SK Taman Desaminium Tidak Mempunyai Jalan Masuk

SERDANG 2 Feb. – Sekolah Kebangsaan Taman Desaminium di sini sudah lebih setahun dibuka tetapi sehingga ke hari ini, sekolah itu masih belum mempunyai jalan masuk yang sempurna.

Shahul Hameed menunjukkan kawasan yang sepatutnya dijadikan jalan sempurna untuk kemudahan murid-murid ke SK Desaminium di Seri Kembangan, Serdang, Selangor.

Setiap hari, murid-muridnya perlu berjalan sejauh lebih setengah kilometer melalui jalan tidak berturap yang berhabuk jika cuaca kering dan becak jika hujan untuk ke sekolah.

Selain itu, ibu bapa juga hanya boleh menghantar anak mereka di hadapan pintu pagar Sekolah Menengah Kebangsaan Desaminium sahaja kerana tiada laluan untuk ke sekolah rendah yang terletak di belakang sekolah menengah itu.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati laluan yang sepatutnya dibina untuk kemudahan murid masih tidak ada tanda-tanda ia akan dilaksanakan dalam waktu terdekat dan kini dipenuhi dengan semak-samun.

Murid-murid termasuk murid tahun satu yang membawa beg sekolah yang berat pula kelihatan berpeluh-peluh ketika berjalan kaki menuju ke jalan utama.

Cadangan untuk membina laluan ke sekolah itu terpaksa dibatalkan kerana kawasan yang terlibat dikatakan milik persendirian.

Sementara itu, seorang penjaga, Shahul Hameed, 56, berkata, laluan berturap untuk ke sekolah tersebut harus dibina segera bagi memudahkan ibu bapa menghantar anak masing-masing.

Katanya, jika tanah yang terlibat bukan milik kerajaan, satu langkah segera harus diambil supaya masalah itu tidak berlarutan sehingga menyusahkan murid-murid.

“Saya sudah tidak sanggup melihat murid-murid lain yang masih kecil ini terpaksa berjalan dalam cuaca panas dan hujan,” katanya.

Shahul berkata, laluan itu juga penting demi keselamatan murid terutama murid sesi petang yang menaiki bas sekolah.

“Saya pernah jumpa seorang murid sedang menangis kerana ketinggalan bas dan waktu itu hari sudah hampir malam,” katanya.

Seorang murid, Nur Shafina Shahul, 9, mengakui terpaksa terkejar-kejar ke jalan utama kerana bimbang akan ditinggalkan bas.

By: sal

Lori punca kerosakan dan kekotoran jalan raya

Salam,

Saya ingin membuat aduan tentang kewujudan kuari lori di dalam taman perumahan di Jalan Angsana 10,  Taman Rinting, Masai Johor.

Kuari lori tersebut telah dibina bebrapa tahun yang lalu, entah mengapa PBT boleh meluluskan pembinaan kuari tersebut. Lori, jengkaut, dan berbagai kenderaan berat keluar masuk dari situ. Antara kesannya, jalan tar di Jalan Angsana 10 itu telah hancur dan berlubang lubang, tanah merah di sepanjang jalan dan menyebabkan jalan berdebu apabila cuaca panas kemudian bau kurang enak mungkin bau dari kesan tanah merah apabila cuaca hujan.

Lebih membimbangkan, di Jalan Angsana 10 itu, terdapat sekolah rendah yang sememangnya wujud sebelum kuari itu dibina, PBT lansung tidak menghiraukan keadaan ini dan adakah mereka membuat kajian sebelum meluluskan pembinaan kuari lori itu.

Oleh kerana kenderaan berat sering keluar masuk, bukan sahaja Jalan Angsana 10 malah jalan utama di Taman Rinting semakin hari semakin teruk, ada saja lubang baru di permukaan jalan setiap hari. Lebih teruk lagi, kenderaan-kenderaan berat itu parking sesuka hati di bahu jalan di sekitar pam minyak BHP hingga menybabkan kesesakan lalulintas yg tidak sepatutnya terjadi. Mereka seperti tidak menghiraukan kenderaan2 lain yg bersesak2.

