Kesal dengan perkhidmatan tren komuter

Saya ingin melahirkan rasa hampa dan kecewa pada perkhidmatan tren komuter pada pagi ini 23/12/2011. Ini kerana pada setiap hari seawal 6 pagi, saya akan menggunakan perkhidmatan komuter dari Seremban untuk ke tempat kerja saya di Cheras. Setiap pagi juga, saya terpaksa berkejar-kejar menaiki tangga yang curam semata-semata untuk menaiki tren yang terawal selepas solat Subuh.

Pada pagi ini, ketika saya mengulangi rutin harian saya bersolat Subuh di surau stesen dan berkejar-kejar ke tren, apabila saya berada betul-betul di hadapan pintu komuter, pintu tersebut ditutup. Berkali-kali saya menekan butang untuk membuka pintu, tapi tidak diendahkan.

Saya ditinggalkan terpinga-pinga begitu sahaja. Betapa kecewanya saya kerana segala kudrat dan tenaga saya untuk menaiki komuter tersebut lebur begitu sahaja. Dan kebetulan, pada pagi ini, saya dikehendaki mempengerusikan mesyuarat yang dihadiri oleh para pengarah-pengarah Jabatan.

Adakah begitu sukar atau memakan masa yang agak lama untuk membenarkan saya masuk ke dalam tren tersebut? Ini bukan kali pertama yang berlaku pada saya dan pengguna-pengguna yang lain. Jika alasan encik adalah untuk mengejar masa yang telah diperuntukkan untuk sampai ke destinasi-destinasi yang ditetapkan adalah tidak wajar kerana saya sendiri selalu menunggu tren yang selalu lewat untuk pulang ke Seremban.

Saya benar-benar berharap agar pihak tuan bertimbang rasa terhadap kami pengguna kenderaan awam yang selalu bertungkus lumus mengejar perkhidmatan anda. Sekian, terima kasih.

By: AJ

Masalah di Terminal Bas Sg. Nibong

Salam 1 Malaysia,

Kami berasa amat terbeban apabila keadaan di Terminal Bas Sg. Nibong telah bertukar ‘wajah’. Memang ianya telah di naik taraf dengan kemudahan yang lebih baik, namun begitu, pelbagai masalah telah berlaku kepada penumpang-penumpang bas ekspres. Antara masalah yang berlaku ialah :

  1. Kereta tidak dapat melalui laluan menurunkan/mengambil penumpang di dalam terminal kerana semua laluan (khas untuk kereta) tersebut telah ditutup dan hanya dibuka kepada bas sahaja.
  2. Tempat mengambil/menurunkan penumpang adalah di tepi jalan utama yang sentiasa sesak dengan kenderaan dan di sebelah terminal (Tapak Pesta). Laluan yang di sediakan di Tapak Pesta tersebut terlalu sempit dan sukar untuk membuat pusingan U dan kenderaan besar seperti van terpaksa masuk ke dalam tapak pesta dengan kadar bayaran tertentu semata-mata untuk membuat pusingan U.
  3. Segelintir pemandu bas tidak mahu memasuki terminal bas dan hanya memberhentikan penumpang di tepi jalan (Bustop) bertentangan dengan terminal bas tersebut. Adalah bahaya bagi penumpang untuk melintasi jalan tersebut untuk ke terminal bas Sg. Nibong untuk menaiki bas Rapid Penang yang berpusat di situ.
  4. Keadaan menjadi terlampau sesak dan bahaya.

 

Berikut saya sertakan aduan yang telah saya temui di laman sesawang yang lain:

http://www.thesundaily.my/news/177337

Perhatian daripada pihak Aduan Rakyat saya dahului dengan jutaan terima kasih. Aduan Rakyat, kami sentiasa memerlukan anda.

Terima kasih.

-Penduduk Terbeban-

By: Yeen

Salah guna kuasa dan penindasan terhadap penduduk.

Amat malang bagi penghuni PPR Putra Damai, Lembah Subang. Ini adalah kerana hak mereka dinafikan oleh pihak yang mengaut keuntungan berganda melalui kontrak penyelenggaran bangunan.

Bayangkan dari 3 buah lif yang disediakkan ,hanya 1 yang berfungsi. Adalah dipercayai lif yang dua lagi dijadikan alat ganti. Walaupun aduan dibuat kepada pihak pengurusan (jabatan penilian dan harta MBPJ) tetapi tiada tindakan diambil.

