Sedar | Aduan Rakyat Online



Follow via TwitterFollow via RSSFollow via EmailFollow via Facebook



Cari
Aduan Terkini
Archives

Posts Tagged ‘Sedar’

Aduan Perkhidmatan Bas Transnasional

Adakah wajar & bertanggungjawab terpaksa melalui 18 jam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu dengan bas Transnasional?

Kami ingin membuat aduan mengenai perkhidmatan bus Transnasional yang amat tidak bertanggungjwab. Kami juga sedar dengan dengan banyaknya aduan-aduan dari para penumpang lain yang juga teraniaya dengan pihak Transnasional di akhbar-akhbar & internet.

Saudara kami sepatutnya menaiki bas Transnasional dari Johor Bahru ke Kuala Terengganu yang dijadualkan pada pukul 10malam, 2hb Mac 2013, dan sepatutnya tiba di Kuala Terengganu pada jam 6pagi, 3hb Mac, 2013. Tiket perjalanan telah dibeli seawal 27hb Februari 2013. Setibanya kami di Terminal Larkin pada pukul 9.30malam, kami ke kaunter untuk mendapatkan no. plat bas yang akan dinaiki tetapi hanya diarahkan menunggu sahaja diplatfrom. Kebiasaannya syarikat bas akan memberitahu no. plat bas tanpa sebarang masalah.

Read the rest of this entry »

Etika kerja staff Airasia

Saya ingin membuat aduan mengenai etika dan cara pengurusan bagasi yang dilakukan oleh staff Airasia. Semalam saya telah menaiki flight no AK6303 dari Langkawi ke Kuala Lumpur -LCCT pada pukul 15.15. Saya telah membuat tempahan bagi 10 orang termasuk bayi bagi penerbangan tersebut. Saya bukanlah orang kaya dan ini merupakan penerbangan kedua saya bersama Airasia. Saya akui Airasia memberi penerbangan yang mampu milik oleh semua orang tetapi saya amat kecewa dengan sikap staff Airasia dan juga prosedur dan etika kerja yang mungkin Airasia kurang titikberatkan.

Apa yang ingin saya maklumkan semasa saya check-in bagasi di Langkawi Airport di kaunter yang bersebelahan dengan kaunter Firefly (Pekerja Lelaki- tiada tag nama yang diletakkan diatas kaunter) telah menyatakan pada saya barangan fragile boleh diletak di dalam kargo tetapi tidak dijamin keselamatannya. Saya bersetuju untuk meletakkan barangan tersebut kerana pengalaman sebelum ini yang tiada apa-apa kerosakan berlaku. Tetapi yang menyedihkan saya cara mengurusan staff tersebut untuk memasukkan barangan fragile tersebut kelaluan bagasi. Staff tersebut membiarkan sahaja kotak tersebut berjalan dan berjatuh dan tergolek walaupun barangan tersebut fragile. Sedangkan sebelum ini di Lapangan Kuching, staff disana meletakkan kotak secara baring dan letak dengan cermat dilaluan bagasi utama. Tetapi berlainan di Langkawi, kotak tersebut diletak sahaja dan dibiarkan jatuh ke laluan bagasi sehingga kedengaran bunyi ‘prak’ dan bergolek golek di laluan bagasi utama. Apabila saya membuka kotak tersebut dirumah, sah barangan tersebut pecah. kenapa staff anda tidak membuat perkara yang sama seperti staff di Kuching. Kenapa staff dari syarikat yang sama tetapi cara mengurusan barangan berbeza.Sedangkan staff anda sendiri sedar barangan tersebut mudah pecah.

Read the rest of this entry »

Pinjaman ASB dimanipulasi oleh pihak bank

Pinjaman ASB pada asalnya niat baik kerajaan uuk menolong kaum bumiputera tapi malangnya pihak2 bank telah memanipulasi untuk mengaut untung dalam pelbagai bentuk. Usah dilihat pada kadar bunga sahaja yang dikenakan pihak bank, yang mana ia boleh dikira & ditimbang sendiri oleh orang ramai iaitu ada pasang surutnya mengikut tahun. Disini saya ingin menunjukkan cara yang kita tidak sedar pihak bank menipu para peminjam.