Jalanraya menjadi semakin bahaya, keselamatan dan kesihatan murid2 sekolah rendah pasti terjejas. Entah sampai bila kami penduduk Taman Rinting harus menelan debu2, melihat “autoshow” lori2 di bahu2 jalan utama, menikmati bau2 yang tidak menyenangkan dan didendangkan bunyi bising jentera berat tak kira waktu.

Yang Benar,

Rakyat Biasa.

By: hadzrul

Keadaan di Jalan Biawak, Lundu semakin teruk

Salam 1 Malaysia,

Jalan dari simpang besar ke Pekan Biawak (kira-kira 18 kilometer) tidak pernah diturap semenjak merdeka. Sepanjang jalan tersebut terdapat 11 kampung, 5 buah sekolah rendah dan Kompleks Kastam & Imigresen.

Kerja-kerja naik taraf mula dilaksanakan pada 28 Ogos 2009 dan dijadual siap sepenuhnya pada 27 Februari 2011. Tetapi ini tidak berlaku.  Keadaan jalan menjadi semakin teruk berbanding sebelum projek menaiktaraf jalan dilakukan.  Ini kerana kontraktor yang diamanahkan tidak bertanggungjawab dan telah meninggalkan projek tersebut terbengkalai.

Keadaan jalan tidak berturap yang bertingkat-tingkat,  berlubang-lubang di tengah jalan, tiada lampu jalan,  licin semasa hari hujan amat merbahaya.  Jalan raya juga menjadi semakin sempit dan bahaya kerana pihak kontraktor mengorek jalan dengan alasan untuk meratakan jalan tersebut.  Penduduk sekitar bimbang kemalangan akan berlaku kerana hujan yang kerap akan berlaku hujung tahun ini.

Diharap pihak Aduan Rakyat dan Stesen TV dapat membuat lawatan untuk melihat keadaan sebenar supaya jalan ini tidak dijadikan modal janji kosong untuk pilihan raya akan datang.

Terima kasih.

By: Lionel

Rintihan Penduduk Kg Tampulan, Telipok, Kota Kinabalu

Saya ingin mengajukan aduan berkenaan Jalan ke kampung Tampulan telipok kota kinabalu sabah yang tidak beraspal.Saya faham,isu sebegini memang sering diutarakan dan tidak ada maklumbalas yang positif.Walau bagaimanapun isu di kampung tampulan ini agak “istimewa”.

Secara amnya,jalan ke kampung tampulan telipok kota kinabalu ini menghubungkan beberapa buah kampung yang utama iaitu KAMPUNG NATAI,KAMPUNG MELIDAN,KAMPUNG LAWA MANDAU,KAMPUNG TALUNGAN DAN JUGA KAMPUNG RUMINDING.

Jalan ke kampung tampulan juga merupakan jalan utama yang digunakan oleh RTM DAN JUGA TELEKOM MALAYSIA untuk pergi ke pencawang masing-masing.Di samping itu ia juga merupakan penghubung utama ke sekolah-sekolah rendah seperti SK NATAI,SK TALUNGAN DAN SK RUMINDING.

Jika dilihat peranan jalan ke kampung Tampulan ini sepatutnya LAYAK untuk mendapat status jalan raya yang beraspal tetapi sehingga kini masih belum ada perubahan untuk memperbaiki jalan tersebut.Mohon pihak yang terlibat mengambil perhatian perkara ini.

Menurut penduduk kampung tampulan,pada awalnya jalan ke kampung ini adalah beraspal tetapi telah di “bongkar”/hendak di buat semula tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tanda atau usaha untuk memperbaiki jalan yang seharusnya di naik taraf tetapi telah bertukar menjadi jalan “maut” terutama apabila cuaca buruk berlaku.(hujan lebat).Beberapa kejadian kemalangan melibatkan kematian telahpun direkodkan.Guru-guru yang bertugas di sk tampulan yang menggunakan motosikal sering terlibat dalam kemalangan melalui jalan kampung tampulan.