Menghairankan juga bagaimana sebuah syarikat yang gagal memberi perhidmatan boleh disambung kontraknya.Kegagalannya amatlah serius dan melibatkan nyawa pengguna tetapi pihak pengurusan (jabatan penilian) memandang pekara ini tidak penting.Sebagai contoh:

1. Sistem keselamatan kebakaran.

pekara ini ternyata diabaikan, walaupun gambar-gambar sebagai bukti dan kebakaran yang berlaku telah dilaporkan tetapi pihak terbabait hanya bodohkan sahaja.Dipercayai juga ada penglibatan orang dalam jabatan dan sokongan ahli majlis meeka ini masih dikekalkan.jelas merka hanya mementingkan wang semata-mata tampa mempedulikan nyawa penghuni.

Terbaru pada awal oktober 2011 pihak TNB melalui notisnya memaklumkan akan mematikan bekalan diblok a,b dan c bagi kerja-kerja penyelenggaran namun apa yang berlaku sistem kecemasan (gen set ) gagal berfungsi. Dari pukul 11 pagi hingga lah 3 petang semua lif tidak berfungsi termasuk sistem kebakaran.

Layakkah syarikat ini dikekalkan sebagai pihak penyelenggaraan sedangkan dengan jelas mengabaikan keselamatan. Ternyata nyawa penghuni dan hak penguna dinafikan.

Adalah dimohon kerjasama pihak tuan untuk ketengahkan pekara ini kerana amat malang bagi penghuni PPR Putra Damai.Dengan pembayaran sebanyak rm85.00 bagi sebuah rumah berpenghuni dan lebih kurang rm30.00 bagi yang tak berpenghuni pihak pengurusan mengaut keuntungan puluhan ribu ringgit tampa menjalankan kerja pengurusan.

Alasan penghuni tidak membayar sewa sengaja dibangkitkan kerana ini merupakan tiket bagi menkaburi keuntungan yang diperolehi.Penduduk juga dituduh berdegil tidak mahu membayar sewa agar pihak-pihak terbabit mengangap PPR memang bermasaalah.

Namun dalam masa yang sama penduduk didesak mengjelaskan tunggakan dan sewa bulanan sebanyak RM750.00 sebulan.Ini membebankan penduduk.Semakin hari sewa makin bertambah tapi penyelesaiannya tiada.Penduduk dicengkam tekanan hidup yang serius.Dengan masaalah hutang rumah, perhidmatan lif dan penyelenggaran yang bermasaalah membuatkan kehidupan penghuni bertambah stress.

Ini diburukkan lagi apabila penghuni melepaskan geram dengan membuang sampah dari tingkat atas bangunan keranan lif gagal berfungsi.Akibatnya kawasan persekitaran makin kotor.Anak-anak pula malas kesekolah kerana bila lif rosak mereka terpaksa bawa beban beg naik dan turun sehingga tingkat 17.

Hanya kerana mengejar keuntungan hampir 12 ribu penghuni PPR hidup dalam tekanan dalam sebuah negara yang makmur dan gemilang.Tambahan pula diSelangor negeri yang terkaya diMalaysia.

Apa dosa penghuni disini sehingga penindasan sebegini hebat tidak diambil peduli.Apabila persatuan membangkitkan pekara ini ugutan pengusiran dikeluarkan agar penghuni takut.Kain -kain rentang dinaik kan oleh orang suruhan mereka agar memboikot persatuan.Persatuan dituduh dalang menyebabkan penghuni hendak diusir.Tapi disebalik semua ini ini adalah kerja pihak terbabit yang ingin memastikan keuntungan setiap bulan tidak digangu.

Sikap ahli majlis mempertahankan pengurusan yang gagal juga dipercayai ada agenda tersembunyi.Kami monon siasiatan memyeluruh agar pekara ini dapat diatasi demi masyarakat yang telah ditindas sekian lama.

By: persatuan penduduk ppr putra damai lembah subang petaling jaya selangor (2011)

Harga makanan tidak munasabah di Kemaman

Assalamualaikum w.bt. dan salam sejahtera,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi ruang dan peluang untuk mengemukakan rintihan dan aduan rakyat. Saya seorang anak Malaysia yang baru menetap di Kemaman, Terengganu. Mendapat kerja di salah sebuah syarikat disini dan akan berkahwin tidak lama lagi. Pendapatan saya tidak seberapa dengan keperluan menyimpan wang untuk persiapan perkahwinan yang InsyaAllah akan dilangsungkan pada hujung tahun ini.

Setelah beberapa bulan disini, saya kerap pergi makan di kedai-kedai yang terdapat di sekitar Kemaman. Disebabkan tinggal seorang, tidak berbaloi rasanya untuk masak. Jadi terpaksalah saya makan di kedai. Ape yang menghairankan saya, harga makanan terlalu mahal dan berbeza. Tidak mengikut senarai harga, dan ada juga yang tidak mempamerkan harga. Bila ditanya kenapa dalam senarai harga rm5, tapi bila kira rm6.50 untuk sepinggan nasi padprik, peniaga tersebut memberi alasan senarai tersebut harga lama.

