Suai | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Suai’

Rumah sewa mahal bagi pelajar Politeknik Merlimau Melaka

Saya pelajar Politeknik Merlimau Melaka ingin membuat aduan tentang harga rumah sewa yang tidak berpatutan. Pelajar dikenakan bayaran RM1000 untuk rumah sewa dengan alasan terdapat sedikit ubah suai di dalam rumah tersebut (bilik air).

Walaupun terdapat rumah sewa yang mengenakan bayaran yang murah, saya sebagai pelajar senior amat sedih apabila mendengar aduan dari pelajar junior yang tidak mempunyai banyak pilihan kerana rumah sewa penuh di kawasan yang berdekatan yang memerlukan mereka berjalan kaki ke kelas. Saya juga ada menelefon tuan rumah tersebut bagi mendapatkan harga yang lebih berpatutan tetapi di marah dan disuruh meminta sewa rumah murah di pusat kebajikan. -5 julai 2012

Read the rest of this entry »

Lumba haram di JB menjadi-jadi

Projek pembesaran jalanraya di pantai lido JB sudah siap, tapi malangnya sejak kebelakangan ini aktiviti lumba kereta dan motosikal semakin menjadi-jadi, terutamanya di malam minggu.

Meraka langsung tidak menghiraukan penduduk yg sedang lena tidur atau yg sedang sakit terbaring di hospital sultanah aminah. Perlumbaan berjalan lepas jam 12 malam hingga ke hampir subuh.

Read the rest of this entry »

Samseng mengawal harga ubah suai rumah di Taman Mutiara Vista

Kepada pihak yang bertanggungjawab iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad dan pihak berkuasa sila ambil tindakan keatas samseng-samseng yang mengawal harga barangan untuk kerja pengubahsuaian seperti simen, pasir, jubin lantai, permasangan gril keselamatan, kos pendawaian dan segalanya.

Kesemua barangan pengubahsuaian tersebut handaklah dibeli daripada mereka dan harganya terlalu tinggi dari harga pasaran untuk mengaut keuntungan dengan keterlaluan.

Read the rest of this entry »

Rumah jadi sarang Mat Rempit dan Penagih Dadah berkumpul

Saya ingin membuat aduan berkenaan bunyi bising di kawasan kejiranan beralamat di Lot 2113-3 Jalan Sungai Merali, Batu 4 Gombak, 53000 Kuala Lumpur. Bunyi bising yang berpunca dari bunyi motor yang telah di ubah suai oleh mat-mat rempit ini tidak kira waktu siang dan malam membuatkan kami tidak lena tidur dan menyebabkan masalah-masalah lain. Antaranya adalah kesihatan yang kurang memuaskan kerana kekurangan tidur malam akibat bunyi bising, mutu kerja yang merosot, dan macam-macam lagi.

Selain daripada itu, rumah tersebut juga merupakan tempat di mana segelintir penagih dadah berkumpul di waktu pagi. Akibat daripada itu, kami yang tinggal di kejiranan ini hidup dalam ketakutan. Saya berharap, pihak-pihak yang berkenaan sepatutnya mengambil tindakan dengan segera. Jasa baik anda saya dahului ucapan jutaan terima kasih.

Read the rest of this entry »