Selangor | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Selangor’

Lambakan Pusat Urut di Sri Gombak

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya merupakan penyewa premis sekitar Taman Prima Sri Gombak. Saya ingin membuat aduan mengenai lambakan pusat-pusat urut di sekitar Taman Prima Sri Gombak berhampiran kedai Cosway dan pusat karaoke.

Berdasarkan perbualan dengan penyewa- penyewa lain, pusat-pusat urut sekitar sini menawarkan khidmat seks dan urutan B2B. Kerap juga tukang-tukang urut yang berpakaian menjolok mata turun dan merayau-rayau sekitar premis ini.

Read the rest of this entry »

Rumah SPS Setia di Jalan Kebun mengecewakan

Saya telah membeli rumah Semi-D beralamat di Plot No 3, Mukim Tanjung Dua Belas, Daerah Langat dibangunkan oleh SPS Setia Sdn Bhd pada tahun 2005. Rumah tersebut dijanjikan siap sepenuhnya pada penghujung 2008, malangnya sampai sekarang tidak dapat diduduki. Projek tersebut tidak mempnyai progress hampir 2 tahun. Kami telah menghubungi pemaju malang janji pemaju kosong sahaja. Penipu… Projek yang dimajukan oleh pemaju dari Taman Muhammad 1 hingga 4 tidak diserahkan dengan sempurna kepada pembeli.

Rumah yang dibeli berdekatan dengan rumah saya sekarang dan boleh dikatakan setiap 2 minggu saya ke tapak projek utk melihat perkembangan tapi langsung tiada. Apa yang saya lihat semasa pemilik yang membeli rumah Taman Muhammad satu mula menduduki, kemudahan jalan pun tidak sempurna. Sama juga situasi pada Taman Muhammad 2. Pemilik terpaksa juga berpindah ke rumah terbengkalai ini kerana tidak lagi sanggup membayar interrest bank dan dalam masa yang sama menanggung  satu lagi rumah.

Read the rest of this entry »

Kes Penipuan barangan AOWA dari Syarikat ANZATEC

Pada 13 Januari 2013 di Giant Batu Caves Selangor, saya bersama anak keluar dari pintu hypermarket tersebut untuk menuju ke kedai buku berhampiran. Dalam perjalanan, saya disapa oleh seorang gadis yang pada awalnya saya tidak ketahui identitinya sebagai seorang wakil penjual, mengajak saya untuk mengisi boring kajian/tinjauan tentang alam sekitar. Sebagai balasan, saya ditawarkan satu beg kitar semula (shopping bag) berwarna hijau bertulis Barnes and Nobles. Bukan kerana tertarik semata-mata dengan beg itu tetapi lebih kepada ingin bekerjasama dengan kajian mereka, sayapun menurut. Jika saya ketahui awal-awal identiti dan tujuan mereka sudah tentulah saya tolak. Setibanya di petak jualan mereka, saya diyakinkan hanya perlu mendengar sambil mengisi borang kajian dan tidak perlu membuat apa-apa pembelian.

Pada ketika itu, saya mula sedar saya telah diumpan oleh kumpulan penjual tetapi kerana tidak ingin bercakap kasar dan hanya ingin memenuhi borang yang diberikan, saya akur. Sambil mengisi borang tersebut, saya ditanya bermacam-macam soalan seperti ‘adakah saya tahu kebaikan jenama dan produk mereka dan impak kepada alam sekitar’, ‘adakah barang mereka mahal’ dan pelbagai lagi. Setelah siap borang diisi, saya ditanya jika saya diberi pilihan, tiga barang manakah yang ingin saya miliki dari produk-produk mereka. Antara produk-produk mereka yang saya perasan: Read the rest of this entry »

Jalan dari Kuang ke Lebuhraya LATAR Daif

Sebagai salah seorang penduduk tetap Kuang daerah Rawang, saya berasa amat dukacita dengan keadaan jalanraya khususnya dari persimpangan lampu isyarat Kuang menghala ke lebuhraya LATAR. Pada zahirnya jalanraya ini nampak seperti tiada cacat celanya, namun realitinya adalah sebaliknya.