3 hari berturut-turut saya makan yang sama, tetapi harga yang berbeza mengikut orang yang menjaga kaunter, hari pertama rm6, kedua rm6.50 dan ketiga 8.50. Jika dalam Islam, sepatutnya peniaga tersebut kena ikut harga yang terdapat dalam ‘menu’. Timbangan juga tidak boleh kurang. Mungkin sebab itu rezeki yang diterima tidak berkat. Memang kalau di sini ramai yang mengambil kesempatan disebabkan industri minyak dan gas, tapi perlu difahami bukan semua orang kerja di industri itu. Dan janganlah sewenang-wenangnya nak meletakkan harga yang tinggi untuk mendapat keuntungan secara haram dengan menipu pelanggan semata-mata. Kalau nak cari rezeki biarlah yang halal. Kalau di Kelantan masih ade peniaga yang menjual nasi ayam rm2.50.

Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang halal, peniaga tersebut dapat menunaikan haji setiap tahun. Kalau ditempat lain sekali pun kebanyakkan peniaga masih patuh dan mengikut senarai harga yang di pamerkan. Di harapkan pihak berkuasa dapat menjalankan pemantauan dan penguatkuasaan yang lebih tegas untuk mengelakan daripada peniaga yang tidak bertanggungjawab terus menganiaya dan mengambil kesempatan untuk menipu pelanggan.

By: Man milo

Konvokesyen PSMZA yang terburuk

Salam,

Saya terpanggil untuk membuat aduan mengenai konvokesyen POLITEKNIK SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN yang berlangsung baru-baru ini 26,27,28 september 2011.

Saya telah menghadiri 3 konvokesyen sebelum ini di IPTA yang berlainan dan boleh saya katakan konvokesyen di PSMZA merupakan yang terburuk yang pernah saya hadiri dan ianya tidak sepatutnya berlaku di mana-mana jua IPTA di Malaysia. Proses pengurusan konvokesyen yang langsung tidak terurus diibaratkan melepaskan batuk di tangga semata-mata.

Pelajar yang seramai 700 orang berebut untuk mendapatkan jubah konvokesyen dimana waktu untuk mengambil jubah adalah tersangat terhad. Tiada langsung kerjasama dari pihak pengurusan PSMZA untuk memastikan pengambilan jubah berada dalam keadaan yang lancar. Jubah konvokesyen merupakan baju yang amat bernilai dimata seorang pelajar setelah segala penat lelah dicurahkan untuk menuntut ilmu. Namun pengambilan jubah dalam keadaan demikian ibarat seoarang pengemis berlawan dengan pengemis lain untuk mendapatkan sekeping roti yang busuk. Dimana sebenarnya nilai sehelai jubah konvokesyen tersebut dimata pihak pengurusan PSMZA.

Kad kemasukan ibubapa ke dalam dewan juga menjadi rebutan diantara pelajar. Malah terdapat sekelompok pelajar bergaduh dengan sekolompok pelajar yang lain (berlainan jabatan) semata-mata untuk mendapatkan kad tersebut.

Proses pengambilan gambar pelajar bersama ibu bapa juga amat mengecawakan. Tidak terfikirkan pihak pengurusan politeknik PSMZA bahawa 700 orang pelajar yang akan menghadiri konvokesyen tersebut, sebahagiannya akan sanggup membayar sesi fotografi untuk dijadikan kenangan. Saya tidak nafikan hampir sebahagian ibu bapa yang menghantar anak ke PSMZA adalah dari golongan yang tidak berkemampuan. Tapi jangan lah dijadikan alasan untuk menyediakan hanya 1 kanopi yang kecil bersebelah dewan utama psmza untuk 700 orang pelajar. Dan disini juga telah menyebabkan timbulnya pergaduhan. Malah pengambilan sesi fotografi adalah yang paling teruk dimana boleh saya katakan berdasarkan keuntungan semata-mata. Pihak sesi fotografi langsung tidak mengambil kira kekemasan pelajar atau kedudukan yang cantik bagi pelajar dan ibubapa. Bayangkan 1 sesi fotografi  iaitu gambar pelajar yang bergraduat dan gambar pelajar yang bergraduat bersama ibu bapa hanya mengambil masa tidak sampai 5 minit.

Panjang lagi perkara yang saya nak adukan mengenai konvokesyen PSMZA, tapi konvokesyen PSMZA ini merupakan yang paling teruk dan memalukan.

Ianya amat memalukan terutama kepada ibu bapa yang telah bersusah payah menghantar anak ke PSMZA, tetapi apabila tiba di hari yang dinantikan untuk melihat anak menggengam segulung diploma, ianya menjadi satu hari yang cukup mengecewakan.