Menurut guru-guru yang bertugas di sk tampulan mereka bekerja seperti MAKAN HATI BERULAM JANTUNG kerana sekolah jiran mereka iaitu SK KEBAYAU mendapat elaun hidup susah pedalaman RM500 tetapi sekolah mereka cuma layak 10% sahaja walhal jika dilihat dari segi kemudahan jalan raya..SK KEBAYAU mempunyai jalan raya yang beraspal dan Jaraknya adalah dekat berbanding SK TAMPULAN yang tidak mempunyai jalan yang beraspal.

Ketiadaan kemudahan jalan yang beraspal bukan sahaja memeritkan warga pendidik di sini malah turut dirasai oleh penduduk kampung yang menyekat aktiviti mereka untuk turun ke pekan/bandar .Cuaca yang sering hujan menyebabkan mereka takut menghantar anak mereka ke sekolah kerana aliran air hujan melimpahi kawasan bukit kampung tampulan .Ini menyebabkan keadaan menjadi bahaya.

Mohon pihak yang bertanggungjawab mengambil perhatian tentang perkara ini untuk membantu penduduk di kampung tampulan yang dahagakan pembangunan.

Terima kasih aduan rakyat.
wasalam

By: iroet marteni

Warga asing pakistan jual rokok kepada pelajar sekolah rendah dan menengah

Saya terfikir mengapa warga Pakistan sangat kebal di Pahang? Mereka ini mempunyai pelbagai taktik untuk bertapak di negara kita. Mereka sanggup berkahwin dengan wanita yang mendapat I/C Malaysia yang kaki Tok Seh (pelacur kelas murahan yang sukakan Pakistan, Negro dan yang sewaktu dengannya) demi untuk menggunakan nama perempuan ini untuk membuka kedai.

Apa yang membimbangkan kami ialah kerana Pakistan ini, mereka tidak menghiraukan nasib anak bangsa kita kerana mereka sanggup menjual rokok batang kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Walaupun kopiah sentiasa dikepala, mereka juga menjual permainan judi kepada kanak-kanak terutama murid sekolah rendah. Kedai runcit mereka dikunjungi oleh ramai kakitangan dari berbagai jabatan yang seolah-olah menutup mata masalah ini Apa yang kami boleh buat, demi anak bangsa?

By: nura

Anjing liar berkampung undang bahaya

Salam sejahtera,

Di Jalan Sikamat-Pantai, Jelebu, Negeri Sembilan di sini, umpama “kampung” bagi anjing liar dan terbiar. Saya terpanggil untuk mengajukan aduan ini kerana pihak yang bertanggungjawab menguruskan hal ini sekian lama bersikap sambil lewa.

Masalah ini sekiranya dibiarkan sepi tanpa sebarang tindakan akan mengundang padah kepada pengguna jalan di sini. Hampir setiap hari ada saja anjing yang mati digilis dengan kenderaan yang lalu-lalang di situ, malah tidak terkecuali juga kenderaan yang hampir terbabas & nyaris kemalangan akibat mengelak haiwan yang tidak diundang ini. Berapa lama lagi pihak berwajib perlu menunggu untuk mendapat berita kes kemalangan maut di situ?, kemudian barulah diambil tindakan.

Lebih membahayakan lagi, kawasan terbabit terlalu hampir dengan kawasan-kawasan perumahan sekitar Sikamat. Anjing-anjing yang terdiri daripada pelbagai jenis ini, seringkali ber”santai” ditepi-tepi jalan, kadangkala di tengah jalanraya!, bersama-sama anak-anak anjing yang masih kecil. Bukankah keadaan ini akan lebih memburukkan lagi masalah pengguna jalan raya di sini akibat komuniti anjing yang kian bertambah.

Pelajar-pelajar sekolah rendah & menengah dari sekitar Pekan Pantai juga kerap menggunakan jalan di sini kerana ia merupakan jalan alternatif ke sekolah-sekolah yang terletak di Bandar Seremban. Saya selalu memikirkan tentang keselamatan anak-anak ini berulang -alik ke sekolah dengan melalui jalan yang penuh dengan anjing yang seperti menunggu mangsa untuk dibaham.