Jalan yang sedia ada hanyalah ditambak sesuka hati sekiranya ada kerosakan tanpa mengikut piawaian yang sepatutnya. Akibatnya jalan menjadi tidak rata dan sangat-sangat merbahaya kepada penunggang-penunggang motosikal khasnya dan pemandu-pemandu amnya. Masalah ini telah berlarutan sekian lamanya tanpa pembelaan dari pihak berwajib.

Read the rest of this entry »

Harga makanan mahal di Desa Water Park

Pada hari Sabtu yang lalu (29/12/2012) kami sekeluarga telah pergi ke Desa Water Park. Aduan saya di sini adalah berkenaan harga makanan yg dijual di dalam itu sangat mahal & melampau.

Pengunjung tidak dibenarkan menbawa masuk apa2 makanan dari luar. Jadi tiada pilihan, kena beli makanan dari dalam park tersebut. Harga 1 tin/botol air adahal RM 3. Sebatang nugget/Sosej adalah RM 2.50. Secawan jagung berharga RM4. Semangkuk ABC RM 4. Harga makanan lain seperti nasi lemak, mee saya tak berapa pasti sebab saya tak sanggup nak beli.

Read the rest of this entry »

Penumpang Teksi LCCT Yang Teraniaya

Assalamualaikom dan Salam 1 Malaysia.

Pada 29 November 2012 yang lalu saya dan keluarga kembali dari Kota Kinabalu dan sampai le terminal LCCT pada Jam 11.30 malam. Saya mendapatkan teksi dengan menggunakan sistem teksi bertiket dengan membayar RM52.50 untuk perjalanan dari LCCT ke Taman Langat Murni, Jalan Banting yang jaraknya 15 minit dari LCCT. Sewaktu saya hendak menunggu teksi, saya telah di pelawa oleh seorang pengusaha teksi LIMO untuk menaiki teksinya. Tetapi apabila melihat saya sudah memegang tiket teksi merah putih beliau berkata tak apalah. Tapi beliau menunjukkan pada saya penumpang yang sedang menunggu teksi yang begitu ramai yang saya jangkakan mungkin melibatkan lebih daripada 15 buah teksi. Sedangkan ketika itu teksi yang sedia ada hanya 2 ke 3 buah sahaja. Saya dan isteri menjangkakan mungkin saya akan menunggu giliran teksi lebih kurang 1 jam ke 1 jam 30 minit masa lamanya. Pengusaha teksi LIMO menasihati saya agar saya menukarkan semula tiket teksi di kaunter dan beliau akan menghantar saya ke rumah dengar kadar RM50 sahaja. Saya pada mulanya rasa bimbang kerana mungkin kereta sapu tetapi bila beliau mengatakan teksi limo saya pun bersetuju. Saya kembali ke Kaunter tiket untuk memulangkan tiket dengan alasan saya ada orang menjemput saya. Walaupun peringkat awal kaunter tersebut tidak mahu menerima penukaran tetapi saya tetap bertegas untuk mendapatkan kembali wang saya akhirnya wang saya dikembalikan.

Apabila saya keluar meninggalkan terminal, saya melihat berpuluh teksi merah putih berada diluar kawasan terminal beratur dan tidak bergerak masuk ke ruang keluar terminal. Saya pun hairan sedangkan di hadapan terminal berpuluh-puluh pengguna teksi yang telah membayar tambang teksi beratur menunggu teksi manakala teksi yang sepatutnya memberikan perkhidmatan kepada penumpang berada diluar dan tidak beratur mengambil penumpang. saya pun bertanya kepada pemandu LIMO saya kenapa suasana ini berlaku. Pemandu LiMO menjelaskan beginilah situasinya. Mereka menunggu waktu tengah malam antara pukul 12.30 hingga 1.00pagi , baharulah mereka masuk mengambil penumpang yang beratur untuk mendapatkan bayaran 25% tambahan harga tambang.