Untuk pihak pengurusan PSMZA, ingatlah pelajar2 politeknik tiada bezanya dengan pelajar2 di matrikulasi, mereka semua adalah harapan negara dan status mereka adalah sama kerana di kemudian hari mereka akan duduk sama rendah berdiri sama tinggi didalam kelas jurusan yang sama apabila mereka berjaya menyambung pelajaran ke peringkat ijazah. Jangan sesekali memandang rendah terhadap konvokesyen di peringkat politeknik dengan mengambil mudah segala urusan konvokesyen bagi pihak mereka.

Insan yang sangat kecewa dengan pihak pengurusan PSMZA.

By: im

Menjaja di kawasan salah dan menghalang lalulintas

Berdepan Blok 19 dan Blok 18 Taman Bukit Angkasa, Pantai Dalam terdapat segelintir peniaga yg menjaja kedai makan di tempat larangan sedangkan pihak DBKL telah menyediakan banyak ruang tempat berniaga di Medan Selera di Taman Bukit Angkasa. Perkara ini telah lama diajukan sehingga telah tersebar di media masa tetapi tiada tindakan diambil sehingga kini. Hal ini juga telah menyebabkan kesesakan lalu lintas dimana ramai yang parking kereta sesuka hati di tengah jalan semata-mata hendak makan disitu.

Blok 19 dan Blok 18 Taman Bukit Angkasa

Peniaga juga sewenang-wenangnya meletakkan meja makan di ruang jalan raya dan menyebabkan lalu lintas menjadi satu hala. Ini merumitkan orang ramai yang ingin menggunakan jalan tersebut dan adakala kenderaan yang dinaiki bergesel antara satu sama lain. parking yang adapun telah digunakan sepenuhnya oleh peniaga untuk berniaga.

Blok 19 dan Blok 18 Taman Bukit Angkasa

Mohon jasa baik pihak berkuasa untuk merobohkankan gerai-gerai yang tidak sepatutnya berada di kawasan tersebut dan mohon mereka berpindah ke tempat yang sedia ada kerana hasil yang mereka perolehi juga telah dimiliki segelintir orang yang bukan pemilik kawasan kerana telah menyewakan tempat tersebut kepada peniaga

By: Hazlinda

Rumah Terbengkalai 7 tahun, Pemaju Lari

Saya telah membeli rumah di taman mount austin – low medium cost dan  telah membayar 10% deposit pada awal tahun 2004 . Namun, sehingga sekarang saya hanya membayar interest pada pihak bank dan rumah saya sehingga kini tidak dapat diduduki dan tiada seorang pekerja pun yang ada di tapak pembinaan .

Apa yang paling mendukacitakan saya ialah saya telah pergi ke pejabat pemaju semalam ( 20 August 2011 ) tetapi pemaju tidak lagi menjalankan operasi di alamat dibawah tanpa memberikan notis kepada kami sebagai pembeli.

Saya amat kecewa debgan apa yang berlaku apatah lagi kawasan perumahan tersebut terlalu dekat dengan Hospital Sultan Ismail dan mencacatkan lagi keindahan kawasan yang sedang pesat membangun dengan wujudnya ‘rumah pangsa  terbelengkalai dan berhantu’

Pihak kerajaan negeri dan majlis tempatan seharusnya peka dan mengambil tindakan segera bagi membela nasib pembeli yang berpendapatan rendah ( pemandu lori ) seperti saya.

Saya sekeluarga terpaksa pindah dan duduk di rumah emak mertua saya di Kelantan kerana terbeban dengan hutang bank yang harus di bayar setiap bulan. RM 200 pada saya merupakan satu jumlah yang amat besar untuk di bayar kepada pihak bank setiap bulan, sedangkan rumah tidak di duduki dan terbelengkalai.

Saya juga gagal untuk menghubungi pihak peguam yang beroperasi di Taman Pelangi Johor Bahru.

Diharap pihak Aduan Rakyat dapat memaparkan masalah ini di televisyen agar dapat membuka mata pihak berkuasa dan pemimpin kerajaan negeri dan perumahan tempatan yang sedang lena.

7 tahun merupakan satu tempoh yang lama dan bukanlah satu alasan untuk pihak berkenaan terlepas pandang. Seharusnya ada satu undang-undang di wujudkan bagi membuat ‘audit’ setiap tahun bagi memantau dan menguatkuasa tindakan yang sepatutnya terhadap pihak pemaju yang penipu ini.

Audit bukanlah  di atas kertas berdasarkan laporan yang di hantar oleh pihak pemaju semata-mata, tetapi turun padang ke tapak pembinaan.

