Posts Tagged ‘Segi’
Tempat rawatan Klinik Ortopedik HBKL
Dukacita dimaklumkan saya mendapat tahu dari Klinik Ortopedik akan berpindah ke tempat baru berkuatkuasa pada 15.1.2013. Untuk makluman, klinik ortopedik baru yang sedia ada ini memberi kesusahan kepada pesakit atau orang awam untuk mendapatkan rawatan atas sebab-sebab berikut:
1. Ruangan bagi menurunkan pesakit bagi pesakit yang menggunakan kerusi roda, bertongkat, dan troli adalah padat dan ini menyebakan pesakit merasa lemas dalam keadaan sebegini.
Lambakan Pusat Perjudian Haram di Sabah
Pembangunan di Negeri Sabah kian pesat membangun, dapat dilihat dari segi penambahan insfratuktur dan bertambahnya bangunan, perumahan dan lot kedai di seluruh bandar di sekitar negeri Daerah di Negeri Sabah ini,
Walaubagaimanapun, kebanyakan lot2 kedai disalah gunakan, kebanyakan yang dapat kita dengar mereka gunakan untuk membuka premis haram, contohnya kita dapat lihat di Plaza Kingfisher Kota Kinabalu, premis haram yang dijadikan sebagai tempat bermain judi sangat banyak, lebih banyak dari kedai runcit.. Menurut salah seorang remaja yang tinggal di sekitar tempat tersebut, terdapat 7 buah premis yang menjalankan kegiatan perjudian haram di bangunan Plaza Kingfisher ini.. Bila ditanyakan mengenai serbuan pihak berkuasa, remaja ini hanyalah tersenyum dan berkata ” ada serbuan tutuplah, semua taukeh ni tau waktu serbuanlah, bila, jam berapa…. ” saya terdiam mendengar kenyataan remaja tu, ada kebenarannya jugak, klo betul ada penguatkuasaan, kena premis2 ni bertahan bertahun2.. Mengaut keuntungan secara haram.. Itu baru di plaza kingfisher, belum di sekitar bandar Kota Kinabalu..
Perkhidmatan Streamyx Mengecewakan
Perkhidmatan Streamyx daripada Telekom Malaysia gah dari segi nama sahaja. Dikawasan Bukit Sentosa Rawang amat sedih. Rakyat membayar pada perkhidmatan yang tidak efisen. Kalau membuat aduan kepada Telekom, jawapannya senang sahaja. Ramai orang gunakan perkhidmatan tersebut. Tetapi setahu umum infrastuktur telekomunikasi di Malaysia salah. Infrastruktur yang ada sekarang tidak boleh menampung peralatan canggih 4G dan sebagainya. Cuba lihat Korea Selatan, mereka siapkan infrstruktur yang boleh menampung peralatan tersebut diseluruh pelusuk negara. Maka sekarang mereka boleh berkomunikasi dengan menggunakan peralatan canggih yang semakin hari semakin canggih.
Di Malaysia, hanya dikawasan kononnya bandar raya, kawasan elit, kawasan yang ada orang ternama tinggal boleh diadakan kemudahan tersebut. Kenapa sebab takut kena transfer, atau tahan kenaikan pangkat dan sebagainya. Ini realiti. Sediakanlah rangkaian infrastrutur 4G atau lebih tinggi kekawasan luar bandar dan seluruh Malaysia dulu sebelum peralatan-peralatan canggih ini sampai. Oh kita sedang laksanakan, dalam perancangan, tidak ada bajet lagi, bukan bidang kuasa kita dan macam-macam alasan mereka boleh berikan kalau kita tanya.
Penyebaran Ajaran Syiah di Tasik Puteri Selangor
Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada lama web aduan rakyat kerana dengan menghebahkan cerita tentang penyebaran ajaran syiah oleh seorang penduduk Desa Puteri Rawang tidak lama dulu menyebabkan ajk lama surau yang disyaki mengamalkan ajaran syiah telah meletak jawatan serta merta. Maka dengan ini diumumkan Surau Alhidayah Desa Puteri Rawang telah bersih dari pengaruh syiah dengan perlantikan AJK baru, baru-baru ini.
Penulis berharap penduduk Desa Puteri Tasik Puteri Rawang boleh datang kesurau dengan hati yang tenang tanpa ragu-ragu tentang pengaruh syiah. Bagi jemaah yang selalu datang kesurau mereka sudah tahu siapa penganut syiah. Dan akhir-akhir ini penganut syiah sudah faham kehendak jemaah mereka sudah tidak menyebarkan ajaran syiah kepada kami golongan ahli sunnah.Yang penting sekali mereka sudah tidak dibenarkan menyampai ceramah disurau kami.
Perniagaan pendatang asing di Cyberjaya
Disini saya ingin membuat aduan di atas pemerhatian saya sendiri dan juga daripada aduan aduan yang saya dengar daripada penduduk cyberjaya (selangor). Terdapat pelbagai jenis perniagaan yang dijalankan di cyberjaya termasuk, sewa kereta, carwash, percetakan, makanan dan sebagainya yg dijalankan oleh pendatang asing.
