Posts Tagged ‘Semata’
Makan Tengahari yang Berulat
Saya telah memesan 6 bungkus nasi goreng ayam di kawasan Gelang Patah iaitu A**** Corner yang beroperasi 24 jam. Selepas selesai membuat bayaran, saya terus membawa makanan saya ke pejabat.
Janji tidak ditepati Bas Transnasional
Assalamualaikum w.b.t
Saya merupakan salah seorang pengguna perkhidmatan pengangkutan awam sejak di bangku sekolah lagi.Saya anak jati Kelantan,bersekolah di Kuantan,seterusnya di Perak,Perlis dan Shah Alam sehinggalah ke alam pekerjaan merantau di bandaraya Kuala Lumpur.Sekiranya pulang ke kampung,saya menggunakan perkhimatan bas. Namun pada 16 Disember 2012 iaitu hari Ahad,satu peistiwa yang amat memedihkan jiwa dan raga telah berlaku di mana saya ditinggalkan oleh BAS TRANSNASIONAL yang sepatutnya mengambil penumpang di Tesco Kota Bharu.
Namun,penantian sehingga lewat malam amat mengecewakan. Terdapat empat orang penumpang termasuk saya tidak diambil di stesen bas TESCO Kota Bharu sedangkan keempat penumpang akan bekerja pada keesokannya.Saya menunggu daripada jam 8.30 malam memandangkan waktu untuk saya naik bas tersebut adalah jam 9.00 malam.Kami berhempas pulas menghubungi pihak BAS TRANSNASIONAL.Saya juga amat terkilan kerana kaunter bas di stesen TESCO ditutup awal iaitu jam 9.30 malam dan menyusahkan kami untuk berhubung bertanyakan tentang masalah ketiadaan bas yang dijanjikan.Apa yang ada hanyalah nombor telefon untuk dihubungi sekiranya ada sebarang masalah.
Masalah Projek Prasarana Naik Taraf Jalan Dan Bekalan Air Paip
Saya mewakili penduduk Lorong Gemilang,KM10,Parit Bengkok,MK 2 Bagan, Batu Pahat meluahkan rasa tidak puas hati ekoran masalah jalan yang tidak dinaiktaraf serta tekanan air paip rendah. Kawasan penempatan kami dikawasan pinggir bandar dan bukannya di pedalaman, rasanya tidaklah sukar untuk dilihat mahupun dipantau oleh pihak berkuasa yang terlibat. Sebenarnya, masalah ini telah berlanjutan selama setahun. Janji hanya tinggal janji namun yang jelasnya hanya untuk menyedapkan hati.
Sebelum ini, pihak kami telah membuat permohonan kepada pihak berkuasa iaitu YB. Datuk Hj. Aris bin Samsudin, ADUN Kawasan Semerah Batu Pahat, Johor. Namun sehingga kini, tiada sebarang tindakan mahupun tinjauan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Antara masalah yang dihadapi oleh pihak kami ialah : Read the rest of this entry »
PBS sangat membebankan
Saya sudah tidak mampu menyudahkan PBS kepada pelajar saya. Ada beratus instrument yang perlu diuji kepada pelajar. Dari band 1-6, dan beratus pelajar perlu dipantau… Sangat meletihkan… Dengan bilangan pelajar yang ramai dalam kelas, masa guru yg banyak dalam seminggu menyebabkan PBS menjadi satu masalah baru yang menyebabkan guru-guru makan hati… banyak sangat kerja-kerja lain tertangguh gara-gara menyiapkan PBS mengikut kehendak lembaga peperiksaan..
Saya berpendapat PBS menyebabkan pelajar semakin letih.. bayangkan setiap hari, setiap guru yang masuk ke kelas semuanya akan menjalankan PBS kepada pelajar.. lalu pelajar menjadi letih.. mereka tidak dapat fokus apa yang mereka belajar . Majoriti pelajar yang saya tanya, mereka tidak menyukai PBS..ramai pelajar akhirnya melihat buku semasa menjawab soalan… disini sudah tiada ketelusan dalam PBS.. guru2 pula akan memasukkan semua eviden ke dalam fail dan ini banyak mengambil masa..
Kenaikan Gred DG44 Penolong Kanan ke DG48 tidak wajar
Mohon jawapan, apakah rasional guru-guru Penolong Kanan Sek Menengah baru-baru ini dilantik ke pemangkuan dg48 sedangkan mereka yang terlibat ini tidak semua berada di time based malah baru setahun jagung di gred dg44.? contohnya berada di gred dg44 lantikan tahun 2008-2010.