Semasa promosi pihak bank menyatakan skim ini akan dikira sebagai pendapatan tambahan (side income) sekiranya ingin membuat pinjaman lain contohnya rumah. Malangnya bilamana pinjaman lain dibuat pihak bank menyatakan sebaliknya. Bayangkan pinjaman RM200K dibuat, bayaran bulanan RM1200/bln, pihak bank tentunya tidak akan memberi pinjaman rumah sekiranya gaji pokok pada RM2700. Akhirnya peminjam tadi terpaksa menutup pinjaman ASB yang dibuat bagi mendapatkan rumah impian.

Read the rest of this entry »

Masalah Bekalan Air Bersih Semakin Meruncing di Semporna

Apabila saya menyebut Semporna, pasti ramai yang terbayang dengan pulau dan tempat peranginannnya yang cantik. Tapi, tahukah anda bahawa Semporna menghadapi kemelut catuan bekalan air bersih? Semacam tidak rasional di pendengaran,apabila masalah bekalan air bersih yang merupakan masalah biasa di Negara Dunia Ketiga turut dirasai di daerah Semporna yang terkenal dengan keindahan pulaunya di mata dunia.Tambahan pula,ianya terletak di sebuah negara yang pesat membangun, Malaysia.

Di kawasan pekan Semporna khususnya Bandar Utama,air akan dibekalkan setiap hari mengikut tempoh tertentu. Di kawasan ini, tiada air sebelum 8 pagi, antara 12 tengah hari sehingga 3 petang dan juga selepas 8 malam. Namun begitu, seringkali berlaku tidak terdapat bekalan air pada waktu yang sepatutnya air dibekalkan. Selain itu, penggunaan pam air juga seolah-olah menjadi kewajipan di setiap premis di pekan ini disebabkan oleh tekanan air yang rendah sewaktu air bersih dibekalkan.

Read the rest of this entry »

Hospital Ampuan Rahimah -Perkhidmatan Kurang memuaskan

Saya ingin membuat aduan terhadap layanan yang di berikan oleh kakitangan Hospital Ampuan Rahimah Klang. Baru-baru ini saya mengalami kesesakan nafas, demam yang berpanjagan. Setelah di nasihatkan oleh klinik yang saya kunjungi saya di suruh ke hospital kerana di syaki denggi.

Saya juga mengalami sesak nafas. Setibanya di hospital, saya di suruh masuk ke bilik pemeriksaan untuk di periksa tekanan darah. Kemudian di suruh pula menunggu. Padahal saya sudah sesak nafas dan badan menggigil kesejukkan.

Read the rest of this entry »

Telur Puyuh Berulat

Salam 1Malaysia,

Sebagai pengguna yang prihatin. Saya ingin membuat aduan ke atas pasaraya besar Giant, Taman OUG. Bertarikh 15 May 2012, saya ke sana untuk membeli barang dapur. Ketika mahu mengambil telur puyuh, saya sedar ada yang tidak kena. Rupanya telur itu telah penuh dengan ulat. Malah dapat di lihat dengan jelas, sarang telur ulat blm menetas.

Telur Puyuh yang dipenuhi ulat.

Read the rest of this entry »

Perkhidmatan Komuter Teruk, Lambat, Lantai Pecah

Perkara ini telah lama saya harungi, amat lama. Malangnya semakin hari semakin teruk. Maintenance komuter tidak dijaga, sering rosak di tengah jalan atau di mana-mana stesen keretapi di mana saya terpaksa bertukar tren. Ataupun perjalanan tertangguh dan terpaksa menunggu lebih lama lagi. Lantai train ada yang takut hendak dipijak kerana menjadi terlalu lembut sehinggakan terasa seperti nak pecah. Pergerakan tren pula terlalu lambat.

