Sepupu | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Sepupu’

Ratu maknyah berleluasa

Assalamualaikum wbt.

Atas dasar kesedaran sebagai seorang muslim dan tanggungjawab sesama Islam agar saya tidak dipersoalkan di akhirat kelak, saya ingin memaklumkan kepada pihak tuan/puan yang berkenaan mengenai gejala sosial yang berlaku di sekeliling saya.

Tuan / puan sedia maklum bahawa Islam melarang sekeras-kerasnya Lelaki menyerupai Perempuan. Saya di fahamkan bahawa akan ada satu majlis pertandingan ratu maknyah yang akan dijalankan di sekitar ibukota pada 1 Julai 2012. Kebetulan saya mempunyai sepupu yang berperwatakkan sedemikian memberitahu dengan bangga bahawa majlis tersebut akan di adakan di Flaminggo Hotel Ampang atas nama Anual Dinner. Malahan ada badan NGO yang terlibat dengan pertandingan ini.

Read the rest of this entry »

Rawatan sambil lewa di Hospital Kepala Batas

Pada 31/5/2011 sepupu dan anak kakak saya yg berumur mengalami kemalangan jalanraya. Sepupu saya tidak sedarkan diri kerana mengalami kecederaan teruk. Anak kakak saya pula cedera dimuka dan mata kanannya membengkak. Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Kepala Batas oleh orang kampung yang kebetulan berada di sebuah kedai makan berhampiran.

Apabila mangsa yang bibawa oleh orang kampung tiba di hadapan pintu kecemasan, tiada seorang nurse ataupn doktor yang datang membantu untuk dibawa kedalam bilik kecemasan. Ada nurse yang tengok, tetapi buat macam tak nampak. Sehinggakan orang kampung yang tolong bawa mangsa terpaksa menolak masuk sendiri sepupu saya kedalam bilik kecemasan. Kemudian baru ada nurse datang membantu menolak sepupu saya. Tetapi nurse itu hanya tolak masuk kemudian tinggal begitu sahaja sepupu saya tanpa berbuat apa-apa selama lebih kurang dekat satu jam. Sehinggakan emak saudara saya iaitu ibu kepada sepupu saya yg baru tiba kehospital tersebut memarahi pihak hospital baru mereka lakukan rawatan keatas sepupu saya.

Read the rest of this entry »