Dan adalah lebih baik campur tangan pihak Badan Pencegah Rasuah di dalam mengambil tindakan yang sepatutnya kerana tidak mustahil ada pihak tertentu telah di tutupkan mata di dalam melaksanakan  tugas pemantauan.

Pandangan saya adalah di atas kesengsaraan yang saya dan pembeli lain hadapi dan tanggung selama 7 tahun ini. Saya yakin pembeli lain juga telah membuat aduan di beberapa tempat yang di rasakan dapat membela nasib kami.

PEMAJU: KONG SUN ENTERPRISE SDN BHD

ADDRESS : 2A & 6 Jalan Suria 19, Taman Putera 81100 Johor Bahru.

By: Rosli Bin Nawi

Gangguan bekalan hampir sepanjang hari

Kami adalah warga kampung Ulu Mosopoh dan Pementerian yang tinggal di daerah Nabawan, Sabah. Jalan kampung kami tidak bertar dan dan tidak mempunyai line telefon. Untukmendapatkan kemudahan ini kami perlu keluar yang mengambil masa setengah jam dengan keadaan jalan yang teruk.

Ditambah lagi masalah eletrik yang sering terputus. Pada 2 ogos 2011 (Selasa) bekalan eletrik terputus dari pukul 8pagi sehingga 4.30 petang iaitu hampir 10 jam. Pada 9 Ogos 2011 pula, bekalan eletrik terputus dari pukul 11.30 pagi sehingga 8.30malam. Tamabahan lagi bekalan selalu pergi balik selama 10 minit setiap hari. Kami terpaksa keluar semata-mata untuk membuat laporan. Semalam saya membuat laporan 2 kali pada waktu petang namun saya tidak mendapat jawapn kenapa bekalan kami selalu putus pada hari Selasa. Kali kedua saya telefon, operator tidak tahu bahawa bekalan terputus dan tidak tahu sama ada technician sudah berada di kawasan sana. Saya telah pun keluar dari kawasan saya dan saya tidak nampak sebarang kereta atau orang SESB.

Kedua-dua Kampung ini mempunyai 2 sekolah.Pelajaran sekolah terganggu,murid tidak selesa belajar kerana panas. Guru tidak dapat membuat kerja yang memerlukan eletrik seperti printer, laptop, LCD dan photostat. Kelas tambahan petang dan malam tidak dapat dijalankan. Selain itu, makanan kami rosak sebab peti sejuk tidak berfungsi. Banyak peralatan eletrik rosak disebabkan perkara. Bekalan terputus ini bukan kali pertama, tapi banyak kali sudah sebelum beberapa bulan ini.Namun pihak berkenaan buat tidak endah saja.

Tariff eletrik sudah naik 2 kali ganda namun perkhidmatan semakin merosot. kami yang membayar ini merasa tidak puas hati atas sikap pihak yang tidak memaklumkan akan kerosakan dan pembaikan yang dibuat. Kami mengalami banyak kerugian.

Diharap pihak tuan dapat mengambil tindakan agar kami mendapat penjelasan mengapa eletrik di kawasan ini selalu terputus.

By: ulu mosopoh

Pengajar memandu yang tidak berkelayakan

Saya ingin memanjangkan aduan saya ini kepada pihak yang berkenaan di JPJ Putrajaya. Terdapat pengajar memandu yang tidak berkelayakan untuk mengajar yang mengajar di Akademi Memandu Nilai Sdn Bhd.

Untuk maklumat pihak tuan, terdapat beberapa pengajar memandu yang tidak berkelayakan mengajar bagi kelas memandu bagi lesen kelas E dan juga lesen vokasional iaitu GDL dan PSV. Pengajar tersebut hanya memegang Sijil Pengajar Institut Memandu (SPIM) bagi kelas D sahaja. Namun mereka ini telah mengajar bagi kelas E dan juga vokasional.

Sepatutnya mereka ini mestilah memiliki SPIM kelas E dan juga QTI Vokasional. Saya percaya pihak majikan tersebut hanya ingin mengejar keuntungan semata-mata tanpa mematuhi peraturan yang sedia ada. Sekiranya pengajar tersebut tidak berkelayakan apakah mungkin akan melahirkan pemandu kenderaan perdagangan yang berkualiti dan berhemah di jalanraya nanti.

Sekian aduan saya. Diharapkan pihak yang berkenan dapat mengambil perhatian yang serius dan mengambil tindakan yang sewajarnya.

By: pengadu

Diganggu Lelaki India Tidak Dikenali

Rumah saya dan sekitar penduduk Kampung Pulau, Gemencheh 73200 Negeri Sembilan sering didatangi beberapa orang lelaki India yang mahukan barangan besi buruk untuk dibeli. Sedangkan di rumah kami tiada barangan tersebut. Mereka selalu datang dalam lingkungan pukul 10 pagi hingga tengahari mungkin ramai yang tiada di rumah kerana bekerja. Oleh itu hanya tinggal orang tua sahaja di rumah.