Saya tidak faham mengapa KTMB ibarat papa kedana dalam banyak-banyak sistem tren yang lain di mana penjagaan maintenance serta perjalanan tidak tepat pada masa lagi lembab. Kata nak naik taraf perkhidmatan seperti swasta tapi swasta pada nama sedangkan segalanya sama seperti dahulu. Memang ada nampak perubahan dan peningkatan tapi berapa peratus berbanding dengan konsesi perkhidmatan keretapi lain yang muncul terkemudian daripada KTMB tetapi mampu memberi perkhidmatan yang jauh lebih bagus, selesa dan tepat pada masa.

Read the rest of this entry »

Pensyarah PSMZA tidak relevan

Salam 1 Malaysia,

Saya selaku salah seorang pelajar di Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) Dungun Terengganu. Saya ingin meluahkan rasa tidak puas hati saya dengan sikap segelintir pensyarah yang bersikap seperti guru sekolah. Saya mengatakan begini kerana:

  1. Sering memaki hamun pelajar di depan khalayak ramai walaupun pelajar tersebut hanya melakukan kesilapan kecil seperti baju tidak dimasukkan kedalam seluar (tuck in) dengan kemas.
  2. Pernah beberapa kali saya melihat pelajar dipaksa mencabut rumput di depan kelas atas kesalahan yang tidak diketahui.
  3. Seorang pensyarah ini telah merampas telefon bimbit pelajar di kelas dengan meminta secara kasar atas alasan pelajar tersebut tidak bersikap sopan kerana bermain SMS ketika pensyarah sedang mengajar. Padahal pensyarah yang sepatutnya masuk ketika itu belum lagi masuk. Kemudian pensyarah tersebut melihat isi kandungan telefon tersebut lalu berkata kepada pelajar di kelas yang diajarinya “Saya berani cakap perempuan ini tiada dara lagi“.
  4. Spotcheck rambut, pakaian, stoking, dan baju dalam pelajar sering diadakan pada setiap bulan. Khabarnya akan ada spotcheck perdana pada bulan ini.
  5. Saya pernah dimaki oleh seorang pensyarah kerana berbual dengan pelajar berlainan jantina ketika sedang beratur menunggu giliran di mesin ATM di hadapan PSMZA.
  6. Menghisap rokok secara terbuka dalam kawasan PSMZA.
  7. Segelintir pensyarah yang berasal dari pantai timur bersikap berat sebelah dengan memberi layanan buruk kepada pelajar yang bukan berasal dari pantai timur.
  8. Terdapat pensyarah yang memberikan markah penilaian berterusan(PB) yang amat tidak relevan kepada pelajar yang digemari dan dibencinya.

Read the rest of this entry »

Pemulangan Linguaphone

Saya telah membeli produk linguaphone dan saya ingin memulangkannya kembali kerana saya baru tersedar bahawa produk tersebut tidak dapat membawa kebaikan kepada saya. Saya juga merasa seperti ditipu dan dipaksa untuk membeli produk tersebut.

Jurujual yang menjual produk linguaphone ini menahan saya dan rakan-rakan yang lain dengan mengatakan bahawa dia ingin membuat soal selidik sahaja.Tetapi dia tidak pula mengatakan ingin menjual produk. Apabila kami tidak mahu membeli mereka menahan kami dan seperti memaksa kami untuk membeli produk ini sehinggakan kami tidak mampu lagi untuk menolak.

Read the rest of this entry »

Masalah di Tasik Ambangan Heights Sg Petani

Saya ingin panjangkan aduan berkenaan masalah penduduk di Tasik Ambangan Height yang sering diganggu oleh remaja yang suka melepak dikawasan tersebut. Mereka sering duduk di hadapan rumah dan melepak sehingga mengganggu ketenteraman penduduk.

Ianya kianmenjadi-jadi apabila mereka suka melakuakan bising. Mereka juga suka berlumba dikawasan sekeliling. Pernah juga tertangkap seorang yang menghidu gam dikawasan tersebut. Pernah juga saya menjumpai botol arak dikawasan tersebut dan kawasan ini juga digunakan org remaja utk melakukan maksiat.

Read the rest of this entry »