perkara ini tidak patut berlaku sekiranya ada pengawasan yang lebih terliti dari pihak proton dan sepatutnya ianya tidak diserahkan kepada saya jikalau mengalami kerosakan. Lebih dikesalkan lagi ketika proses pembaikan dilakukan pihak service center menyatakan ada kecuaian ketika proses pemasangan dilakukan dikilang.

Read the rest of this entry »