Saya berharap, pihak yang terbabit dengan masalah penduduk ini segera menghulurkan tanggungjawab anda supaya kejadian yang tidak diingini berlaku. Jangan sudah terhantuk, baru nak terngadah. Lebih baik hulurkan tanggungjawab, daripada hulurkan bantuan setelah jadi mangsa kelak.

By: Hafizah

Penjaja Haram Pulau Pinang: Antara Keluarga, Hubungan Istimewa, Kroni atau Makan Suap?

Kami adalah para ibu dan suri rumah yang sering menghantar & mengambil anak pergi dan balik dari sekolah ingin membuat aduan tentang ketidakpuashatian kami terhadap penjaja kecil yang menjaja di tepi jalan terutama berdekatan simpang & zebra line yang menyebabkan kesesakan lalulintas & membahayakan para pelajar sekolah yang melintas jalan raya berkenaan. Jalan raya yang kami maksudkan ialah di Jalan Tiga, Taman Seri Serdang Kepala Batas SPU, Pulau Pinang yang amat berdekatan dengan Kuarters Guru Taman Seri Serdang, SMK Kepala Batas & SK Kepala Batas SPU Pulau Pinang.

Pencerebohohan pembinaan gerai besi.

Apa yang menghairankan, dari maklumat yg diperolehi secara tidak rasmi dan pemerhatian yang dibuat, didapati ramai kakitangan pihak berkuasa seperti MPSP, Pegawai Pejabat Tanah Dan Daerah, termasuk para Pegawai Polis dan kakitangan Jabatan Lain seperti Hospital dan sebagainya serta orang awam yang datang makan seolah-olah tidak memperdulikan tahap kebersihan makanan dan keselamatan masing-masing memandangkan kenderaan yang lalu-lalang yang mungkin menyebabkan kemalangan yang tidak dijangka.

Adakah menanti nasi sudah menjadi bubur baru hendak bertindak? Kami amat risau tentang keselamatan anak-anak kami terutama yang masih belajar di sekolah rendah yang sering kali melintas jalan untuk mendapatkan makanan dari gerai berkenaan. Pernah beberapa kali anak-anak kami hampir dilanggar oleh beberapa kenderaan yang lalu-lalang ditempat berkenaan. Sebelum ini juga terdapat kemalangan nyawa yang melibatkan orang awam yang menaiki motosikal kerana berkemungkinan cuba mengelak dari kenderaan yang berhenti membeli makanan terutama penjaja yang menjaja berdekatan zebra line & simpang empat bertentang dengan kuarters guru.

Kejadian seperti ini sudah beberapa kali pernah disaksikan sendiri oleh beberapa orang pihak berkuasa yang singgah ke gerai menjaja berkenaan seperti kanak-kanak melintas jalan dan hampir dilanggar kenderaan yang lalu-lalang di situ tapi kenapa tidak ada sebarang tindakan tegas seperti memindahkan gerai-gerai tersebut ke tempat yang lebih sesuai?. Lebih menghairankan bagaimana para penjaja ini dengan mudah menceroboh dan membina gerai besi dengan tidak mengikut undang-undang sebenar dalam mendirikan gerai menjaja. Saya tidak mahu menuduh tetapi persoalan timbul apakah pihak yang bertanggungjawab bersekongkol dengan para penjaja ini kerana mungkinkah ada hubungan kekeluargaan, hubungan istimewa, kroni atau makan suap?

Tempat membasuh pinggan mangkuk yang di bina, sisa makanan dibuang di dalam longkang.

Aduan pernah dibuat sebelum ini tapi tiada tindakan susulan dibuat. Hanya tindakan kompaun sahaja yang diambil oleh pihak MPSP yang dinyatakan melalui maklumbalas email bertarikh 21.3.2009 iaitu lebih dua tahun yang lalu (lihat Lampiran 1 di bawah) yang dihantar kepada kami bahawa bidang kuasa untuk memindahkan penjaja ini adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Tanah Daerah. Persoalannya kenapa asyik menuding jari? Sampai bila perkara ini akan selesai? Apakah pihak MPSP tidak boleh bekerjasama dengan pihak PTD untuk selesaikan masalah ini bagi membantu orang awam misalnya? Hendak seribu daya. Kami amat menyokong usaha kerajaan untuk tidak membenarkan penjaja haram menjaja makanan berdekatan sekolah bagi mengelak para pelajar memakan makanan yang tidak sihat yang boleh menyebabkan obesiti, risiko keracunan makanan yang membahayakan nyawa melalui penjualan makanan yang tidak mengikut piawaian dan undang-undang oleh penjaja haram yang tidak bertanggungjawab ini.