Mereka terdiri daripada arab, afrika dan indonesia. Persoalannya disini, adakah mereka mempunyai lesen perniagaan? Adakah mereka mempunyai visa? Dan bagaimana tahap kebersihan dan keselamatan perniagaan mereka?
Jambatan Labuan – Menumbok: Realiti dan Fantasi
Pertama sekali tulisan ini diajukan sama sekali tidak mempunyai unsur politik tetapi melihat kepada keperluan dan permasalahan semasa masyarakat di W.P Labuan. Ianya juga tidak ada kena mengena dengan kehadiran PRU 13 yang dijangka akan dilaksanakan sedikit masa lagi. Permasalahan ini telah wujud sejak sekian lamanya, seingat saya sejak saya kecil lagi dan kini sudah berumur 35 tahun.
Rasanya saya tidak perlu memperkenalkan dimana lokasi dan sejarah W.P Labuan itu sendiri, pastinya pihak TV3 mempunyai capaian akses maklumat yang lebih baik daripada saya. Namun apa yang ingin saya usulkan disini adalah masalah PERKHIDMATAN FERI RORO yang menghubungkan diantara W.P LABUAN dan tanah besar SABAH melalui sebuah pekan kecil yang dinamakan MENUMBOK. Sejak sekian lamanya, selain pengangkutan udara (yang kosnya semakin mahal antara RM200 hingga RM 300 seorang sehala) para penduduk di sini lebih mudah menggunakan perkhidmatan ; Read the rest of this entry »
Penduduk Bakun perlukan pembelaan
Di sini ingin kami luahkan tentang nasib kami penduduk yang telah diusir dari tanah tumpah darah kami iaitu di sekitar kawasan Bakun yang hari ini sudah ditenggelami air atas nama pembangunan sebuah empangan mega.
Sudah 14 tahun berlalu, Bakun sudah siap dan mula beroperasi tetapi apa yang dijanjikan kepada kami 14 tahun lalu masih gagal ditunaikan. Kami dipindah dengan rasa berat hati kerana terpaksa! Tetapi hari ini tiada sesiapa yang datang membela nasib kami yang tidak menentu ini.
Kecewa dengan perkhidmatan JAIS
Di sini saya ingin meluahkan rasa tidak kepuasan hati terhadap perkhidmatan yg JAIS sediakan. Saya telah membuat aduan berkali-kali mengenai jiran yang selalu membawa pulang teman wanita ke rumah. Alasan yang saya terima setiap kali saya membuat panggilan, pasukan tidak mencukupi, hubungi kami kembali serta pelbagai alasan lain yang tidak sepatutnya disampaikan kepada pengadu.
Saya amat kecewa dengan perkhidmatan JAIS kerana tidak pernah mengotakan janji untuk menelefon kembali kerana setiap kali saya membuat panggilan, alasan sistem tergendala, pasukan telah pergi membuat serbuan di tempat lain dan berjanji akan menghubungi kembali, tetapi semuanya itu janji tinggal janji. Suatu hari,saya membuat panggilan lagi..waktu itu agak awal untuk membuat aduan, tetapi alasan yg sama diberikan dan alasan yang saya tidak boleh terima pakai sampai ke hari ini adalah tidak cukup anggota untuk membuat serbuan dan meminta saya datang melihat sendiri keadaan di tempat beliau dengan nada yg kasar.
Duit syiling negara siri ketiga
Salam Tuan,
Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan tahniah di atas kejayaan Bank Negara Malaysia mengeluarkan produk duit syiling negara siri yang ketiga. Siri duit syiling terbaru ini sangat mencerminkan keunikan Malaysia dari segi kepelbagaian kaum dan budaya.
Pada hemat saya, tidak salah kita mengubah corak rekabentuk dan material yang digunakan. Namun, sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai pengguna yang bertanggungjawab, saya ingin mengesyorkan supaya pengeluaran duit syiling atau wang kertas negara ini yang baru, pada masa akan datang hendaklah mengambil kira faktor saiz dan berat yang sama hendaklah dikekalkan.
Masalah duit syiling negara siri ketiga
Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan jutaan tahniah di atas kejayaan Bank Negara Malaysia mengeluarkan produk duit syiling negara siri yang ketiga. Siri duit syiling terbaru ini sangat mencerminkan keunikan Malaysia dari segi kepelbagaian kaum dan budaya.
Pada hemat saya, tidak salah kita mengubah corak rekabentuk dan material yang digunakan. Namun, sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai pengguna yang bertanggungjawab, saya ingin mengesyorkan supaya pengeluaran duit syiling atau wang kertas negara ini yang baru, pada masa akan datang hendaklah mengambil kira faktor saiz dan berat yang sama hendaklah dikekalkan.