Ini merisaukan dan membimbangkan penduduk kerana mereka datang di hadapan rumah semata-mata bertanyakan besi buruk. Sudahlah orang tua tinggal seorang diri dan mereka orang India ini datang sehingga 2 orang menyebabkan mereka takut diapa-apakan.

Apabila tuan rumah tidak keluar dari rumah atau mengatakan tiada barangan tersebut mereka dengan kurang ajarnya meninggalkan rumah dengan tidak menutup pintu pagar, mengugut mengatakan mereka nampak besi2 tersebut dan yang paling teruk mereka buang air kecil (kencing) di atas tanaman kami jika kami tidak melayan mereka. Ini menyebabkan rasa penduduk di Kampung Pulau Gemencheh tidak berasa aman dan tidak selamat lagi.

By: Arifah Husna Hamzah

Aduan berkenaan sikap pembantu penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang

Saya ingin membuat aduan kepada pihak tuan bahawa pada 20 Jun 2011, pihak Pembantu Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kluang (MPK) telah menyerang kediaman saya dan keluarga serta bertindak agresif dengan mengeluarkan kata- kata kasar, kata-kata ugutan, mengherdik dan tidak sopan di hadapan kediaman kami semasa mengeluarkan kompaun berdasarkan aduan yang diterima tanpa menjalankan proses soal siasat terhadap pemilik kediaman. Selain itu, mereka juga hanya mengeluarkan kompaun semata- mata berdasarkan aduan oleh pengadu tanpa memberi peluang kepada pihak saya dan keluarga untuk membela diri & membuat penjelasan.

Atas aduan seorang individu berbangsa cina yang dimaklumkan oleh En. Faizal iaitu pegawai MPK dimana individu terbabit membuat aduan bahawa pihak kami menjatuhkan tanah dan pasir keatas jalan serta membuang tanah kedalam parit dihadapan kediaman kami sendiri, sedangkan tiada kerja atau sebarang aktiviti binaan atau kerja tanah dilakukan dan langsung tiada tanah didalam parit di depan kediaman kami.

Tujuan saya membuat aduan ini adalah untuk memohon jasa baik pihak tuan membantu membela nasib pihak kami sekeluarga berkenaan tindak tanduk individu berbangsa cina (pengadu kepada pihak MPK) yang berniat jahat, mengeluarkan tuduhan dan aduan yang tidak berasas serta berunsurkan fitnah dan tindakan agresif Pembantu Penguatkuasa semasa menyerang kediaman kami ketika mengeluarkan kompaun.

Selain itu laporan ini juga dibuat kerana perkara ini telah memberi impak negatif dimana menjatuhkan nilai moraliti pihak kami sekeluarga, maruah dan meletakkan imej keluarga kami di tempat yang tidak sepatutnya terutama di kawasan kejiranan saya dan keluarga.

kerjasama dari pihak tuan amatlah dihargai.

By: nur syahira

Perkhidmatan Bas Transnasional Mersing amat mengecewakan

Bila kita sebut TRANSNASIONAL pasti semua orang di Malaysia tahu ia adalah syarikat bas yang besar dan hebat. Tapi persoalannya adakah betul-betul hebat??? Berpuashatikah pengguna dengan perkhidmatan yang diberi??? Berbaloikah wang ringgit yang dibayar untuk perkhidmatan mereka??? Adakah syarikat ini menunaikan apa yang dijanjikan dalam mereka???

“Transnasional, satu ikon dan peneraju industri bas ekspres Malaysia, merupakan salah satu jenama yangtersohor di Asia Tenggara. Dengan lebih dari 200 destinasi dan 1000 perjalanan harian, Transnasional memberi khidmat ke semua bandar-bandar utama di Semenanjung Malaysia dan Singapura. Kami mengaplikasikan kemajuan teknologi terkini dalam rekaan dan keselesaan dan ini membolehkan kami menyediakan perjalanan yang selamat, seronok dan mampu dinaiki ramai.”

Apa yang hendak saya perkatakan disini adalah mengenai perkhidmatan bas TRANSNASIONAL dari MERSING-KUALA LUMPUR- MERSING sangat mengecewakan.

Saya bertugas di MERSING tetapi keluarga dan isteri tinggal di Kuala Lumpur kerana Isterisaya bekerja di Kuala Lumpur. Saya menggunakan perkhidmatan bas hampir setiap minggu.Sejak enam tahun saya bertugas di Mersing dan menaiki basTRANSNASIONAL hanya dua buah bas yang ganti dengan yang baru. Bas yang lain boleh dikatakan sudah uzur, dengn kerusi-kerusi yang rosak, enjin yang selalu rosak..