Longkang yang dicemari akibat pembuangan sisa makanan.

Untuk pengetahuan semua anak-anak kami sebelum ini memang pernah mengalami masalah keracunan seperti terdapat kesan kencing kucing melalui makanan atau minuman yang mereka makan dan minum setelah membeli makanan & minuman dari penjaja haram berkenaan. Kami sebelum ini sengaja tidak mahu memperbesarkan hal ini kerana tidak mahu berlaku salah faham. Longkang dijadikan tempat membuang sisa makanan adakah menanti sehingga longkang menjadi amat busuk sehingga mengundang bahaya seperti kehadiran nyamuk aedes! (Lihat Lampiran 2) Janganlah sampai nasi sudah menjadi bubur barulah hendak mengambil tindakan yang sewajarnya.

Para Ibu Prihatin

Kepala Batas SPU Pulau Pinang.

Gangguan Lalulintas Jejantas Berhadapan Wisma Sime Darby, KL

Salam 1 Malaysia,

Saya diantara beribu pengguna jejantas berhadapan Wisma Sime Darby ingin membuat aduan mengenai mengenai gangguan lalulintas di atas jejantas tersebut, ini kerana terdapat seorang anak muda yang berpakaian sangat kotor meminta sedekah dan menghidu gam di atas jejantas tersebut.

Sebelum ini rakan-rakan sepejabat telah membuat aduan Polis, Jabatan Kebajikan dan lain-lain tetapi sebarang tindakan masih belum diambil.  Anak muda tersebut juga tidur dan kencing di atas jejantas tersebut kerana ramai pengguna mengadu terhidu bau hancing dan busuk di atas jejantas tersebut. Dikawasan berhampiran terdapat beberapa sekolah rendah di mana anak-anak kecil menggunakan jejantas tersebut dan saya melihat anak-anak tersebut takut untuk melalui jejantas dan terpaksa melintas jalanraya yang agak sibuk, ini boleh membahayakan nyawa anak-anak sekolah tersebut.

Dengan ini saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan yang sewajarnya sebelum ada nyawa yang terkorban.  Jangan bila dah ada yang terkorban baru nak ambil tindakan.  Oleh yang demikian saya terlebih dahulu mengucapkan ribuan terima kasih sekiranya adauan saya ini diambil perhatian.  Sekian, wassalam.

By: Pengguna Jejantas Wisma Sime Darby

Keadaan jalan yang teruk di Matang Jaya

Assalamualaikum,

Saya ingin membuat aduan jalan raya di pesisir simpang jalan berdekatan dengan sekolah yang tidak diturap dengan sempurna sedangkan itu adalah laluan utama penduduk di Matang Jaya, Petrajaya, Kuching, Sarawak dan sekolah baru. Saya dan semua penduduk, guru-guru dan orang yang kerap kali melalui jalan tersebut amat kesal dengan jalan yang tidak di selenggara dgn baik oleh pihak yg bertanggung jawab. Antara pendedahan yang saya dan seluruh penduduk taman ini dan juga orang awam ialah seperti berikut:

  1. Jalan yang tidak diturap dengan baik hingga menakung air hujan dan membahayakan keselamatan semua pihak terutama budak sekolah.
  2. Lori-lori besar yang menyelenggarakan projek perumahan dan projek kerajaan yang kerap kali melalui jalan ini dengan keadaan bahaya juga menjadi faktor utama menyebabkan impak gegaran kepada rumah berdekatan. Habuk juga menyebabkan udara tidak bersih di semua kawasan dan membahayakan pelajar sekolah yang balik bejalan kaki sedangkan papan tanda ‘slow’ sudahpun dipamerkan di bahu jalan tetapi tidak di hiraukan langsung.