Read the rest of this entry »

Pekerja Syabas menutup paip bekalan air

Saya ingin membuat aduan bahawa kawasan perumahan kami telah masuk minggu kedua tiada bekalan air. Di kawasan Ampang Avenue ini, hanya apartment Mesra Villa yang telah putus bekalan air hingga masuk minggu kedua dan kami di fahamkan bahawa pekerja Syabas sendiri yang telah menutup paip yang menyalurkan air ke apartment kami. Ini tidak masuk akal kerana semua kawasan perumahan teres di sekitar ini tidak pernah terputus langsung bekalan air. Bahkan semua apartment berdekatan seperti apartment Seri Maya, Seri Nilam juga langsung tidak mengalami masalah bekalan air.

Apa yang menyedihkan kami, terdapat 2 tangki besar bersebelahan kediaman kami. Ini menunjukkan pekerja Syabas sengaja tidak menyalurkan air dari tangki tersebut ke kediaman kami. Notis pertama kami terima mengatakan bahawa pam di Gombak mengalami masalah. Bagaimana di salurkan dari Gombak pula? Tidak logik sama sekali jika hanya apartment kami yang di salurkan dari Gombak.

Read the rest of this entry »

Bilakah Isu Gangguan Air di Ampang akan berakhir

Gangguan Bekalan Air DiSelangor bilakah akan berakhir.Sekiranya masalah ini masih berpanjangan harap ada orang yang bertanggungjawab dapat menolong selesai masalah penduduk dikawasan Ampang dan Cheras.Bertalu-talu menelefon minta bekalan air kecemasan dihantar tapi tiada penghantaran dibuat.Call banyak kali untuk dapatkan bekalan air kecemasan.

Bila ditanya mengapa tak hantar air ,katanya lori terhad permintaan terlalu banyak.Tapi kondo tempat orang kaya satu hari sampai 6 trip penghantaran,terhad pakah itu.Itu namanya pilih kasih.Kami semua pun rakyat yang turut membantu dalam pembanguna ekonomi negara,kami juga harus dapat menikmati hidup yang selesa tas usaha kami.Wahai orang yang berkuasa harap fikirkan ,kalau bekan air terrawat dah semakin kritis ,agihkan secara adil.Tapi kondo,kedai mamak ada pulak tangki yang dibekalkan oleh syabas.

Read the rest of this entry »

Masalah Air di DUN Lumadan

Kami tak tahu kenapa ianya terjadi. Air merupakan keperluan asas tetapi sering berlaku dan amat mengecewakan. Sebelum ini kita sering dihidangkan dengan isu air di selangor tetapi tempat kami bagaikan diabaikan.

Masalah air di Kg Maraba, Beaufort dalam DUN Lumadan dan Parlimen Sipitang amat membimbangkan. Kami hanya menerima air pada jam 2.00 pagi (itu pun kadang-kadang) dan akan ditutup sebelum jam 6.00 pagi. Masalah air ini berpunca apabila dibinanya water pam di Kg Inuman bertujuan untuk menarik air ke Kg Lingkungan, Kg Lubok dan Kg Weston.

Read the rest of this entry »

Bayaran Masuk Ke Water Parks di iCity

Pada 16 November 2012, hari Jumaat saya dan keluarga pergi ke iCity dan water park yang baru dilancar pada 15 November 2012. Kami sangat teruja untuk melihat dan menikmati apa yang ditawarkan di situ. Di kaunter tiket kami dimaklumkan terdapat 2 pakej harga iaitu untuk hari bekerja (weekdays) iaitu RM 35.00 untuk dewasa dan hari minggu (weekend), iaitu RM 40.00 untuk dewasa.

Semasa membuat pembelian tikat pada hari tersebut, hari Jumaat (weekdays), kami dikenakan bayaran RM40.00 seorang dewasa. Apabila saya membuat pertanyaan dikaunter tiket tersebut mengapa harga tiker RM40.00, saya dimaklumkan bahawa RM40.00 adalah kerana musim cuti sekolah. Saya tidak berpuas hati kerana dalam phamplets dan papantanda di kaunter tiket tidak  disebut langsung harga pada musim cuti sekolah.

Read the rest of this entry »