Sedangkan kami penolong-penolong kanan SENIOR terpaksa menunggu 8-10 tahun di gred dg44 dan pada tahun ini layak mendapat pemangkuan ke dg48 malangnya mulai 1 Jan 2012, serentak pula dengan rakan-rakan penolong kanan yang junior dari segi kekananan dalam perkhidmatan. Mengapa dasar ini tidak memilih sahaja guru-guru samada ketua bidang,ketua panitia atau guru biasa yang telah berada di gred dg44 yang sudah berkhidmat selama 7-10 tahun di naikkan ke jawatan penolong-penolong kanan menggantikan penolong-penolong kanan yang terlalu junior ini?.
Pembinaan jambatan di Sungai Samarahan (Muara Tuang)
Mohon disediakan dengan segera jambatan di Sungai Samarahan (Muara Tuang), Kota Samarahan, Sarawak. Hal ini kerana, terlalu banyak masa dihabiskan semata-mata untuk menggunakan perkhidmatan feri Muara Tuang (semasa menunggu giliran untuk menaiki feri). Mohon disediakan jambatan untuk kemudahan rakyat, menjimatkan kos tenaga, masa dan wang ringgit rakyat di kawasan Asajaya. Walaupun terdapat jalan alternatif, namun ianya mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan dan sudah tentulah meningkatkan kos bahan api.
Sekiranya air sungai samaharahan surut, maka perkhidmatan perahu tambang akan digunakan khusus untuk penunggang motosikal dan rakyat yang tiada kenderaan. Keadaan perahu tambang yang sebahagiannya uzur, tidak dilengkapi jaket keselamatan dan sebagainya amat membahayakan nyawa penumpang2. Sungai Samarahan yang tidak terlalu besar itu seharusnya bukan beban kepada kerajaan untuk membina jambatan.
VGMC scam pelaburan ‘emas’ besar besaran
Berkenaan tajuk diatas, walaupon syarikat VGMC ini telah di BLACKLIST oleh Suruhanjaya Security Malaysia dan Singapura tetapi kenapakah company pelaburan seperti VGMC ini yang kononnya syarikat pelombongan emas masih dibenarkan bank negara utk beroperasi secara online di negara ini ianya mirip swishcash bagi saya dan syarikat ini juga tidak mempunyai LOMBONG EMAS di mana2 di dunia dan saya berangapan pelaburan ini adalah penipuan semata mata.
Saya beharap ianya tidak memberi kesan mendalama pada rakyat malaysia, kerana fenomena VGMC sejak 2 tahun ini telah membuatkan rakyat malaysia ‘mengila’ melabur hingga membuat pinjaman ratusan ribu ringgit utk menyertai pelaburan yg masih kabur masadepan dan kesahihannya. saya harap pihak tv3 dpt membongkar rahsia VGMC ini YANG TIADA SYARIKAT OPERASinya di Malaysia dan disenaraikan oleh suruhanjaya security sebagai tidak berlesen. sekian terima kasih
Warga asing bermasalah di Sri Palma Villa, Mantin
Masalah warga asing yang tinggal di apartment, Sri Palma Villa – Mantin, Negeri Sembilan – ini memang amat merungsingkan kami semua penduduk di sini. Buat bising sana sini, bergaduh sesama mereka, mabuk. Bukan baru lagi perkara ini, dah lama tapi tindakan jarang dilakukan oleh pihak berkuasa. Telefon pun selalu tak datang atau lambat. Sikap pihak berkuasa ini juga harus diambil tindakan. Makan gaji buta? Malas? Tidur?
Malam tahun baru cina ini, mereka buat hal lagi. Mabuk di kawasan apartment, tepi tasik. Menjerit sana sini, bergaduh. Botol kaca arak mereka baling saja ke tanah. Ada yang baling ke dalam tasik. Macam mana kalau orang islam yang tidak tahu mengenai hal ini, dan pergi duduk dikawasan dicemari arak itu? Kanak-kanak terpijak serpihan kaca? Penduduk yang memancing ikan di tasik itu, makan ikan nya?
Harga tiket bas naik mendadak di JB
Saya bekerja di JB.Semalam saya telah pergi ke bus stesan Tun Aminah untuk membeli tiket pulang ke Kedah. Saya telah terkejut apabila mendapat tahu harga tiket ke Kedah ialah RM 200 yang telah ditawarkan oleh Sri Maju. Tak kan harga tiket naik semata-mata untuk Perayaan Tahun Baru Cina? Harga minyak pun tak naik!
Kaunter yang satu lagi pula menawarkan harga RM150(Coarch dan Selat keris). Harga yang sama telah ditawarkan di Station Sri Puteri.
Masalah Air di Pekan Kabong Betong, Sarawak
Pekan Kabong, Betong Sarawak adalah merupakan salah satu kawasan yang terletak di Daerah Saratok. Pekan Kabong, Sarawak mempunyai populasi penduduk sekitar 14,000 orang.
Saya mewakili seluruh penduduk pekan Kabong ingin mengutarakan masalah yang telah dihadapi oleh seluruh penduduk Pekan Kabong sejak sekian lamanya.