Dengan ini saya dan penduduk taman ini berharap agar pihak aduan rakyat dapat membantu menyelesaikan masalah yang di hadapi sehingga hari ini dengan secepat mungkin.

Sila rujuk kepada pihak yang berwajib.

Rakyat di dahulukan, pencapaian diutamakan.

wasalam dan terima kasih

By: mohamad rizal

Bas Sekolah Haram dan Van Haram

Salam..

Disini saya ingin membuat aduan tentang terdapat van haram dan bas sekolah haram yang masih beroperasi di kawasan sekitar Lembah Jaya, Ampang, Selangor. Malangnya ingin saya nyatakan juga terdapat bas sekolah yang juga tiada insuran, puspakom, rotex yang mana mereka masih beroperasi tanpa meghiraukan keselamatan anak-anak (penumpang).

Keadaan sebegini berlanjutan sehingga ke hari ini, hingga ianya menjejaskan pendapatan kami bas sekolah yang beroperasi secara halal. Bayangkan jika semua anak-anak naik bas sekolah haram dan van haram, kami nak makan apa? Paling menghampakan lagi pihak penguatkuasa tidak mengambil peduli tentang masalah ini. Pihak penguatkuasa sepatutnya lebih teliti tentang masalah ini. Sekian aduan dari saya. diharap Pihak berkuasa atau yang berkenaan dapat mengambil tindakan secepat mungkin.

Disini saya sertakan juga kawasan operasi bagi bas sekolah dan van haram:

  • Sekolah Rendah Lembah Jaya/ Sekolah Agama Lembah Jaya
  • Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas
  • Sekolah Kebangsaan Taman Kosas
  • Sekolah Rendah Bukit Indah
  • Sekolah Menengah Bukit Indah

Pemandu yang kesal

-Ampang-

By: pemandu bas

Bekalan elektrik ke Pulau Tuba

As salam. Saya merupakan salah seorang anak kampung yang dibesarkan di Pulau Tuba. Sejak dari era 1980an hinggalah ke hari ini Pulau Tuba salah satu dari gugusan Pulau Langkawi masih lagi tenaga elektriknya dijana oleh generator. Permasaalahan ini telah berulang kali di panjangkan ke pihak berwajib dan juga wakil rakyat yang di lantik tetapi sehingga ke hari ini masih tiada apa apa tindakan sewajarnya. Yang menjadi kemuskilan kenapa tidak di pasang kabel yang menghubungkan Pulau Langkawi ke Pulau Tuba sedangkan kos operasi sekarang lebih mahal dari kos memasang kabel tersebut tadi.

Untuk pengetahuan admin Aduan Rakyat Online generator sedia ada terpaksa di kongsi oleh 5 buah kampung, 3 buah sekolah rendah dan 1 buah sekolah menengah berasrama. Seringkali terjadi bekalan terputus ketika petugas TNB ingin menukar kuasa generator ke generator yang lain ataupun untuk menambah minyak. Penduduk terpaksa menukar barangan elektrik kerana barangan elektrik mereka rosak. Generator yang digunakan pun hanyalah yang telah terpakai. Walaupun Pulau ini hanya mengambil masa 10 minit ke Pulau Langkawi tetapi perbezaannya amatlah ketara.

Tidak tahu dimana silapnya Pihak berwajib hanya menumpukan perhatian ke Pulau Langkawi sedangkan kepentingan penduduk Pulau Tuba di abaikan. Kenapa kemudahan kabel ini dapat disediakan ke sebuah resort di Pulau Rebak? Adakah kerana pemiliknya adalah anak salah seorang dari bekas Menteri? Di mana slogan ” Rakyat didahulukan pencapaian diutamakan”. Aduan demi aduan telah dibuat tapi setakat dibakul sampah saja.

Penduduk Pulau ini bukannya meminta di buat hotel bertaraf 5 bintang tetapi cuma kemudahan asas yang diminta. Sekian terima kasih

By: Che Bunga bt Hj Othman