Mengapa bas ke utara, pantai timur dan JB dan singapura cantik-cantik,selesa,baru-baru belaka tetapi bas ke MERSING semuanya BURUK-BURUK dan ROSAK-ROSAK. Adakah kerana disana mereka banyak persaingan tetapi di MERSING kami tiada pilihan..perlukah mereka menindas pengguna yang tinggal di kampung untuk keuntungan syarikat semata-mata tanpa mengira hak pengguna??

Untuk pengatahuan anda, Bas utk laluan MERSING-KL-MERSING akan memalui jalan KL-KUALA PILAH-MUADZAM SHAH-ROMPIN-ENDAU-MERSING. Jalan ini adalah jalan hutan dan jalan kampung yang lebih kurang 400km yang memakan masa 5-6 jam perjalan.

Anda tahu PULAU TIOMAN?? Satu Malaysia dan dunia pun tahu PULAU TIOMAN merupakan salah satu destinasi pelancongan dan percutian, malah antara pulau tercantik didunia.. tahukah anda untuk ke PULAU TERSEBUT anda perlu ke MERSING atau ENDAU untuk menaiki feri.. Mungkin pelancong dari dalam negara boleh menggunakan kenderaan sendiri untuk ke Mersing tetapi pelancong dari luar negara sudah pasti menggunakan perkhidmatan BAS TRANSNASIONAL. Bas yang buruk dan selalu rosak, itulah bas yang mereka naik..kalau bernasib baik dapatlah naik bas baru yang hanya ada 2 buah tu..apa tanggapan mereka kepada negara kita??

Disini saya ingin ceritakan satu pengalaman yang baru terjadi kepada saya JUMAAT 17 JUN 2011. Seperti biasa saya menaiki bas dari MERSING ke KUALA LUMPUR jam 12.30. Sudah la bas buruk. Kerusi rosak, kerusi makcik yang duduk dibelakang saya tidak boleh ditegakkan dan hanya boleh baring sahaja. Ada pula yang boleh tegak dan tidak boleh di baringkan dan ada kerusi yang hampir tercabut. Sampai saja di serting enjin bas mula meragam tetapi masih boleh jalan dan pemandu meneruskan perjalanan sehinggalah sampai di ulu bendul, pemandu tidak boleh meneruskan perjalanan kerana satu hos minyak diesel telah patah dan pemandu terpaksa memberhentikan bas di ulu bendul jam 5.00 petang. Jika diteruskan perjalanan bas kemungkinan besar TERBAKAR kata pemandu. Dalam bas semua kerusi penuh dan kebanyakan penumpang adalah pelancong dari TIOMAN. Terdapat lebih kurang 10 pelancong warga ITALI. Bagi saya yang tidak mengejar masa tidak mengapa masih boleh bersabar. Tetapi warga ITALI tersebut mengejar masa untuk menaiki kapal terbang di KLIA jam 10 pm bagaimana? Pemandu telah berusaha menelefon pihak ibu pejabat mereka untuk meminta bas sokongan, tetapi jawapan yang diberi “bas ada tapi driver cuti tunggu driver datang”

Pelancong ITALI itu meminta pemandu menghubungi bos atau syarikat, tetapi apabila pemandu pelancong ITALI itu hendak bercakap, warga kerja TRANSNASIONAL yang menjawab telefon, mereka memutuskan talian beberapa kali. Banyak kali kami cuba menghubungi pihak TRANS tetapi gagal dan japan tunggu nanti bas datang. Kalau saya tahu no telefon BOS TRANS senang saya call bg pelancong tu cakap. Saya kasihan melihat pemandu tersebut kerana telah berusaha dan bersusah payah untuk memuaskan hati semua penumpang. Pemandu kurang fasih berbahasa inggeris, jadi saya terpakasa menjadi perantara antara pemandu dan pelancong itu. Mereka menyatakan ketidakpuasan hati mereka sehingga saya pula dimarahi oleh pelancong tersebut sehingga keluar perkataan dari mulut mereka “what the SH***T this bus and this company..” why MALAYSIA PUBLIC TRANSPORT IS S**K.

Apa yang saya boleh cakap lagi, takkan nak cakap bas ni je buruk bas lain tak. Sehingga jam 8 malam saya dan penumpang lain masih berada disitu. Pelancong itali itu terpaksa mengambil teksi dan bergerak terus ke KLIA. Saya terpaksa meminta bantuan rakan dari Senawang untuk mengambil saya dan hantar ke KL. Jam 8 saya telah beredar dari situ dengan bantuan rakan, tetapi pemandu dan ramai lagi penumpang masih berada disitu sehingga jam berapa saya tak tahu.

Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Dek bas TRANSNASIOANAL MERSING rosak nama SYARIKAT BAS YANG LAIN. Adakah kita ingin orang memperburuk-burukkan Negara kita?? Sudah pasti kita marah bukan? Jika inilah tanggapan pelancong asing kepada Negara kita,adakah mereka akan mempromosikan Negara kita kepada rakan-rakanatau keluarga mereka?? Emmm..anda pikirlah sendiri..Mungkin warga kampung seperti kami di MERSING ini tidak penting bagi TRANSNASIONAL.

ADAKAH NAK TUNGGU BAS TERBAKAR BARU NAK AMBIL TINDAKAN?? NAK TUNGGU KEMALANGAN BARU NAK TUKAR BAS??

BUKAN BAYARAN BALIK RM30 YANG SAYA INGIN MINTA TETAPI APA YANG SAYA MAHUKAN ADALAH TRANSNASIOANAL MENGGANTIKAN BAS MERSING DENGAN BAS YANG BARU. MENTANG-MENTANG ANDA SYARIKAT BESAR DAN HANYA ADA SYARIKAT ANDA SAHAJA DI MERSING ANDA BOLEH TINDAS PENGGUNA KAMPUNGDI MERSING.

Sekian terima kasih…

DARI ORANG KAMPUNG

By: izuanshah

Maxis Customer Service tidak mesra pelanggan

Assalamualaikum w.b.t

Saya ingin mengatakan rasa tidak puas heti dengan layanan pekerja di bahagian khidmat pelanggan Maxis.

Masalah bermula apabila telefon saya yang menggunakan postpaid Maxis dicuri. Bermula hari kejadian dan dua hari seterusnya saya cuba mendail Hotline Maxis 123 yang biasa saya guna apabila berlaku kecurian seperti ini. Tetapi gagal. Saya tidak dapat ke mana-mana Maxis Centre berdekatan kerana kekangan masa sebagai seorang penyelidik yang berada di makmal dari pagi sehingga malam.

Oleh kerana masih tidak dapat mendail Hotline Maxis dan bimbang postpaid saya digunakan oleh pencuri terbabit, saya terpaksa juga mengambil cuti semata-mata untuk ke Maxis Centre berdekatan. Apabila aduan dibuat, bil saya telah digunakan sebanyak RM500 ++. Kali terakhir saya guna, bil saya adalah sebanyak RM16. Maxis Centre berkenaan telah mengambil kenyataan saya berkenaan kes tersebut beserta report polis yang saya telah buat sebaik sahaja telefon saya dicuri. Menurut pegawai yang mengambil keterangan saya, pihak beliau akan menguruskan kes berkenaan dan akan menghubungi saya sebaik sahaja kes selesai.

Namun, beberapa minggu kemudian, saya menerima panggilan dari Maxis Customer Service meminta saya melangsaikan bil Maxis saya yang berjumlah RM500++ tadi. Saya menerangkan perkara sebenar yang telah berlaku sebelum ini kepada pihak Maxis berkenaan. Akhirnya, mereka sekali lagi meminta saya menghantar laporan polis kepada mereka, sedangkan saya telah berbuat demikian sebelum ini. Demi untuk tidak mahu memanjangkan cerita, saya hantar sekali lagi laporan polis. Sehari selepas saya hantar laporan polis kepada mereka, Maxis Customer Service menelefon saya, meminta saya membuat laporan polis yang baru. Saya minta tempoh kerana saya jadual saya penuh. Saya juga terpaksa mengikuti kursus. Pihak Maxis setuju memberi tempoh tetapi tidak menyatakan berapa lama tempoh yang diberikan dan saya juga tidak bertanya kerana waktu panggilan yang dibuat kepada saya adalah waktu pejabat di mana banyak lagi kerja yang saya perlu selesaikan.

Sewaktu saya berkursus, saya menerima lagi panggilan, meminta saya menjelaskan bil saya hari panggilan dibuat juga. Dan saya diugut, jika tidak berbuat demikian, pihak Maxis akan mengambil tindakan. Saya telah menjelaskan perkara yang sama sekali lagi, namun pegawai berkenaan tetap mahukan saya menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin sedangkan kursus saya tidak memberi kesempatan pada saya keluar membuat laporan polis.

Pihak Maxis sepatutnya faham dengan situasi saya. Namun, setelah berkali-kali saya menerangkan keadaan saya yang tidak mengizinkan saya menyelesaikan masalah dalam masa terdekat, dengan percakapan yang langsung tidak mesra pelanggan, dia mengingatkan saya tentang tindakan yang akan dikenakan kepada saya.

Harap pihak Maxis mengambil tindakan yang sewajarnya dengan pretasi Maxis Customer Service yang langsung tidak memuaskan.

Terima kasih.

By: Wan Norfazilah